Taufiq

134 1 0
                                    

   Dia membawa kedua tangannya meraup muka. Nafas berat dihela perlahan. Deja Vu? Apakah itu yang dia rasakan sekarang? Sejarah bakal berulang? Dulu Yana, sekarang Nina? Dia menghentak stereng keretanya.

   Saat mengangkat adik tirinya ke tempat meletak kereta tadi pun otaknya bagai sudah tidak mampu berfungsi. Mujirlahnada jiran jiran yang membantu.
Mendukung Adrianna bagai melihat jenazah Faten Liyana. Wajah yang polos, pucat bermain di mata Taufiq.

   Telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa melihat siapa yang memanggil, dia terus menjawab panggilan.

    "Bro kau tak datang kerja ke? Kalau iya pun nak cuti, telefon lah pejabat," terdengar suara Adri memarahinya.

     Taufiq menyibak rambutnya.
"Aku ada dekat A&E SGH sekarang. Sku rasa aku ambil dua hari Urgent Leave Ad. Kau tolong inform diorang." Dia memberitahu.

    Cik Neesa atau Uncle Fadhli? What happened bro?" Soal Adri agak cemas.

     "Nina...." Taufiq menjawab pendek.

     " Huh? Kenapa dengan Nina?"

     "Pengsan tadi pagi. Saat sampai sini pun dia masih belum sedar." Taufiq menjawab datar. Rasa menyesal mula bertandang kerana dia tidak pernah cuba untuk ambil tahu tentang adik tirinya itu.

      "Syafahallah," Adri mendoakan." Apa apa kau bagitahu je aku. Tugas kau kat pejabat ni nanti pandai pandai lah kitorang buat."

    "Thanks Ad. Aku nak jumpa parents aku dulu."

     Setelah memutuskan panggilan, dia keluar menuju ke Unit Kecemasan.

     Tangannya lincah menanggalkan butang pada kaf kemeja. Lengan kemeja di lipat hingga ke siku.

     Setibanya di Unit kecemasan, dia bertanyakan tentang Nina pada staf di kaunter.

     " The doctor is seeing her parents now. You may want to wait for them. They are at the observation area."

      Setelah mengucapkan terima kasih, dia bergegas ke ruang menunggu. Taufiq mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Encik Fadhli memberitahu di mana dia menunggu.

     "She is very weak. Her blood pressure is relatively low. I would say she could suffering from acute anaemia." Dr Helen mmemberitahu.

     "How is that made possible?" Encik Fadhli bertanya.

     " Everyday diet, lifestyle. We have taken her blood for more tests. She needs to be warded for further observation. She might need blood transfusion if things do not get better."

     "Is my girl awake?" Puan Aneesa.

     Dr Helen tersenyum," Awake but very weak. She is alert but she was asking why was she here."

    " You may go to the admission counter for paperworks, while our staff get her ready to be sent up to the ward. And, domt stress yourself too much parents, you have a lretty girl to look after," sempat Dr Helen bergurau.

    "Thank You Doctor."

    "Im just doing my job. You take care," dia memesan Puan Aneesa.

        Taufiq bangun merapati kedua ibu bapanya.
        "Nina okay Ma?"

      Puan Aneesa tersenyum tipis, "Alhamdulillah, dia dah sedar tapi kena warded. Doktor nak buat pemeriksaan lanjut lagi."

     "Terima kasih hantar Nina Fiq. Kalau Foq tak ada tadi, kesian Mama ni." Encik Fadhli menepuk bahu anak bujangnya.

     "Tak ada apa pun Pa. Tanggungjawab Fiq. Kita kan family," Dia membalas.

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now