Sahabat,
Jadilah seperti semut. Kerana apa? Mereka ini punya sikap manusiawi.
Mengapa aku berkata begitu, sahabat? Lihat saja saat seekor semut mati, sekoloni yang jumlahnya beribu datang membantu. Bukan sekadar melihat dari jauh dan sibuk mengeluarkan telefon pintar lantas membidik mereka yang ditimpa kecelakaan. Mereka juga tidak membidik ketika rakan atau saudara ditimpa kematian.
Ya, aku tahu semut ini tidak sebijak kita, sahabat. Mereka juga tiada gajet seperti kita. Tetapi, saat gajet menguasai diri, di mana kau campakkan sifat manusiawi dari semut yang sepatutnya ada dalam diri manusia?
Berikan jawapan kau kepada aku, sahabat.
Semut ini, saat melintasi dari kawasan yang di bawahnya terkadang berisi air, mereka berpakat membina jambatan. Bukan daripada kayu, tetapi diri mereka sendiri. Aku tidaklah menyuruh kau menjadi jambatan. Ambil konsep kerjasama itu.
Manusia juga begitu, sahabat. Perlu wujud kebersamaan sesama kita. Jangan berpecah walaupun kita berbeza. Harap kau terima pesan aku ini, sahabat.
Jumpa lagi. Salam sayang, jangan minum air yang ada semut, ya. Muah!
Muhamad Fazrin,
Budak OKU sayang semut.
YOU ARE READING
#PesanBudakOKU
RandomIni perkongsian pesanan dari aku untuk kau, sahabat. Tidak lebih. Tidak kurang. Sedang-sedang. Dalam hidup ini, aku cuba suntik sesuatu yang muluk-muluk buat kau. Kau dan aku, kita tetap sahabat sampai bila-bila.