Pesan 18

17 3 0
                                    

Sahabat,

Sepanjang hidup kau bergelar manusia, berapa kali kau ke majlis ilmu? Berapa banyak dapatan yang kau dapat? Adakah dapatan itu terhad daripada pendakwah tempatan sahaja?

Duhai sahabat, buka mata hati. Pandang dari dalam. Kenal dan kaji apa yang ingin dibicarakan oleh seseorang itu. Kalau kau setakat mendengar tajuk tetapi belum tahu apa isinya, lebih baik jangan menuduh melulu. Diam itu lebih baik.

Kita selalu mendengar, jangan menilai buku daripada kulitnya sahaja. Tetapi harus dibuka, dibaca dan dihadam sebaik mungkin. Bukan terus melabel itu dan ini.

Kau sendiri maklum bagaimana hujah-hujah yang dikeluarkan oleh pendakwah yang aku maksudkan ini. Mungkin kau kenal, mungkin juga tidak. Kebanyakan perkongsiannya bertepatan dengan agama. Jangan dihalang, kau tunggu dan dengar dahulu apa yang bakal keluar dari mulutnya.

Wahai sahabat, jangan bersangka buruk terus tanpa ada usul periksa. Jangan suka serkap jarang. Nabi tak suka. Tuhan juga tak suka.

Cukuplah setakat itu pesan aku. Aku tahu kau itu jenis yang malas nak baca sesuatu panjang-panjang.

Salam sayang, aku yang cuba menegur kau. Muah!

Muhamad Fazrin,
Budak OKU benci prasangka buruk.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now