"Mana Nina dengan Papa, Mama?" Tanya Taufiq saat dia memasuki ruang dapur. Tadi sewaktu solat pun Nina tidak solat berjemaah.
Puan Aneesa menjungkit bahu.
"Mama belum sempat jenguk dia. Tapi Papa kata Nina tak sihat. Taufiq sarapan dulu. Papa kena keluar awal pagi ni. Biar Mama jenguk dia kat dalam bilik dia." Taufiq hanya mengangguk."Biar Fiq buat air sendiri Ma. Mama pergilah jenguk dia," dia mengusul. Bukan susah pun nak buat air sendiri. Taufiq mencapai sachet kopi instant. Dia tidak cerewet. Apa pun boleh minum cuma Nina saja yang kena minum susu setiap hari.Tiap tiap pagi Papa mewajibkan Nina untuk menghabiskan segelas susu. Dah besar panjang macam tu pun,Papa masih mengawasi Nina semacam anak kecil. Baru sahaja mahu meneguk air yang dibuatnya, terdengar suara Puan Aneesah menjerit dari kamar Nina. Taufiq bergegas ke bilik Nina.
"Kenapa Ma?" Dia memandang wajah ibunya yang sudah pucat kemudian melontarkan pandangan keatas katil.
Nina.Masya Allab, wajahnya pucat tak bermaya. Tangan Nina terkulai layu di sisi katil. Ubat ubatan Nina jatuh berterabur di lantai."Ma, is she okay?" Perlahan saja suara Taufiq. Dia tidak mahu berfikir yang bukan bukan. Nina bukan gadis macam itu.
"Kita bawak dia ke hospital Fiq. Mama risau. Dah dua tiga hari dia mengadu badan dia letih. Kadang malam malam dia ketuk pintu Mama, ngadu dia mabuk, susah nak bernafas. Mama ingat dia penat pasal banyak tugasan sekolah." Puan Aneesa semakin sebak. Rasa bersalah kerana dia tidak mengambil serius ketika Nina mengadu letih.
"Mama siaplah. Biar Fiq call Papa." Dia keluar meninggalkan kamar Nina. Terkocoh kocoh Puan Aneesa bersiap. Dia membuka telekung Nina dan menyarungkan tudung menutupi rambut anaknya.
Saat Puan Aneesa membuka pintu kamar, Taufiq bersuara lagi
"Ma, i have to carry her. Is it okay with you and Papa?"
"Dah darurat Fiq. Buka Fiq sengaja. Cepatlah Fiq." Sambil mencapai beg kecil Nina, dia kelam kabut membuka pintu rumah pula. Hati ibu mana yang tidak risau melihat anaknya tidak bermaya begitu."Papa dah on the way ke hospital." Taufiq memberita Mamanya.
Mujur ada beberapa orang jiran yang sama sama mahu ke tempat meletak kereta. Mereka membantu Taufiq mengangkat Nina.
Dengan cermat dia meletakkan Nina di tempat duduk belakang. Puan Aneesa meriba kepala Nina. Di usapnya kepala anak gadisnya itu."Drive safely ah Taufiq," pesan Kenneth jiran tingkat sepuluh yang sama sama berada didalam lif tadi.
"Thanks Ken. Will do." Balasnya singkat. Dia mengangkat tangan tanda berterima kasih.
"Dont worry Aunty Neesa, Nina will be alright. This is not the first time. She will come home healthy," Dorothy cuba memujuk wanita separuh umur itu.
Puan Aneesa hanya mengangguk tanda,"Pleasa pray for her. I am so worried." Dorothy mengangguk; mengerti perasaan jirannya itu.
Sepanjang perjalanan dia tidak putus putus berdoa supaya Allah selamatkan Nina. Dia memicit micit lengan Nina. Wajah gadis itu diusap penuh sayang.
"Bangunlah Nina..Mama risau sangat," dia berbisik. Saat hendak membetulkan lengan baju Nina yang tersingkap, Puan Aneesa ternampak bekas lebam di beberapa tempat.
"Fiq, tangan Nina ada bekas bekas lebam," suara Puan Aneesa sudah bergetar menahan nangis.
"Mama jangan fikir yang bukan bukan lah. Mungkin dia terlanggar bucu meja ke, kita bukannya tahu." Taufiq cuba memenangkan hati Mamanya."Papa kan pernah beritahu yang Nina suka kelam kabut," Taufiq cuba menenangkan hati Mamanya.
Jururawat bertugas terus sahaja mengambil alih saat Taufiq memberhentikan keretanya di hadapan Unit kecemasan hospital itu. Sementara Taufiq menuju ke tempat meletak kereta, Puan Aneesa telah memberi keterangan kepada jururawat yang bertugas.
"Saya tidak.pasti kalau dia ada medical history, Nurse. Im new to the family," beritahu Puan Aneesa. Jururawat yang bertugas mengangguk.
"Its okay, nanti kami check data pesakit," dia memberitahu sambil tersenyum. Seketika itu, Puan Aneesa ternampak suaminya masuk ke ruang menanti.
Encik Fadhli berjalan terkocoh kocoh mendekati isterinya.
"Nina macam mana?"
"Ada dekat dalam. Masih dalam pengawasan doktor. Nurse tadi tanya tentsng medical history Nina." Beritahu Puan Aneesa.
"Neesa minta maaf sangat dekat abang. Neesa tak tahu pun Nina sakit teruk macam tu."Encik Fadhli menarik Puan Aneesa mendekatinya.
"Jangan salahkan diri Neesa. Nina dah lama tak sakit macam tu."beritahu Encik Fadhli." Taufiq mana?" Dia bertanya apabila kelibat anak bujangnya tidak kelihatan.
"Dia pergi park kereta dia tadi."
Seketika kemudian seorang jururawat memanggil nama Nina.
"Family of Seri Adrianna Binti Ahmad Fadhli," jururawat berbangsa Filipina itu memanggil. Encik Fadhli mengangkat sedikit tangannya.
"Sir, the doktor would like to speak to you in the observation ward."
"How is my daughter,Nurse?"
" The doctor will brief you on her condition," Jururawat itu memberitahu dengan senyuman tipis.
"Please follow me, Sir, Madam."
![](https://img.wattpad.com/cover/68363180-288-k231077.jpg)
YOU ARE READING
Apa Salahku
RomanceSeri Adrianna, anak tunggal Encik Faizal tidak faham kenapa abang tirinya Taufiq seakan membencinya. Nina kemudian jatuh sakit dan Taufiq seolah olah berubah sikap. Tetapi adakalanya Taufiq masih membencinya. Nina tidak faham apa yang telah berlak...