Taufiq

147 3 0
                                    

Sejak kebelakangan ini Mama ternyata gembira. Riak wajah Mama setiap pagi mencerminkan perasaannya. Dua puluh lima tahun Mama hidup dengan air mata. Mama seorang wanita tabah. Sedikit pun dia tidak mengeluh apabila terpaksa menanggung beban membesarkan anaknya seorang diri. Bukan tiada yang mahu mengambil Mama sebagai isteri, tapi jauh di sudut hati Mama, Mama tidak mahu anaknya menjadi korban. Bukan mudah berkahwin lagi dengan status janda anak kecil.

Terdengar suara Mama ketawa dari bilik Nina. Tentunya gadis itu baru saja pulang ke rumah. Mujur Papa masih belum sampai lagi. Taufiq hanya menggeleng kepala. Tidak faham kenapa Nina rajin benar pulang lewat. Setiap kali dia mengutarakan rasa tidak senangnya, Mama kata Nina ambil kelas malam. Tapi kenapa setiap malam? Tak penatkah gadis itu?

Mahu dikatakan Nina memberontak dengan kehadiran mereka dia beranak dalam hidupnya, Nina tidak pernah menunjukkan perasaan benci terhadap Mama dan dirinya. Setiap pagi, sebelum melangkah ke kolej, dia pasti mencium pipi Papa dan Mama. Tidak pernah tidak dia mempamerkan wajah tidak senang. Apa yang Mama masak semuanya menjadi kegemaran dia. Tapi dia tidak pernah langsung berbual dengan Taufiq.

Taufiq merebahkan diri di sofa. Dia yakin Nina juga baru sampai ke rumah. Sudah sebelas malam baru gadis itu menjejakkan kaki ke rumah. Saat Mama menutup pintu bilik Nina tadi, barulah dia melangkah keluar dari kamarnya. Niat untuk mengambil air terbantut apabila ternampak telefon adik tirinya di atas meja. Kalau di biarkan nanti, tak sempat pula Nina mahu mengecas bateri handphonenya esok pagi.

Pintu Nina di ketuk. Saat Nina membuka pintu, Taufiq tanpa sedar terus saja menegurnya sedemikian. Bukan mahu memarahi Nina tapi entah kenapa dia sendiri seperti Nina; tidak reti hendak berbaik baik dengan gadis itu.

Ah sudah. Dia meraup muka. Tidak tahu kenapa mereka berdua tercepit dalam keadaan yg mereka bina sendiri.

Melangkah masuk ke biliknya, dia mematikan lampu lalu terus merebahkan diri diatas katil bujang. Setahu dia, kamar dia sekarang ni sebenarnya Nina yang hias. Beriya Nina menghias kamar Taufiq sebelum dia dan ibunya berpindah kerumah itu. Itupun Papa yang beritahu tanpa pengetahuan Nina

"Ini saja yang Papa boleh sediakan untuk Fiq. Sebenarnya bilik ni bilik belajar Nina dulu. Kalau kawan kawan dia datang, kat sini lah budak budak tu melepak. Tengok TV, belajar, main games. Ye lah budak budak kan. Papa tak izinkan Nina keluar sendirian dengan kawan kawan dia. Papa khuatir Fiq." Beritahu Papa semasa awal awal dia sampai ke rumah itu.

"Maafkan Fiq kerana dah susahkan Papa. Fiq sebenarnya nak menyewa bilik dengan kawan kawan tapi Mama tak benarkan. Mama paksa Fiq ikut pindah kesini." Pelan suara Taufiq menjengah gegendang telinga Papanya. Encik Fadhli hanya tertawa kecil.

"Mana ada susahkan siapa siapa. Nina sendiri yang bagi cadangan untuk ubah bilik ni jadi bilik Abang, dia kata. Beriya dia ajak Papa pergi shopping perabut baru untul bilik ini. Nina suka sangat menghias. Papa harap Fiq okay dengan pilihan Nina." Encik Fadhli bersuara lagi.

" Pergilah rehat. Nina balik nanti, dia pergi dinner sama sama. Our first dinner as a family."

Tapi sampai ke malam Nina tak pulang pulang. Akhirnya Taufiq menempah Pizza untuk dia serta Papa dan Mamanya.

Dia masih ingat wajah marah Papa apabila Nina masih belum sampai kerumah. Waktu itu sudah jam sepuluh malam. Banyak kali Papa cuba menghubungi Nina tapi tidak dapat.

"Papa dengan Mama kalau nak rehat, rehatlah dulu. Biar Taufiq saja yang stay up tunggu Nina." Akhirnya dia mengusulkan apabila melihat wajah ayah tirinya yang keletihan.

"Taufiq tak nak tidur?" Soal Encik Fadhli.

" Esok masuk kerja lambat sikit. Ambil time off. Nak pergi bengkel sekejap," dia memberitahu.

Dia hampir terlelap di sofa apabila terdengar bunyi gugusan kunci pada pintu utama.

"You lost your way home Nina?" Itu soalan pertama tang terpacul dari bibirnya.
Agak sarkastik bunyi soalan Taufiq.

Nina yang baru melangkah masuk agak terperanjat.

"Err..maaf..maaf..Nina..."

"You made our parents waited up for you. Nina tahu tak malam ni Papa nak ajak kita dinner as a family?"dia bersuara lagi.

"Nina lupa." Kemudian gadis itu mengeluarkan handphone dari beg galasnya. Riak wajah Nina berubah. Ada 15 miss called dari Papa. Entah berapa pesanan ringkas di applikasi Whatsappnya.

"Ya Allah, I put my handphone on silent mode and I forgot all about it." Perlahan gadis itu memberitahu. Wajah serba salah gadis itu diperhatikan.

"Papa dengan Mama marah Nina ke Abang?" Lagi sekali suara Nina hanya sayup sayup kedengaran.

" Apa hak Mama saya untuk marah? Nina, if you dont like us, please say so." Tegas suara Taufiq menghinggap ketelinga Nina. Nina hanya terkesima mendengar kata lata Taufiq. Dia tidak mampu membela diri.

Kaki di bawa melanglah terus ke kamarnya. Perlahan pintu ditutup dan dikunci dari dalam.

Taufiq hanya memandang dengan alis mata. Kepala di geleng beberapa kali. Tangannya di bawa ke kepala. Susah dia mahu menerima gadis itu sebegai adiknya.
Abang....Nina panggil dia abang...

Taufiq melepaskan keluhan. Bukan kehidupan ini yangbdia harapkan.

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now