She is a great friend

92 0 0
                                    

         "If I am not around, you must carry on with your life. Thanks for being a great friend all my life."

     Me, Your no 1.

            Adrianna membaca berulang2 kali kata kata itu. Siapa yang menulis? Siapa dia kepada Taufiq? Siapa His No 1?

            "Buat apa tu Adrianna?" Tanya Puan Aneesa di sebalik pintu. Adrianna membalikkan tubuh. Buku pada pegangannya di tunjukkan kepada Mamanya itu.

          "Ma, siapa yang tulis ni?" Adrianna menunjukkan tulisan pada belakang buku yang sedang dipegangnya.

Puan Aneesa menarik nafas.

         "Tu, kawan Abang Taufiq," dia memberitahu.

         "Macam mana Nina dapat buku tu?"

         Semalam, Nina nak pergi beli buku ni, tapi abang kata dia ada. So dia bagi pinjam." Dia memberitahu.

       "Ma, siapa kawan abang ni? Kenapa Nina tak pernah jumpa dia?"

       " Tu, Nina kena tanya abang sendiri. Mama tak tahu nak cerita macam mana."

        Nina memaut tubuh Mamanya. Dia tersenyum kecil.

        "Mesti kawan istimewa abang kan? Dan dia tak ada kat Singapore skrg ni?"

        Puan Aneesa menggenggam jemari Nina. Dia tersenyum tawar. Dah lama dia tidak berbual tentang kawan Taufiq.

       " Jom teman mama makan. Papa balik lambat, Mama lapar lah."

        "Okay, Nina teman je tau. Nina da makan tadi dengan kawan kawan Nina. Masih kenyang lagi ni," dia mengusap perutnya.

         "Iya lah...anak Mama ni mana nak masak makanan Mama dia," Puan Aneesa pura pura merajuk.

        "Alah Maa.......esok Nina janji makan dekat rumah okay?"



          Telekungnya digantikan dengan tudung syria. Kaki dibawa melangkah keluar dari biliknya. Dia mencapai buku di atas meja belajar. Niat di hati mahu bertanya tentang gerangan insan yg menulis di mukasurat terakhir buku Taufiq.

        "Abang, Nina ganggu tak?" Dia menegur Taufiq yang sedang duduk di sofa sambil menonton TV. Taufiq mengerling ke arah adik tirinya.
      "Mama mana? Senyap je dapur." Nina menjengah mencari Puan Aneesa.

      "Ada apa? Abang tak tahu pun Nina kat rumah. Ingat Nina pergi masjid tadi," balas Taufiq.

      "Mama kata nak rehat kejap."

     Nina mengambil tempat bertentangan Taufiq.

    " Nina ponteng ceramah malam ni. Mengantuk sangat tadi, terlelap." Dia memberitahu.

     "Abang kenapa tak pergi?" Dia bertanya pula. Selalunya kalau Taufiq balik awal, dia juga akan ke masjid. Sejak Nina sakit beberapa bulan kelmarin, Taufiq juga akan ke masjid supaya Nina tidak balik jauh malam. Lagipun, hubungan dia dan Nina pun semakin elok, tidak tegang seperti masa baru baru tinggal bersama.

    " Abang tak sihat. Sakit kepala. Apasal mengantuk sangat? Malam malam tak tidur? Main handphone?"

    Cepat Nina menggeleng," Tak lah, mana ada Nina main hp malam malam." Dia memerhatikan wajah Taufiq. Abang tirinya itu memang nampak lesu. He didnt even shave. Penat? Stress?

" Abang tak makan ubat ke?"
Taufiq menggeleng. Dia bukan sakit apa pun, cuma keletihan.

     Nina mencebir. Kalau dia, Taufiq pamsa makan ubat. Siap warning macam macam. Baik Taufiq baik kedua orang tuanya,kecoh kalau Nina tak mahu makan ubat.

     "Cantik nah buat muka macam tu," tegur Taufiq membuat muka Nina merona merah. Perasan pulak lelaki itu akan mimik mukanya.

     " Sebenarnya, Nina nak tanya sesuatu." Dia menukar topik. Buku pada pegangannya dihulurkan pada si abang.

    " Buku ni mudah faham, apa yang Nina nak tanya?" Soal Taufiq sambil mencapai buku yang dihulurkan Nina. Buku yang dipinjam Nina hanya buku motivasi. Apalah yang dia tidak fahamkan.. 

      "Siapa yang tulis pesanan pada muka surat terakhir itu? Is it a He or a She? Someone special?" Nina melontarkan soalan berhati-hati. Tangannya memintal hujung tudung.

      Taufiq memandang Nina, tidak faham akan soalan Nina. Tiba tiba tanya pasal teman istimewa ni apa hal.

     " Muka surat last tu," beritahu Nina. Taufiq membalikkan buku itu ke muka surat terakhir. Wajahnya berubah. Dia merenung kata-kata yang tertulis pada kertas itu.

      "Abang?" Nina bersuara, perlahan....

      Taufiq menarik nafas dalam dalam. Dia menyibak rambut kebelakang. Dia diam berjeda.

      "Dia...she is a great friend." Dia memberitahu. Nina mengangguk tersenyum kecil.

      " So its a she? Must be someone very special." Usik Nina.

      "Can i meet her? Nak juga kenal dengan bakal kakak ipar Nina," dia memandang wajah Taufiq tunak.

     Taufiq menggeleng kepala membuat wajah Nina berkerut.

     "She is no longer around."

     "Oh ya, like she said in the book...." Nina memintas.

     " No Nina, she is dead." Perlahan Taufiq memberitahu

     "Ohhhh....Nina tak tau. I am sorry. Patutlah Mama tak mahu cerita apa-apa." Pandangannya dilantunkan pada skrin TV. Rasa menyesal pula bertanya tentang itu sewaktu abangnya sedang tidak sihat.

    "Its okay. Benda dah berlalu. Abang nak mandi, nak rehat. Nanti Nina off lampu, TV semua ya." Taufiq berpesan sebelum meninggalkan Nina di ruang tamu.

    " Nina nak tunggu my father." Nina memberitahu.

      Taufiq memandang Nina. My father....Nina cuma sebut macam itu kalau dia tidak berasa gembira.

      "Are you okay Nina?" Soal Taufiq. Nina mengangguk sambil tersenyum.

     " Nina kinda miss him. Lama tak dapat a goodnight hug from him," Nina memberi alasan.

    "Okay then, night Nina." Dia menapak menuju ke kamarnya.

    "Night, Assalamualaikum." Nina membalas perlahan. Dia menarik kaki ke dada lalu memeluk kakinya erat. Sendirian lagi dia malam malam begini.

     Nina hanya memandang Taufiq berlalu. Siapa kawan Taufiq itu? Kenapa abangnya nampak sugul? Salah ke dia bertanya?
      

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now