Pesan 6

17 3 0
                                    

Sahabat,

Kau tahu atau tidak apa kegunaan lorong kecemasan di setiap bahagian kiri jalan?

Sini, biar aku beritahu kau, sahabat. Lorong kecemasan itu cuma khas untuk digunakan ketika kecemasan. Biasanya van ambulans atau trak bomba sahaja yang akan melalui lorong itu.

Mari, aku bawa kau berimaginasi. Suatu hari rumah kau terbakar atau ada di antara ahli keluarga yang dicintai ditimpa sakit. Kau gigih menelefon ambulans atau bomba untuk ke tempat kejadian. Berjam kau tunggu, mereka masih belum sampai. Walhal di atas jalan raya, mereka berdepan dengan sikap manusia yang menggunakan lorong kecemasan sesuka hati seperti kau.

Aku tahu, bahkan kau juga maklum, kenderaan berat sememangnya digalakkan untuk berada di laluan kiri. Tetapi itu tidak bermakna kau boleh masuk ke dalam lorong kecemasan sesuka hati. Lagipun, kau sekadar memandu kereta. Tidak termasuk pun dalam kategori kenderaan berat.

Duhai sahabat, tolonglah. Hormatilah hak orang lain. Sepanjang kau memandu, biarlah lorong kecemasan itu dibiarkan kosong. Jangan ditambah dengan kesesakan. Pandu kenderaan dengan penuh kesabaran.

Aku harap kau tahu, sahabat. Aku harap kau tahu bahawa nyawa bukanlah satu permainan. Bukan sesuatu yang boleh dilengahkan. Takkan setiap hari kau nak biar pemandu van ambulans dan trak bomba dapat dosa kering dengan mencarut setiap kali lorong kecemasan diisi dengan kenderaan kau yang tidak sebesar mana itu?

Tolonglah, sahabat. Pesan aku, jangan sesekali usik lorong kecemasan itu. Hatta, kalau nak memotong sekalipun, ikutlah sebelah kanan. Kau memandu kereta sepatutnya cakna tentang ini. Masuk kelas memandu, amalkan ilmu yang ada. Ilmu tanpa amal adalah sesuatu yang sia-sia, sahabat.

Itu sahaja aku nak beritahu, sahabat. Perut aku pun dah mula lapar. Silap hari bulan, kau aku telan.

Salam sayang, sahabatmu, aku yang lapar. Muah!

Muhamad Fazrin,
Bekas mangsa yang pernah tersekat di lorong kecemasan.

#PesanBudakOKUWhere stories live. Discover now