Sahabat,
Hidup ini tidak lama. Saat kau memilih kawan, pilihlah dengan sebaik-baiknya. Cari yang boleh membawa kau ke syurga. Tapi, ini tak bermakna kau kena tinggalkan kawan-kawan yang jahat. Tarik mereka untuk jadi baik, tapi dengan syarat, jangan paksa.
Nabi kata, jangan berkawan dengan tukang besi. Nanti terpalit bau busuknya. Tapi, berkawanlah dengan pembuat minyak wangi kerana kau akan terpalit dengan kewangiannya. Tak salah kalau kau nak palitkan minyak wangi pada tukang besi. Biar sama-sama wangi.
Selamat menjadi baik, sahabat. Aku sayang kau. Muah!
Muhamad Fazrin,
Pelukis ilustrasi Tikar Nenek.
YOU ARE READING
#PesanBudakOKU
RandomIni perkongsian pesanan dari aku untuk kau, sahabat. Tidak lebih. Tidak kurang. Sedang-sedang. Dalam hidup ini, aku cuba suntik sesuatu yang muluk-muluk buat kau. Kau dan aku, kita tetap sahabat sampai bila-bila.