Bab 3

2.1K 31 2
                                    

(Gianna)

Dalam tempoh empat tahun menjadi gelandangan, takdir mempertemukan Gianna dengan lelaki berketurunan Melayu bernama Keifli Amirrudin. Lelaki ini berjaya mendapat kepercayaan Gianna selepas hampir sebulan kerap datang menjenguknya di tepi kaki lima pasar kraf tangan Kota Kinabalu itu tidak kira sama ada hujan atau ribut.

Lelaki ini mengajarnya untuk kembali hidup yang sepatutnya. Gianna diberikan makanan dan pakaian yang dia perlukan. Walaupun ketika itu Keifli hanya seorang pelajar universiti, namun langsung dia tidak rasa terbeban. Walaupun sedang menuntut di luar negara, Keifli tidak pernah lupa untuk mencari Gianna jika dia pulang bercuti.

Sejak itu, Keifli adalah segala-galanya buat Gianna. Lelaki itu ibarat pahlawannya.

Setelah Gianna kembali ke rumah daddynya, dia dan Keifli masih berhubung seperti biasa kerana Gianna lebih selesa bergantung padanya. Gianna yang dulunya 'budak' bertukar menjadi 'perempuan'. Perasaan selamatnya bertukar sayang dan juga sebaliknya. Keifli adalah segala-galanya buat Gianna. Diserahkan hati dan perasaannya buat Keifli, lelaki yang bagaikan nyawanya sendiri. Dia mungkin akan membunuh sesiapa sahaja yang menghalang Keifli dari pandangannya ketika itu.

Obsesinya pada Keifli adakalanya menjadikan hubungan mereka berada di hujung tanduk. Penyakitnya itu juga menyebabkan Gianna kehilangan Keifli. Walaupun masih sayang dan cintakan Gianna, Keifli tidak akan pernah kembali padanya kerana itu bermakna Keifli melukakan hati seluruh ahli keluarganya.

Kini, Gianna tidak mampu lagi bertahan setelah dua kali terluka. Dia mahu segera menghilang dari muka bumi tanpa jejak. Bukan sekali malah dua kali dia cuba mencabut nyawanya sendiri namun takdir menafikan niatnya. Kali pertama ketika Gianna menaikkan kemarahan Keifli dan kali kedua ketika Keifli meninggalkannya selepas tragedi hitam yang berlaku dalam hubungan mereka.

Sayangnya memori itu masih lagi sukar untuk dia lupakan. Bagaimanakah dia terfikir untuk mengakhiri kehidupannya hanya kerana manusia yang juga hidup dalam dunia yang sama sepertinya? Bukan sekali malah dua kali. Gianna masih cuba menarik nyawanya sendiri walaupun itu bermakna dia memungkiri janjinya kepada Allah. Sayang dan cintanya pada Keifli semakin kabur penghujungnya. Lelaki itu adalah kegilaannya pada masa lalu. Gianna terlalu takut untuk bersendirian dan hanya Keifli yang berada di sisinya.

Sudah dua tahun berlalu, Keifli masih tidak jemu untuk menghubunginya melalui e-mail dengan alasan sekadar untuk bertanya khabar. Gianna pula hanya menganggap Keifli sebagai seseorang yang berjasa kepadanya. Itu sahaja yang dia boleh lakukan untuk terus berada di zon selamat. Tidak mungkin Gianna boleh menolak Keifli keluar daripada hidupnya. Syukur dia masih berpeluang kembali membina kehidupan barunya di tempat baru. Tempat di mana tidak ada sesiapa tahu sejarah silamnya. Pedulikan dengan mereka yang membencinya! Pedulikan dengan hidup yang mempermainkan dirinya. Pedulikan.

Syukur pada kehidupan barunya. Syukur dia masih bernyawa. Dia mahu mengenali Tuhan. Dia perlu percaya pada Allah. Dan kini dia percaya pada Tuhan Yang Maha Besar itu dengan seluruh jiwa dan raganya. Syukur buat-Mu. Hanya Kau yang sayang kepadaku.

Oh, juga Joelle, kawan yang dia kenali ketika belajar di sekolah swasta. Dan sekarang dia punyai Aisya sebagai sahabat. Kerana Allah, dia dapat melihat ramai manusia yang menerima dirinya dengan tangan terbuka. Panjangkan nyawaku, Tuhan. Aku ingin kembali menyebut nama-Mu. Berikan aku masa mengenali-Mu sebelum aku layak menjadi berada di jalan-Mu.

Bertahun-tahun dia hidup dalam kegelapan. Tidak ada seorang pun yang ingin menariknya ke arah cahaya. Tidak ada sesiapa yang terganggu dengan hidupnya yang bagaikan dalam neraka. Salahnya juga Gianna tidak pernah cuba mencari arah tuju hidupnya sendiri. Manusia yang mementingkan diri sendiri dalam dunia ini sepuluh kali ganda lebih banyak daripada mereka yang peduli. Gianna tidak ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Dia tidak ingin melihat terdapat lagi manusia yang menderita seperti dia sewaktu ketika dahulu. Gianna tidak ingin orang lain melalui kehidupan sepertinya. Hidup dalam kesibukan kota namun masih lagi berasa kesunyian.

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now