Mereka

264 3 2
                                    

Nama aku Seri Adrianna binti Ahmad Affandi. Aku anak tunggal Papa dan Mummy. Umur aku 20 tahun. Masih bersekolah dan masih lagi tinggal serumah dengan Papa. Aku sayang Papa. Sayang sangat sangat. Tetapi sejak Papa berkahwin lagi, aku seperti tidak betah tinggal di rumah itu. Bukan aku benci pada Mama tiriku tetapi aku tidak selesa berada dalam ruang yang sama dengan Taufiq. Sering aku pulang lewat hanya kerana mahu mengelak bertembung dengan dia di meja makan.
"Nina lambat lagi hari ini,"tegur Mama di sebalik pintu.
Aku mendongak melihat mama yg sedang berdiri bersama segelas minuman.
"Eh Ma, masuklah. Kenapa diri dekat pintu je?" Aku menggamit Mama. Wanita separuh baya itu melangkah masuk dan meletakkan gelas minuman itu di atas meja belajar.
"Apa ni Ma?" Soalku. Awalnya aku fikir minuman itu untuk Papa.
"Untuk Nina. Air jampi.Asyik balik lewat je. Risau Mama tau,"Mama menjawab sambil tersenyum. Aku pura pura terkejut
"Tidak...Nina kena buatan Mama," terkekeh kekeh aku ketawa. Lebih lebih bila Mama menggeletek pinggangku.
"Janganlah balik lambat sangat. Nanti Papa tanya, Mama dah tak tahu nak bagi alasan apa." Mama memesan.
Aku memandang wajah Mama. Mama Aneesa.
"Sorry Ma. I've been a burden to you."aku memberitahunya. Aku bukan sengaja nak buat onar. Tapi aku tidak selesa. 10 tahun aku hidup tanpa seorang ibu; tanpa sesiapa melainkan Papa.
"You are never a burden to me sayang,"Mama mendekati aku. Tangannya meraih bahuku,"You're the beautiful daughter I have never had." Aku tersenyum memandang Mama. Kepalaku aku jatuhkan kebahunya.
"Thanks Ma. Sepatutnya Papa kahwin dengan Mama awal awal lagi so kalau Nina nak balik lambat, boleh Mama backing Nina,kan?" Tetiba aku berseloroh.
Mama mengeluh tapi tersenyum,"Kesitu pulak dia." Sambil menguap kecil, Mama memesan aku supaya cepat cepat membersihkan diri dan solat Isya'.
"Night Ma.Sleep tight, sleep well." Aku mengucapkan. Tangan mencapai gelas yang dibawa Mama tadi.
"Makan ubat, jangan lupa, jangan ngelat." Pesan Mama sebelum menutup pintu.

Mama Aneesa. Saat Papa membawa aku untuk berkenalan dengannya, sedikit pun aku tidak meletak perasaan marah terhadap dia. Aku sudah remaja. Hidupku kini banyak ku habiskan di sekolah dan kawan kawan. Aku bukan lagi kanak kanak kecil yang perlu Papa awasi seperti dulu. Bahkan, aku sangat gembira sewaktu Papa memberitahu aku akan niatnya memperisterikan Mama Aneesa.
"Its time you look for a soulmate Pa," teringat kata kata aku saat itu."I am happy for you."
Papa memandang aku, tidak percaya.
"Pa, takkan Nina nak jadi anak dara ngada ngada yang akan mengamuk merajuk bila ayah dia nak kahwin lagi. Benda benda tu berlaku dalam novel Melayu je Papa." Aku memberitahu Papa.
"Nina baca novel Melayu?" Soal Papa. Aku mengangguk.
"Anak Cina ni baca novel Melayu rupanya,"usik Papa. Aku tersenyum. Selalu sangat Papa usik aku. Cakap aku anak Cina. Tahu lah mata aku sepet. Entah lah macam mana boleh sepet. Mata Papa n Mummy lawa bulat. Terkenan agaknya..
Mummy....aku rindu dia. Tapi aku yakin Allah lebih sayangkan Mummy. Selepas bersalinkan aku, Mummy jatuh sakit. Aku di jaga oleh pengasuh. Sekali sekala baru Mummy kuat utk menguruskan aku. Mummy sangat penyayang. Dalam keadaan dia yang tidak sihat pun Mummy sentiasa berada dekat dengan aku. Selalu bersedia mendengar celoteh celoteh aku sehinggalah hari Allah ambil balik Mummy dari kami.
Sepanjang aku membesar, Mummy mendidik aku untuk jadi anak yang berdikari. Papa yang banyak menguruskan aku. Bukan Mummy tidak mahu buat semua untuk aku tapi Papa ada beritahu aku, Mummy tak mahu saat dia pergi, aku rasa kehilangan dan akan kecewa dalam hidup.
Mummy meninggal dalam solat. Indah bukan? Waktu itu kami solat berjemaah. Umur aku baru tujuh tahun. Saat salam terakhir Mummy rebah. Aku sempat merangkul tubuh Mummy. Aku dengar Mummy sebut nama Allah. Seperti kanak kanak lain aku menangis saat Mummy di kafankan, dimasukkan ke dalam liang lahad. Tapi aku bangun semula. Semuanya kerana Papa sangat membantu aku. Dan Nek Mah juga. Aku terus diasuh oleh Nek Mah sehinggalah Nek Mah berhenti kerja. Anak anak Nek Mah mahu Nek Mah berehat. Dengan hati yang berat, aku mengikut Papa menghantar Nek Mah balik ke kampungnya.
"Nina kalau rindu Nek Mah, datang sini tau," pesan Mak Long anak sulung Nek Mah. Tapi dunia dah canggih. Aku selalu saja skype dengan Nek Mah. Jadi, tak adalah rindu sangat.

Tiba2 terdengar ketukan di pintu. Tidak mungkin Papa. Tadi Papa kan dah masuk tidur. Aku mencapai selendang yang tergantung di balik pintu. Daun pintu ku buka sedikit.
"Handphone Nina. Lain kali jangan tinggalkan barang bersepah. Kita tak ada maid." Suara garau itu membat jantung seperti mahu luruh. Siapa yang bersepah barang. Aku terlupa ambil tadi. Kerana makan kelam kabut. Aku tk nak bertembung dengan dia.
"Thanks Abang." Perlahan aku bersuara.
"Taufiq." Dia seperti mengingatkan.
"Sss sorry abang Taufiq." Aku mencapai handphoneku dari tangannya lalu pintu ku tutup. Aku menekan sekali punat kunci.

"Mummy, isteri baru Papa baik. Baik sangat sangat. Nina sayang isteri baru Papa. Tapi dia bawak manusia tanpa perasaan sekali masuk rumah kita. Nina lemas Mummy....." aku berbicara pada angin lalu...
"Ma, kenapa Abang Taufiq benci Nina macam tu Ma?"




Apa SalahkuWhere stories live. Discover now