Pesan 24

4 1 0
                                    

Sahabat,

Ketika kau memberi, adakah dia merasa? Atau kau sekadar memberi tanpa dia boleh merasa?

Okey, kita ambil poin kedua. Sekadar memberi tanpa dia boleh merasa. Apa yang kau faham?

Begini, bukan nak mengajak kau bersangka buruk. Cuma, ada segelintir orang memberi sekadar untuk menunjuk. Beri sesuatu, kemudian bergambar lantas yang diberi itu diambil semula. Kejam? Jangan kau tak tahu, manusia sebegitu wujud.

Pesan aku, sahabat. Jadi manusia ini, kalau ingin memberi, biarlah kedua-dua pihak berada dalam situasi menang-menang. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Jangan memberi kerana inginkan perhatian, lebih tersembunyi, lebih baik.

Ingat pesan aku, sahabat. Salam sayang, sahabat kau yang kacak, aku.

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang hormat pemberi.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now