Bab 11

750 20 1
                                    

(Gianna)

Gianna melangkah keluar dari lif dan kakinya berjalan santai menuju ke pintu apartment yang disewanya bersama kawan-kawan.

Hari ini adalah hari Sabtu di mana pelajar-pelajar kebanyakannya menghabiskan masa di perpustakaan mengulang kaji untuk peperiksaan akhir semester.

Selepas makan tengah hari bersama Emeeriz di Harvard Square, Gianna kembali ke perpustakaan dan Emeeriz meninggalkannya tanpa menunjukkan minat untuk mengulang kaji seperti pelajar lain.

Ya. Jelas sekali Gianna tidak pernah melihat Emeeriz mengulang kaji. Grednya boleh tahan. Harvard bukan universiti yang menyimpan pelajar yang keputusannya hanya cukup-cukup makan.

Gianna mengeluarkan kunci dari poket hadapan kanan jean Levi'snya dan objek kecil itu dimasukkan ke tombol pintu. Tidak sampai seminit, pintu terbuka. Dia menapak masuk sambil menanggalkan Converse hitam dari kedua-dua belah kakinya.

Sebaik dia mendongak, Aisya berdiri tegak di tengah-tengah ruang seolah-olah memang menunggu kepulangannya. Apa pula kali ini? Gianna hanya memandang sahabatnya dengan dahi berkerut menanti Aisya mengeluarkan kata. Namun kedua-duanya hanya diam. Aisya menoleh ke arah ruang tamu dan tersenyum pahit seolah-olah ada tetamu di situ. Gianna maju setapak untuk melihat ke sudut sama di balik dinding. Ya, memang ada tetamu. Tetamu yang tidak diundang.

Melihat wajah itu, Gianna terasa jantungnya seolah-olah direntap sekelip mata. Dia ingin berlari meninggalkan tempatnya berdiri namun kakinya kaku.

"Hai, Renaldi." Wanita berambut panjang yang melepasi bahu diwarnakan coklat dan bergincu merah garang bangun dari duduknya. Dengan dress jingga lembut paras lutut, wanita itu kelihatan masih muda, seperti akhir 30-an walaupun yang nyata dia sudah berumur 46 tahun.

"Hai, ma'am." Gianna melihat Aisya menghilang ke dapur. Meninggalkan Gianna dengan wanita yang hampir tiga tahun tidak dia temui itu. Selepas habis menjalani hukuman penjara selama sepuluh tahun, hanya beberapa kali Gianna bertemu ibu kandungnya dengan ditemani oleh Hendrique dan ibu tirinya. Walaupun mahkamah hanya membenarkan wanita itu datang menemui Gianna tidak lebih tiga kali dalam setahun, setiap kali bertemu hanya kata-kata kasar yang diungkapkan wanita itu seolah-olah mempersalahkan Gianna atas status bekas banduan yang dibawanya.

"Kau nak apa datang sini?" Gianna meletakkan beg sandang dan buku-bukunya di atas meja makan. Dia tidak duduk di sofa ruang tamu. Gianna memilih untuk terus berdiri di laluan antara pintu utama dan menuju ke bilik tidurnya.

"Kau tak suka jumpa aku?"

"Kau sendiri tahu yang aku tak suka jumpa kau. Aku belum nyanyuk untuk lupa yang kau juga tak suka jumpa aku. Aku pasti yang kau melanggar peraturan untuk datang berjumpa aku. Berbaloikah?" cebik Gianna. Annabelle tertawa kecil. Ketawa yang membuat Gianna sakit hati.

"You look like a woman. Not a girl."

"I'm not a girl but not yet a woman, ma'am." Gianna memetik lirik lagu Britney Spears untuk mengejek Annabelle. I'm not you! sambungnya dalam hati. Annabelle duduk kembali menyilangkan kaki kanannya di atas kaki kiri. Kasut tumit tinggi Jimmy Choo hitam yang dipakainya terserlah. Gianna mengetap bibir. Dia sendiri tidak pernah melangkah masuk dengan kasut atau selipar.

"Who's Emeeriz?" Oh, kini wanita itu menunjukkan sedikit minat pada kehidupan Gianna setelah 23 tahun tidak mengambil tahu tentangnya. Gianna menoleh pada Aisya yang berada di ruang dapur. Cuba mencari jawapan bagaimana nama Emeeriz boleh meniti di bibir Annabelle. Aisya mengisyaratkan sorry dengan kedua-dua belah tangannya.

"Hendrique yang beritahu aku yang kau nak kahwin. Siapa nama budak tu? Emeeriz?" Gianna tahu Hendrique masih tidak ingin menafikan hak Annabelle sebagai ibu kandung sepenuhnya. Dia masih memberitahu setiap perkembangan Gianna pada Annabelle walaupun tidak membenarkan wanita itu bertemu dengannya. Nampaknya kali ini Annabelle berjaya melepasi halangan Hendrique dan mencabar perintah mahkamah.

Al Wazir: Permata TerindahWhere stories live. Discover now