Dia...hanya kenangan.

160 5 0
                                    

           Taufiq merenung gambar di tangannya. Dia menghela nafas berat. Teringat kata kata Adri semalam.

          " Jadi, kerana itu kau jauhkan diri dari adik tiri kau?" Keras suara Adri.

           Taufiq hanya mengangguk. Adri menggeleng kepala. Tidak faham kenapa selama ini Taufiq masih lagi tidak mampu melepaskan kenangan silam.

         "Aku terperanjat juga tengok dia masa dia buka pintu kelmarin." Beritahu Adri.

          "She looks like her. Pelanduk dua serupa." Adri menyambung lagi apabila dia sedar Taufiq hanya membisu.

          "Mama kau tak cakap apa-apa ke?"

Taufiq menggeleng. Mama tak perlu cakap apa-apa. Mama gembira dapat Nina sebagai anak. Dan Mama tak pernah cuba bangkitkan kisah lama.

         Gambar di tangan di masukkan kedalam laci meja di sisi katil. Taufiq memandang sekeliling kamarnya. Teringat cerita Papanya. Bilik ini Nina yang hias. Nina teruja nak terima keluarga baru. Nina sanggup korbankan bilik rehat dia untuk keluarga baru. Nina sama macam dia.....

       "Fiq, Yana tak boleh hidup lama. Fiq pun tahu. Sakit Yana ni cuma mati saja penawarnya. Fiq doakan Yana mati masuk syurga tau." Kata-kata Faten Liyana masih terngiang-ngiang di telinga.

      Ketika itu Taufiq masih menjalani perkhidmatan negara. Liyana, adalah rakan sekelas juga jiran yang sama-sama membesar dengan Taufiq di perumahan itu.     Taufiq tidak membalas kata-kata Liyana pada waktu itu. Dia tahu sahabatnya itu bakal pergi. Sakit utk dia menerima hakikat itu. Tapi dia tidak mampu menolak qada dan qadar Allah.

      "Kalau Yana da mati, Fiq janji tau kena keluar berkawan. Jangan macam ni. Fiq buang masa Fiq teman Yana macam ni. Pasal Yana Fiq tak ada kawan lain. Orang lain pergi NS ramai kawan. Tapi Fiq tidak." Tidak henti henti Faten Liyana bercakap.

     "Bising lah Yana. Kan Fiq da kalah game ni," Taufiq menegur teman baiknya itu. Faten Liyana tersenyum.

     "So he talks," dia mengusik."Ingat the NS boy da bisu tadi.

      Taufiq tertawa kecil. Dia menjeling sekilas jam di tangan.

      "Dah malam ni Yana. Pergilah masuk tidur. Fiq pun nak rehat. Esok kita lepak lagi." Faten Liyana hanya mengangguk. Dia merenung wajah Taufiq lama.

      "Yana pun nak rehat. Dah lama sangat Yana kat sini." Faten Liyana memberitahu.
Dia bangkit dari kerusi yang di dudukinya.

      "Yana masuk dulu. Fiq tu jangan sambung main games pulak. Esok banyak kerja." Gadis kecil itu lalu memasuki rumahnya. Dia tersenyum ke arah Taufiq sebelum menutup pintu rumahnya.

      Melihat daun pintu yang sudah tertutup, Taufiq juga bangkit utk masuk ke rumah. Begitulah dia setiap kali pulang dari camp. Hanya menemani Liyana di corridor rumah. Mujur rumah mereka memiliki ruang yang luas di luar. Ruang itu telah di hias kemas oleh emak Liyana supaya anaknya boleh bersantai sendirian.

     "Yana da masuk Fiq?" Mamanya bertanya. Dia sudah masak benar dengan anak gadis jirannya itu. Kalau Taufiq balik, tentu Liyana akan mengajak Taufiq berbual-bual di korridor rumah.

     "Banyak mulut dia malam ni Mama. Macam orang sihat,"Taufiq memberitahu.

    
      Jam tiga pagi, pintu rumah Taufiq di ketuk kuat. Saat dia keluar, Mamanya sudah berada di depan pintu.

      Marhammah,adik Liyana sedang berdiri di depan pintu dengan linangan airmata.

       "Kakak......kakak dah tak ada Makcik."
Hanya itu saja yang Marhammah mampu sampaikan sebelum dia jatuh menyembah lantai.

       "Mar, Mar kena kuatkan jiwa. Ini janji Tuhan...." Taufiq mencempung gadis itu masuk ke rumahnya. Dia meninggalkan Marhammah dengan Mamanya lalu melangkah kerumah Liyana.

      "Pakcik....."

      Pakcik Amir hanya menggeleng.

      "Dah masanya Allah ambil balik pinjamanNya Taufiq." Tenang suara Pakcik Amir menyampaikan berita. Seolah-olah kematian Faten Liyana sudah dijangkakan.

         Taufiq melalui hari itu tanpa rasa. Saat jenazah Liyana di masukkan ke liang lahad, dia hanya bungkam di sisi kubur. Saat Ustaz membaca talqin sebagai peringatan untuk yang masih hidup, hati Taufiq bagai di rentap sama. Liyanalah kawan baiknya sedari kecil lagi. Bukan Taufiq tidak berkawan dengan orang lain tetapi hanya Liyana yang memahami dirinya.

       "Wei Fiq! Jauh kau termenung." Kenangan bersama Liyana terganggu dek suara Adri.

        Taufiq meraup wajah. Dia beristighfar panjang. Menghela nafas berat dia memandang wajah Adri.

        "Aku tak tahu kenapa aku buat Nina macam tu. Bukan salah Nina, Yana meninggal pun. Aku saja yang macam tak terima qada dan qadar."

       Adri menggeleng kepala.
"Kau bukan tak boleh terima qada' dan qadar Allah Fiq. Aku rasa kau takut nanti Nina pergi macam Yana," tukas Adri.

      Aku takut kehilangan lagi?
Kenapa?

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now