Sahabat,
Setiap pagi selepas bangun daripada tidur, apa yang kau fikirkan? Telefon pintar, Facebook, WhatsApp atau apa?
Kau bangun, menghela setiap nafas yang Tuhan beri. Mata masih lagi celik dan mampu melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tubuh badan masih mampu digerakkan seperti biasa.
Duhai sahabat, selalulah bersyukur. Ucapkan Alhamdulillah setiap kali kau bangun daripada tidur. Itu sudah memadai. Dalam hati, selalulah berterima kasih kepada Tuhan. Kau hidup atas persetujuan Tuhan. Andai Tuhan tidak mengizinkan untuk kau meneruskan hidup, maka terpisahlah nyawa dari jasad.
Setiap kali kau beroleh nikmat, jangan pernah angkuh dan sombong, sahabat. Kau tahu, sahabat, Tuhan boleh ambil nikmat itu bila-bila masa sahaja. Hatta, ketika mata kau belum sempat berkelip.
Bersyukurlah, sahabat. Sentiasa bersyukur walaupun yang diberikan oleh Tuhan itu ada ujian. Berat mana sekalipun, bersyukur. Tuhan sayang kau, bukan benci.
Ingat ya pesan aku itu, sahabat. Semat dalam hati, tanam dalam jiwa. Amalkan.
Salam sayang, sahabat kau yang jauh di mata tapi tetap di hati, aku. Muah!
Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang cuba untuk kekal bersyukur.
YOU ARE READING
#PesanBudakOKU
AléatoireIni perkongsian pesanan dari aku untuk kau, sahabat. Tidak lebih. Tidak kurang. Sedang-sedang. Dalam hidup ini, aku cuba suntik sesuatu yang muluk-muluk buat kau. Kau dan aku, kita tetap sahabat sampai bila-bila.