Pesan 26

3 1 0
                                    

Buka TV, iklan raya dah mula menjengah. Iklan mesin basuh rayalah, ketupat rayalah, minyak masak rayalah, raya sesaja...

Sahabat,

Meraikan hari raya itu tidak salah. Itu hari kemenangan kita. Tapi kalau puasa pun belum sempat kau habiskan, mengapa sibuk hari raya?

Kejar dulu puasa, sahabat. Tidak, aku tidak menentang kalau kau nak beraya. Cuma, dahulukan yang rukun. Puasa termasuk dalam rukun Islam. Bahkan, kedudukannya selepas solat.

Aku cuma pesan. Kalau kau nak terima, silakan. Kalau tak nak, abaikan. Mana yang baik, kau ambillah, sahabat. Aku ini pun bukannya semaksum nabi.

Harap pesan aku ini tidak dianggap defensif. Jumpa di lain masa ya, sahabat. Jaga diri baik-baik..

Muah! Makin kacak dan cantik kau hari ini, sahabat. Buboi...

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang belum beli kurma.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now