Seminggu hidup Nina kacau bilau. Taufiq bukan saja hantar dia kesekolah tapi waktu pulang juga Taufiq yang menjemput. Yang menjadi masalahnya ialah lelajar pelajar perempuan yang tak reti nak berhenti mengusha anak teruna orang.
"Nina, siapa guy yang selalu pick you up?" Soal seorang teman sekuliah Nina.
" Abang." Jawab Nina pendek.
" Sejak bila kau ada abang?"
" Her step brother. Bakal tunang aku." Nasib lah Aimee ada waktu tu. Nina bukan jenis suka melayan kawan kawannya.
" Kau ni Aimee....." Aimee tergelak besar.
" Dah lah jangan tanya macam-macam. Tak masuk exam pun," Aimee cepat mencantas. Dia pun macam Nina. Lemas dengan soalan soalan tak perlu macam tu.
Aimee mencuit lengan Nina.
" Abang tiri kau da sampai." Dia memberitahu. Nina menghela nafas.
" Jumpa kau esok." Aimee membisik sebelum melangkah pergi. Nina hanya memandang dengan alis mata. Sejak Taufiq menjemput dia pulang, dia todak dapat lagi melepak dengan Aimee.
" Kalau Nina balik sendiri boleh tak?" Takut takut dia bertanya. Takut kalau lelaki yang sedang memandu itu memarahinya.
"Kenapa? Tak suka saya ambil?" Datar soalan Taufiq.
" Kesian Aimee balik sorang sorang. Selalu Nina balik dengan dia." Nina cuba memberi alasan.
"Siapa cakap dia balik sorang sorang? Awak tengok tu, bukan tu kawan kawan awak juga ke yang sedang berjalan dengan budak Aimee tu?"
Nina mengeluh. Kenapa lah pula Aimee boleh nak berjalan dengan Desmond dan Wendy. Wrong timing!
" Ibu happy tengok awak balik awal. Saya nak ibu tenang tenang. Bukan risaukan awak tiap tiap malam."
"Tapi esok, Nina ada kelas kat masjid."
" Saya hantar terus ke masjid."
Nina tahu dia perlu diam. Tidak perlu cuba untuk memberi alasan apa apa lagi.
Taufiq yang sedang memandu hanya memerhatikan Nina dari cermin pandang belakang.
" Its for your own good Nina." Tapi dia tidak meluahkan kata kata itu. Biarlah Nina tidak tahu. Nina tidak perlu tahu.
"Nina, i thought he does not like you?" Soal Aimee sewaktu dia menemai Nina ke perpustakaan." Hmm..he does not like me still." Balas Nina pendek. Tidak kuasa mahu bercerita tentang abang tirinya.
"But he has been sending you to school for days now!" Tukas Aimee. Gadis Cina itu seperti tidak mahu menerima bulat bulat kata-kata kawan sekuliahnya.
"And he accompanies me to my religious classes even," Nina mengeluh.
" Aku tak fahamlah Nina. Awal awal dulu pandang kau pun tak mahu. Sekarang dia macam nak control hidup kau. And you cant go back home with me anymore," Aimee mula membebel, tidak puas hati kerana dia terpaksa balik sendiri setiap kali habis kuliah.
"He said our Mother is happy if I am home early. Sebab tu dia hantar dan ambil aku Amoi. Kau tahu tak yang aku tak pernah selesa duduk dalam kereta dia," adu Nina.
"Kau balik lambat pun pasal nak elak berjumpa dia kan?" Soal Aimee minta kepastian. Nina mengangguk. Memang kerana itulah dia selalu pulang lewat.
"Maybe you should not go back too late? Mesti parents kau risau,kan?"
"Aku bukan merayap. Aku pergi masjid. Aku dengar ceramah. Amoi, kau pun tahu kan aku tak betah duduk semeja dengan dia. Muka dia tak pernah nak senyum. Macam aku ni jijik sungguh." Nina mengeluh.
"Have you ever told your parents about him?" Aimee bertanya,"Mana tahu mak dia ada jawapan."
Nina menggeleng kepala. Cukup-cukuplah ibu tirinya risaukan dia. Dia tidak mahu menyusahkan lagi hati orang tuanya. Kalau mereka tahu Nina dan Taufiq tidak berbaik, mesti mereka risau. Dan Taufiq mungkin akan membencinya dengan lebih lagi.
Terasa telefon bimbitnya bergetar. Ada satu pesanan ringkas dari abang tirinya.
"I cant fetch you today. Make sure you reach home on time."
Dia tersenyum lebar.
"Amoi!! Dia tak ambil aku hari ni! Kita balik sekarang nak?" Dia memberitahu Aimee separuh menjerit.
"There is no time to lose babe. Dah seminggu aku naik MRT sorang-sorang macam Outcasted," balas Aimee tersenyum.
Mereka melangkah meninggalkan perpustakaan. Terasa seronok kerana setelah seminggu lebih di hantar dan di jemput, Nina dapat melepak denga Aimee walaupun sekadar dalam MRT.
"Outcasted sangat eh. Abang aku nampak kau dengan Wendy a few days back." Sangkal Nina.
Aimee memandang wajah sahabatnya pelik.
"Abang??....." soal Aimee. Nina tersedar akan kesilapannya.
"Maksud aku abang tiri aku; Taufiq."
Aimee tergelak kecil.
"Whatever girl...memang apa pun, dia abang kau jugak."
Telefon bimbit Nina berbunyi pula.
"Hello?" Dia kemudian menjawab salam si pemanggil.
"Nina dah nak balik dengan Aimee."
"Okay."
Telefon dia selitkan ke dalam beg galasnya.
"Siapa?"
"The step brother."
"He called to make sure you are on your way home?"
Nina mengangguk.
"Babe, isnt he The Possesive Step Brother?" Aimee mengusik Nina. Dia tahu Nina pasti marah.
"Kau jangan macam macam lah Amoi. You have your imagination running wild. Tu lah suka sangat baca novels kan?"
"Apa kurang kau. Mengata dulang paku serpih," Aimee mencantas kata-kata Nina.
Nina tergelak. Dia suka apabila Aimee bertutur didalam bahasa Melayu.
"Mentang mentanglah awak tu ahli bahas persatuan Melayu......"

YOU ARE READING
Apa Salahku
RomanceSeri Adrianna, anak tunggal Encik Faizal tidak faham kenapa abang tirinya Taufiq seakan membencinya. Nina kemudian jatuh sakit dan Taufiq seolah olah berubah sikap. Tetapi adakalanya Taufiq masih membencinya. Nina tidak faham apa yang telah berlak...