Faten Liyana

99 0 0
                                    

   Kaki melangkah melalui deretan kuburan yang bungkam. Sudah lama dia tidak ke situ dek kenangan masa dan tugasan harian. Tambah-tambah lagi apabila kehidupannya berubah sejak ibunya berumahtangga.

   Dia bertingkuh di sisi kubur itu. Salam diberi. Perlahan tangannya bergerak membersihkan rumput rumput liar yang tumbuh di sekeliling kubur.

  "Yana, kalau kau kahwin nanti, aku dah tak ada kawan nak lepak malam malam kat corridor ni," dia memanggil Liyana yang sedang ralit membuat kerja sekolah.

   "Kau rasa rasalah, dengan siapa kau kahwin eh Yana?"

   "Aku tengok mamak kedai bawah ni macam minat je dengan kau. Kau nak tak kalau aku jalankan kau dengan dia?"

Faten Liyana hanya membungkam. Malas mahu melayan lelaki di depannya.

   "Eh, aku berbual dengan kau ni," Taufiq mencampak bekas keropok ke arah temannya itu.

    Faten Liyana mendongak memandang Taufiq. Riak wajahnya tidak dapat ditafsirkan. Entah marah atau bingit dengan kelakuan Taufiq.

    "Nampak tak aku lagi buat kerja ni Fiq?"

    "Aku tahu lah kau sibuk tapi sekurang-kurangnya jawab lah soalan aku tu. Kau suka tak kat mamak kedai runcit bawah blok kita tu?" Beriya iya dia bertanya dengan wajah serious.

   Faten Liyana mencapai pemadam di tepi buku lalu dibaling ke wajah Taufiq.

   "Tanya lagi soalan bodoh, aku bakar basikal kau." Dia memberi amaran.

    Taufiq tergelak kecil. Garangnya perempuan di depannya itu.

     Yana menutup buku sekolahnya.

"Sejak kecik lagi aku dah bertunang. Kau saja yang tak tahu." Dia merenung wajah Taufiq, serius.

    Taufiq menelan liur, kenapa selama ni dia tidak tahu pun Liyana dah bertunang.

   "Mak aku kata, sejak azali lagi aku dah bertunang; dengan kematian. Bukan aku saja, kau pun. Kau lupa ke bro?" Liyana mengumpulkan semua barang miliknya.
Dia bangun dari duduk lalu mengebas2 kainnya.

   "Aku da penat. Aku masuk dulu. Kau jangan nak melepak jauh malam sangat. Nanti demam pulak kena embun,"
Faten Liyana tergelak sendiri. Dia suka mengusik temannya itu. Dia tidak pasti apa akn terjadi esok lusa dan hari hari akan datang. Taufiq mengangkat tgn membuat tanda OK.

       Tangan menyentuh batu nisan Liyana. Kawannya sudah bersemadi bertemu Ilahi. Semoga dia tenang di sana. Bagi Taufiq, sudah cukup Liyana menahan ujian kesakitan di dunia. Bila Allah mengambil nyawa Liyana, jauh di lubuk hati, dia memberitahu dirinya sendiri, bahawa Liyana sudah terlepas dari penderitaannya.

    Taufiq melangkah pergi apabila terasa titisan hujan membasahi bumi. Hujan turun tanpa tanda. Tiba tiba saja lebat. Taufiq berlari lari anak menuju ke kereta. Hujan semakin lebat sehinggakan dia tidak dapat melihat jalan di hadapan. Dia bercadang untuk menunggu hujan reda.

     

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now