Bab 14

670 14 1
                                    

(Gianna)

Dia bermimpi. Tidak ada yang boleh disimpulkan apabila melihat insan yang dirinduinya kini berada hampir dengannya. Bukan setakat hampir di sisinya namun insan itu kini memiliki dirinya tanpa syarat.

Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan Gianna saat cuba memalingkan hatinya daripada Emeeriz. Semakin dia mencuba, semakin dalam perasaan sayangnya buat lelaki ini. Seminggu tidak muncul atau memujuknya, kini lelaki itu hanya memandangnya kosong sambil berpeluk tubuh.

Babak ini sungguh jelas. Kebahagiaan yang berlumba-lumba untuk diekspresikan melalui riak wajahnya juga terasa seperti sebuah realiti. Haruman minyak wangi lelaki itu yang kini menusuk ke rongga deria baunya juga realiti. Gianna tahu dia bermimpi tetapi jika dalam mimpi sahaja dia mampu memiliki Emeeriz, Gianna sudah cukup bersyukur. Cukuplah untuk seketika.

"Pandang apa?" Selalunya orang yang muncul dalam mimpi tidak akan bercakap dengannya. Gianna tidak menjawab. Bimbang jika dengan jawapannya akan membawa mereka ke dunia realiti.

"Mimpi I jadi realiti." Nafas Emeeriz yang menghembus hampir di dahinya terasa hangat. Tangan yang mengusap pipinya juga terasa hangat. Gianna meletakkan telapak tangannya di atas dada Emeeriz. Ada degupan yang terasa. Masihkah dia bermimpi?

"Gia." Dia tidak bermimpi!

"Emeeriz." Gianna pantas menjauh dan beralih duduk. Matanya memandang Emeeriz tanpa mempunyai kekuatan untuk dikelipkan.

"I minta maaf. I ada urusan penting yang I nak selesaikan semalam. Bila I balik, you dah tidur." Emeeriz beralih dan berbaring menelentang. Lengan kanannya diletakkan di atas dahi. Pandangannya dihalakan ke siling bilik. Baru Gianna sedar, dia tidak berada di bilik rumah sewanya tetapi di bilik Emeeriz. Di rumah lelaki tu.

Gianna memegang dahinya yang terasa pening. Perlahan-lahan memori hari sebelum datang ke kotak mindanya. Setelah seminggu tidak muncul atau menghubungi Gianna, Emeeriz datang mencari Gianna di universiti. Dia menarik Gianna keluar dari perpustakaan dengan alasan untuk berbincang. Walaupun berpuluh alasan direka Gianna untuk mengelak, Emeeriz lebih pantas mematahkan setiap percubaannya.

Emeeriz membawanya ke sebuah hotel di tengah-tengah bandar Boston. Sudah tentu Gianna tidak sedap hati. Emeeriz tidak bercakap sepanjang perjalan dan itu menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan. Gianna melepaskan nafas lega sebaik melihat kelibat Katrina dan Hana di pintu masuk lobi hotel sedang menunggu mereka. Ketika itu Gianna berpendapat Emeeriz ingin penjelasan yang jelas mengapa Gianna memilih untuk berpisah dan berpuluh jawapan sudah dirangka kemas di dalam kepalanya.

Semua dugaannya melencong sebaik Gianna melangkah masuk ke dalam suite. Ada beberapa orang yang dia tidak pernah jumpa sedang berada di situ. Namun lebih mengejutkan, Hendrique, Puan Laila dan Harry turut berada di bilik itu. Emeeriz memperkenalkan mama dan adik-adiknya.

Gianna tidak faham mengapa dia dibawa ke situ sehingga Emeeriz memperkenalkan jurunikah kepadanya. Dia terkejut sehingga tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Puan Laila menenangkan Gianna.

Hari semalam berlalu dengan pantas dan mengubah haluan hidup Gianna sekelip mata. Dia tidak mampu menolak ketika terpandang wajah Puan Laila yang penuh dengan harapan agar Gianna memulakan kehidupan baru. Ketakutannya disembunyikan kemas jauh dari penglihatan. Semua ini berlaku kerana Emeeriz bersikap berani dan optimis. Emeeriz yang tidak mudah mengalah dan Gianna yang tidak suka menentang membuatkan segala perancangan Emeeriz berjalan dengan lancar. That arrogant punk!

"Fikir apa?" Tangan Emeeriz mengusap lengannya. Gianna menoleh. Dipandang Emeeriz lama sehingga lelaki itu menguntumkan senyuman.

"I tak tahu pula yang I kacak sampai you tak jemu-jemu pandang."

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now