Sahabat,
Dalam hidup ini, semua orang mahukan sesuatu yang baik. Baik dari segi tutur kata, perbuatan, segala-galanya. Begitu juga dengan aku.
Duhai sahabat, andai kau ingin menyebarkan kebaikan, teruskan saja. Jangan terlalu memikirkan cakap-cakap orang hingga kau sendiri tertekan. Tulis dan sebarkan kebaikan yang kau rasa bagus untuk dikongsi bersama.
Sahabat yang aku sayang, dalam dunia ini tidak ada manusia yang sempurna. Memang tak ada kecuali baginda Rasulullah S.A.W. Jadi, kau sebarkan terus kebaikan itu tanpa basa-basi. Kalau niat kau ikhlas, Tuhan akan bantu. Jentik hati manusia lain dengan perkara yang baik.
Pesan aku, sahabat, jalan terus dan perjuangkan kebaikan selagi hayat masih ada. Itu kehendak semua manusia di muka bumi ini termasuk kau dan aku.
Wahai sahabat, manusia suka bercakap hal orang lain dan gemar menyentuh isu peribadi. Cuma, yang menilai kau kelak adalah Tuhan. Bukan manusia-manusia ini. Gali lubang, dapatkan emas pahala itu dan kemudian kau kongsikan dengan manusia lain.
Boleh ya, sahabat? Aku tahu kau boleh dan kuat untuk melakukan itu. Aku doakan kau supaya dipermudahkan urusan, sahabat. Insya-Allah.
Salam sayang, aku sahabat yang mahu kau sebarkan kebaikan. Muah!
Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang sukakan perkara muluk-muluk.
YOU ARE READING
#PesanBudakOKU
RandomIni perkongsian pesanan dari aku untuk kau, sahabat. Tidak lebih. Tidak kurang. Sedang-sedang. Dalam hidup ini, aku cuba suntik sesuatu yang muluk-muluk buat kau. Kau dan aku, kita tetap sahabat sampai bila-bila.