Pesan 3

43 3 0
                                    

Sahabat,

Hidup ini kita seringkali diajar tentang ilmu sivik. Kita juga kaya dengan tamadun yang cukup gemilang.

Kau sendiri nampak dengan jelas ruang parkir OKU dilabel dengan logo yang besar. Logo yang besar itu bukanlah dalam bentuk motosikal atau kereta. Tetapi kerusi roda. Simbol khas bagi OKU.

Lihat, hanya kerana kau, sahabat, mereka yang selayaknya memarkir di situ hilang haknya. Mereka perlu parkir agak jauh dan ada ketikanya terpaksa berhimpit di celah-celah kenderaan lain.

Tuhan beri kau akal. Akal bertindak untuk berfikir. Jangan gunakan akal sebagai satu alat untuk menulis sejuta alasan. Fikir dan bertindak dengan bijak.

Parkir motosikal dalam ruang parkirnya. Begitu juga dengan kereta. Jangan mencelah masuk sesuka hati dalam ruangan yang bukan selayaknya.

Manusia dengan fikiran waras tahu hak diri dan juga orang lain. Mereka tidak sesuka hati memangkas hak orang lain, sahabat.

Sahabat, ini gambar yang aku dapat daripada Puan Iela Fadila dalam satu grup di Facebook. Kejadian ini berlaku di R&R Sungai Buloh pada 26 Mac 2016 seperti yang ditulis oleh pemilik Facebook itu.

Duhai sahabat, sedar dan fikir semula tindakan kau itu. Tuhan letak kau sebagai insan biasa, sama seperti yang lain. Ya, kau dan OKU sama-sama manusia, selayaknya tinggal di atas bumi yang sama. Kita semua sama, hamba Tuhan yang satu.

Cuma fikir sejenak, andai satu masa kelak ahli keluarga atau diri kau sendiri memerlukan ruangan itu dan dicaras oleh orang lain. Aku tidak mendoakan tetapi apa sahaja boleh terjadi.

Ini pesan aku, sahabat. Tolong hormati hak orang lain kalau mahu manusia lain menghormati diri kau.

Salam sayang, sahabat kau. Muah!

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang tak suka parkir dalam petak OKU.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now