Bipolar

108 1 2
                                    

   "Kau tak patut lah Fiq, tak pasal pasal budak tu kau marah," tegur Adri.

   "Aku tak terniat pun. Dia cakap bukan-bukan. Nak rehat, tak nak bangun bangun. Dia ingat benda-benda macam tu boleh buat bergurau?" Taufiq membela diri. Memang dia tidak suka dengar kata-kata itu. Tak kira dari siapa pun, bukan hanya dari mulut Adrianna.

   "Kesian Nina. Mesti dia rasa kau ni bipolar. Sekejap kau baik dengan dia. Sekejap kau bentak-bentak dia. Lepas tu kau macam tak ada perasaan. Tak minta maaf ke apa ke. Kau biar je macam tu." Adri yang tidak puas hati terus membebel.

    " Yang kau risaukan dia sangat kenapa? Kau suka adik tiri aku tu ke?" Soal Taufiq sekadar mahu melihat kawannya itu diam

     Adri berhenti menaip. Dia memusingkan kerusi menghadap Taufiq yang duduk di meja belakang. Perlahan dia bangkit dari duduk.

    "Ada masalah ke kalau aku suka dia? Dia budak baik. Siapa yang tak nak isteri sebaik Seri Adrianna? Dan setahu aku, dia tidak ada calon ataupun kawan istimewa,kan? Last aku check, she is still single, bro."

     Taufiq terdiam. Tidak sangka Adri berani berkata begitu. Adri suka Nina? Yang dia suka usik-usik Nina tu, dia sebenarnya cuba jual minyak ke?

     "Apasal kau diam bro? Kau tak suka aku jadi suami Nina?" Adri menyoal lagi. Keningnya dijungkit tanda mencabar sahabatnya itu.

     Taufiq menarik nafas dalam dalam.
"Jangan kau usik adik aku Adri. U hurt her, you die."

       Adri tersenyum sinis. Kemudian dia menepuk-nepuk bahu Taufiq.

      "Kau tahu tak apa masalah kau Fiq? Kau ni overprotective of semua orang di sekeliling kau. You are doing the same thing towards Nina. Kau tak boleh lepaskan Yana dan kau takut Nina pun pergi macam Yana."

     Taufiq menepis tangan Adri. Dia menggelengkan kepala.

     "Kau tak faham bro," akhirnya dia bersuara.

     "Listen here Fiq. Nina is not Yana. Kau tak boleh macam ni. Nina has her own life. Ajal tu kau tak boleh halang macam mana cara sekalipun. Let Nina live life the way she wants it. Dan kau kena berterus terang dengan dia kenapa kau selalu sangat berperangai bipolar bila berdepan dengan dia. Mana tahu dia boleh bantu kau to let go." Adri menasihatkan lelaki di hadapannya.

       

        'My step bro is a bipolar'

        'Why?'

        ' He raised his voice at me the moment i said i wanted to tidur dan tak nak bangun bangun.'

       ' You mad? Thats sounds like you wanna die woman!'

       ' I was joking, he should know that.'

       ' He doesnt know. Sudah lah Nina. Tak baik cakap abang kau bipolar. He's cold, maybe. Muka step tak ada perasaan. Forget it lah. Tu lah aku ajak jalan jalan kau tak mahu....'

      ' Jalan-jalan needs kahching you know? I dont want to ask from my parents.'

      'Lets look for a job? Waiter ke? Sales assistant ke?'

Adrianna merenung handphonenya. Kerja? Biar benar di Aimee ni.

      'You? For real?'

     ' Actually no! Haha'

Adrianna tergelak. Dah agak dah. Aimee mana boleh cari kerja. Kalau nak kerja sangat, boleh saja bantu dipejabat ibu ayah dia.

     'GTG. Need to be ready for a family dinner. Ta-ta'

     '🙋'

      Handphone diletak di atas meja belajar. Dia merebahkan diri di atas katil. Sudah dua hari dia tidak berbual dengan Taufiq. Pandang muka Taufiq pun dia takut. Taufiq pun tidak menegurnya lagi. Adrianna terasa macam tersisir. Dia tidak suka suasana tegang macam sekarang ni. Ayah bernikah lagi untuk menambah ahli keluarga. Supaya Nina ada kawan bukan macam ni; tidak bertegur sapa.

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now