Pesan 19

12 2 0
                                    

Sahabat,

Seseorang manusia itu dilahirkan dengan keadaan hidup yang berbeza.

Ada di antara kita dilahirkan dalam kalangan orang kaya. Hidup serba mewah. Minta apa sahaja, segalanya terus ada di depan mata. Minta makan, dapatnya makanan. Minta duit, dapatnya duit.

Tetapi, ada juga yang dilahirkan dalam suasana yang penuh kedaifan, sahabat. Bangun pagi sebelum ke sekolah terpaksa mandi dengan air perigi. Sarapannya cuma sekadar ubi kayu yang sekadar direbus atau dibakar. Rumahnya usang dengan atap yang bocor di sana dan sini. Jika hujan turun dengan lebat, kelam-kabutlah mereka menadah.

Begitulah kehidupan, sahabat. Ada susah dan senang. Ada pasang dan surut. Ada turun dan naik.

Cuma, mengapa masih ada manusia seperti kau yang menyamakan keadaan hidup kau dan dia? Aku tahu, kita sebagai manusia ini sama di mata Tuhan. Tetapi adakah kau sedar hidup ini sebuah roda yang sentiasa berpusing hingga tamatnya riwayat dunia ini?

Ada ketika, kita boleh berada di atas, sahabat. Selesa dan melihat sesuatu yang bagi kau orang di bawah sama mampu dengan kau. Mewah seperti kau. Tetapi, kau silap, sahabat. Kau silap.

Dalam tidak sedar, kau boleh bertukar tempat dengan dia dalam sekelip mata. Segala keluasan hidup kau akan terasa sempit. Segala yang kau rasa mudah dicapai sebelum ini semakin mula menjauh.

Ingatlah duhai sahabat. Jangan pernah mendustakan nikmat Tuhan.

Tuhan juga pernah bertanya untuk kita jawab sendiri. "Nikmat mana lagi yang kau dustakan?"

Tepuk dada, tanya hati, belek iman, kira amal.

Aku sekadar berpesan. Maaf andai terkasar bahasa. Salam sayang, aku yang sayangkan kau. Muah!

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang asal susah.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now