Sahabat,
Hari ini 16 Mei 2016. Setiap 16 Mei, tarikh ini disambut, sahabat. Baik di Malaysia mahu pun di luar negara.
Ya, Hari Guru, sahabat. Bijaknya kau dapat meneka dengan betul dan tepat.
Orang kata, guru ini ibarat lilin yang menyinari segenap ruang. Tanpa lilin ini, dunia bakal gelap segelap-gelapnya.
Kau tak percaya?
Kalau dulu cikgu tak mengajar kau membaca, menulis dan mengira, adakah masa depan kau seterang dan secerah sekarang ini?
Ah, cakap banyak pun macamlah kau nak baca.
Dalam kesempatan ini, aku nak bagi ucapan untuk guru-guru aku. Sebab aku tahu, tanpa mereka, hari ini aku bukan sesiapa.
Terima kasih buat guru-guru di Tadika KEMAS (Parit 21 dan Parit 17), SK Sungai Pulau dan SMK Khir Johari Sungai Sumun. Jasamu akanku kenang.
Pesan aku, sahabat, selagi mana kau hidup, kenanglah jasa guru. Setiap manusia pernah jadi pelajar. Setiap pelajar ada gurunya tersendiri. Hormati dan hargai mereka.
Okeylah, sahabat. Nanti aku pesan lagi yang lain. Jumpa lagi. Tata. Muah!
Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang pernah ke sekolah.
YOU ARE READING
#PesanBudakOKU
DiversosIni perkongsian pesanan dari aku untuk kau, sahabat. Tidak lebih. Tidak kurang. Sedang-sedang. Dalam hidup ini, aku cuba suntik sesuatu yang muluk-muluk buat kau. Kau dan aku, kita tetap sahabat sampai bila-bila.