Pesan 27

4 1 0
                                    

Sahabat,

Hari ini, 5 Jun 2016, dan tadi pukul 8 malam lebih beberapa minit, pengumuman puasa dah disiarkan. Kau tahu apa maknanya, sahabat?

Oh ya, bijak... esok puasa, sahabat. Esok, 6 Jun 2016. Kau ada kalendar, semak sendiri hari apa. Jangan tanya aku.

Mulai esok, kita dah kena elak buat benda yang boleh batalkan puasa. Tak kiralah lubang mana sekalipun, jangan masukkan sesuatu ke dalamnya. Satu lagi, jangan kau sengaja kentut dalam air atau teguk air paip sampai habis satu empangan pula.

Sebelum aku terlupa, sahabat, lepas buat apa-apa aktiviti baik sahur, buka atau terawih bahkan witir sekalipun, jauhkanlah daripada trend "Done (aktiviti)" seperti itu. Lagha, sahabat. Lagha...

Okey, esok puasa (kali ketiga aku ulang, kalau tak sedar juga, entahlah). Selamat menyambut Ramadhan yang mulia. Kau tahu bulan Ramadhan ini banyak fadhilatnya. Aku harap kau bahkan kita semua mampu selesaikan Ramadhan ini dengan jayanya. Hoyeah!

Jumpa sahur esok, sahabat. Aku sayangkan kau. Muah!

Muhamad Fazrin,
Budak OKU yang nak sambut puasa.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now