Lega. Satu sahaja perasaan dia saat itu.
Lega kerana kertas terakhir sudah habis. Lega kerana dia tidak perlu datang lagi ke sekolah. Lega kerana lepas ni dia nak tidur lama lama di rumah." Yessssa!!" Jerit Aimee sambil mencampak beg ke udara. Perbuatannya menarik perhatian para pelajar lain yang sedang lalu lalang di situ.
" Shhh....be quiet will you," tegur Adrianna.
Aimee tergelak besar. Nampak sangat dia berasa lega dengan hari terakhir peperiksaan.
" We are gonna miss this place. Three freaking years as students. Im proud of myself." Aimee mendepangkan tangan. Wajahnya terlebih ceria.
"What if you dont make it?" tanya Adrianna.
" Im very positive dear. Im not coming back," dia memberitahu penuh yakin.
Adrianna tersenyum. Memang itu juga harapan dia. Semua orang nak graduate.
"What are you gonna do later?"
" Balik tidur," cepat cepat Adrianna menjawab.
Aimee mengeluh. Perempuan depan dia ni macam tak ada life.
"Come on lah, ikut i jalan-jalan, please?" Dia cuba memujuk sahabat baiknya itu. Adrianna menggeleng kepala.
"You eh girl, sejak baik dengan abang Taufiq you itu, you dont mind going home early ya." Aimee membebel sambil tangan mencapai keropok milik Adrianna.
" He no longer keep a cold shoulder so kalau balik rumah pun rasa okay," Adrianna memberitahu.
"Eh, do you like him?" Aimee bertanya perlahan.
Adrianna mengerutkan muka. Tentulah dia suka semua ahli keluarga dia. Takkan nak membenci pulak.
"Haiya makcik...like as in like-like? Crush? Admire?" Aimee bertanya lagi.
Adrianna tertawa kecil. Ada ada saja si amoi ni.
"Gila? He is my brother lah. Lagipun i think he has someone special tau. Cuma dia tak nak bagitau. Tanya Mama pun, Mama suruh tanya dia."
Aimee melepaskan keluhan. Melepaslah dia untuk mengusik kawannya itu.
"Hmmmmm.....and here i thought the two of you make a good pair."
Adrianna mencampak keropok di tangannya ke arah Aimee. Si gadis Cina cuba mengelak.
"Hep, berdosa lah membazir makanan."
"Nina dah habis exams kan?" Ayahnya bertanya sewaktu mereka makan malam sama sama.
Adrianna mengangguk sambil tersenyum.
"Alhamdulillah ayah. At last Nina boleh rehat." Dia memberitahu
"Nina nak cari kerja ke lepas ni?" Puan Aneesa pula bertanya. Harapannya agar Nina mahu duduk rumah menemani dia sepanjang cuti sekolah.
"Nina tak biasa kerjalah Mama."
" Nina boleh cari pengalaman," celah Taufiq."Macam abang dulu. I work part time so masa tak terbuang."
Nina memandang ketiga tiga wajah di hadapannya.
"Mama okay je kalau Nina tak nak kerja. Sekurang kurangnya Mama ada kawan kat rumah. Kawan pergi pasar,"
"Kawan pergi shopping, kawan marathon movie?" Usik Encik Faisal. Dia tahu isterinya itu kalau timggal seorang pasti akan menonton drama Melayu.
Nina tergelak mendengar usikan ayahnya itu.
"Nina tak suka drama Melayu lah Ma..nanti Nina tertidur macam mana?"
"Mama peduli apa, Mama kejut lah Nina," balas Puan Aneesa sambil tertawa.
"Hmmm....Nina ingat, cuti sekolah ni, Nina nak tidur je. Nak rehat je...nak tidur lama-lama, tak nak bangun dah. Boleh tak ayah? Ayah kenalah tanggung Nina ni lagi nampaknya," dia cuba berseloroh.
Belum sempat ayahnya membalas. Taufiq membentak," Boleh tak kalau nak bercakap tu, cakap benda elok-elok? Cakap yang bukan-bukan."
Nina terpwranjat dengan bentakan abang tirinya. Begitu juga ayah dan mama mereka. Berubah riak wajah Puan Aneesa mendengar kata-kata anaknya.
"Taufiq...." Puan Aneesa cuba menegur
"Fiq dah kenyang Ma. Fiq masuk dulu." Dia memberitahu.
"Abang....Nina...." tapi panggilan Nina tidak di hiraukan. Dia terus berjalan menuju ke bilik lalu menutup pintu biliknya itu.
Nina memandang wajah Puan Aneesa dan Encik Faisal.
" Nina salah cakap ke Ma? Kenapa abang marah sangat dengan Nina, ayah?" Suara Nina tersekat sekat. Airmata tidak dapat dibendung lagi. Kenapa marah sangat Taufiq terhadapnya.
Puan Aneesa bangun lalu menghampiri anak tirinya itu.
"Maafkan abang ya Nina. Dia ada alasan kenapa dia jadi macam tu. Satu hari nanti, Nina akan faham juga."
"Nina, habiskan nasi dalam pinggan tu. Dah, jangan nangis. Esok nanti abang Fiq okay lah tu," pujuk ayahnya pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/68363180-288-k231077.jpg)
YOU ARE READING
Apa Salahku
RomanceSeri Adrianna, anak tunggal Encik Faizal tidak faham kenapa abang tirinya Taufiq seakan membencinya. Nina kemudian jatuh sakit dan Taufiq seolah olah berubah sikap. Tetapi adakalanya Taufiq masih membencinya. Nina tidak faham apa yang telah berlak...