Pesan 16

17 2 0
                                    

Sahabat,

Selama kau hidup, pasti ada ujian yang dirasakan sangat berat, kan? Kau rasa Tuhan tak adil sebab beri kau ujian seberat itu. Aku faham. Memang pahit untuk ditelan.

Tapi, sahabat, kalau kau letak 'tabah' untuk segala ujian yang menimpa, diri boleh jadi kuat. Hati boleh jadi kental. Betul. Percayalah cakap aku. Itu antara sikap yang perlu ada.

Tabah ini bukanlah pengulas sukan yang namanya Tabah Syazwan Othman di TV3 itu. Ini tabah yang lain. Kau jangan salah tafsir pula. Lain jadinya nanti.

Baiklah, berbalik kepada topik asal. Sahabat yang aku sayang, dengar sini. Ketabahan ini bermula dari dalam hati. Jauh ke dasar. Cubalah kau sesekali masuk ke dalam hati sendiri untuk membuka kunci peti ketabahan.

Pokok pangkalnya, diri sendiri, sahabat. Kalau kau kata tak boleh, memang akan jadi begitu. Sama juga dengan sebaliknya. Setiap satu itu boleh jadi doa. Lagipun, kalau kau kata tak boleh, caj negatif dalam badan akan berkembang pesat.

Tak percaya? Cubalah. Tapi jangan salahkan aku kalau hati kau tak sekental dulu.

Hidup ini perlu lebih banyak caj positif dalam diri, sahabat. Bukan sahaja kita sebarkan yang muluk-muluk, bahkan dalam hati juga perlu begitu.

Selalulah kata, "Aku boleh! Aku yakin boleh! Aku kuat!"

Dalam diam, kata-kata itu boleh jadi penguat semangat untuk terus hidup. Semakin kuat dan semakin tabah. Yeah!

Yakinlah, sahabat, kau tabah kerana diri sendiri berkehendak demikian. Ingat pesan aku ini ya, sahabat.

Aku beransur dahulu. Lain kali kita sembang lagi, okey?

Salam sayang, aku yang tampan dan menawan. Muah!

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang tabah.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now