Kenapa Kita.

150 3 0
                                    

"Hari ni ada kelas lagi ke Nina?" Encik Fadhli bertanya kepada anak gadis yang baru sahaja keluar dari biliknya.
" Haaa..ada Papa. Nina balik lambat sikit malam ni." Soalan Papa dijawab spontan. Taufiq yang sedang mencedok bihun goreng kedalam pinggannya memandang Nina dengan wajah curiga. Hatinya berkali kali bertanya kenapa Papa tidak lernah curiga akan kelakuan anak gadisnya itu. Sekolah apa lah yang balik sampai larut malam?

"Papa tengok sejak kebelangan ni Nina asyik balik lambat. Nina pergi mana?" Pinggannya ditolak sedikit. Tangan mencapai cawan kopi di depan. Mata Encik Fadhli tertancap pada anak gadis yang baru sahaja duduk di sebelah Taufiq.

" Nina banyak projek Papa. Nina kena habiskan dengan kawan kawan. Ada hari pula Nina pergi tuition. Takkan Papa tak ingat," lembut Nina memberitahu Papanya. Jangan sampai tersilap cakap.

"Sibuk Nina ni mengalahkan orang dah bekerja. Abang Taufiq pun balik on time je Papa tengok."

Nina hanya diam. Mata mengerling ke arah Taufiq yang sedang tenang menyuap sarapan ke mulut. Terasa seperti diperhatikan, Taufiq menoleh kearah Nina. Wajah Taufiq yang tidak pernah senyum itu seolah olah mahu menyampaikan sesuatu.

" Err..boleh passkan pinggan tu kat Nina tak?" Terpaksa jua Nina bersuara. Tak mahu Papa mengesyaki apa-apa.

Pinggan di capai lalu bihun goreng Mamanya dicedok kedalam pinggan Nina.
"Cukup?" Taufiq soal datar.
Nina memandang lelaki itu tanpa riak. Kalau tak suka aku tak payah lah beriya-iya nak tolong cedokkan bihun tu. Mahu saja dia melafazkan rasa tidak puas hatinya itu.
Tak faham lah dengan Taufiq ni. Nak kata dia okay, macam tak okay. Nak kata tak okay, kadang tu macam orang normal je kelakuan dia.
"Cukup ke tidak? Atau nak tambah lagi?" Suara garau Taufiq menyedarkan Nina dari lamunannya.
"Err..cukup. Dah banyak tu. Nanti Nina takut tak habis." Dia perasan ada riak mengejek pada wajah Taufiq. Nak gelakkan orang lah tu. Nina memang selalu begitu. Kalau disergah dia mudah panic.

Encik Fadhli hanya tersenyum melihat Nina. Dia tahu semalam Nina pulang lewat lagi. Sudah hampir tiga bulan Nina berkelakuan begitu. Kalau boleh mahu keluar tumah berpagi pagian. Sarapan pun Nina tidak mahu. Sanggup minta Mamanya bungkuskan sarapan supaya dia boleh makan di sekolah.

"Dah siap Fiq? Papa nak gerak sekarang. Lambat lambat nanti sesak jalan raya tu." Encik Fadhli bersuara.

" Sikit lagi Papa. Nak minta Mama bungkuskan sikit ni nak bawa ke pejabat." dia memberitahu.

" Laa Fiq da jadi macam Nina juga?"usik Papa.

"Eh tak lah Pa. Nanti ada meeting, takut tak sempat nak lunch nanti."

Nina menolah kerusi sedikit untuk menyalam Papanya. Pipi Papa dicium kirin dan kanan. Dia memeluk Papanya erat.

"Take care Papa. Sayang Papa sangat sangat." Ucapnya sebelum bergerak ketepi sedikit untuk memberi ruang kepada Taufiq menyalam pula.

Saat Taufiq mahu mengangkat pinggan kotor ke dapur, sempat dia menahan.

"Tak apa, nanti Nina kemaskan." Mata tidak sedikit pun memandang abang tirinya itu. Nina tidak berani.

"Tak apa. Saya nak ke dapur pun. Cepat makan, nanti saya hantarkan."

" Eh tak apa. Nina naik MRT je. Abang...err awak lambat nanti." Kalut Nina mahu menolak pelawaan Taufiq.

" I am heading towards your area Nina. Boleh tak taat for once?" Keras suara Taufiq. Mahu saja Nina menjawab abangnya tapi kehadiran Mama membuat niatnya terbantut.

"Cepat makan Nina. Abang cakap dia nak hantar Nina ke sekolah hari ni." Senyuman Mama Anissa buat Nina tidak betah mahu menolak.

"Fiq dah bagitahu dia Ma."

"Eloklah. Kesian Mama tengok Nina jena berasak asak tiap tiap pagi. Kalau Abang kerja area sana selalu boleh lah tolong hantar Nina sekali kan." Rasa macam nak tercekik bihun apabila Mama Anissa berkata sedemikian. Mahu Nina mati keras dalam kereta Taufiq kalau setiap hari kena ikut kereta Taufiq.

Mama, tak tahu ke Mama anak Mama si Taufiq Adli bukan sukakan Nina. Kalau dia tak suka Nina tak kisah. Abang Taufiq benci...benci sangat kat Nina.

Kereta laju meredah jalan. Nina hanya diam disebelah Taufiq. Nak on radio pun dia tak berani. Ni bukan kereta Papa. Ni kereta Taufiq. Pernah Nina kena tangkap makan dalam kereta Taufiq. Waktu tu mereka teman Mama ke pasar. Teguran Taufiq buat Nina mahu keluar dari kereta dan balik saja naik bas.

"Yang drive kereta ni saya. Kalau makanan jatuh,jadi makanan lipas. Kalau lipas dah banyak, rasa rasa menganggu tak kenteraman saya?" Tegas suara Taufiq masuk ke gegendang telinga.

"Maaf. Nina tak buat lagi."
Selepas itu memang Nina elak dari menumpang kereta Taufiq. Selalu saja dia mengelak kalau Papa atau Mama meminta Taufiq menghantar Nina kemana-mana.

Tidak sedar, kereta sudah berhenti di depan sekolah.

"You want to come with me to the office?" Soal Taufiq.

"Huh?" Nina tidal faham.

"Kita da sampai." Dia memberitahu.
Nina menoleh ke kiri. Ya Allah, dah sampai depan gate sekolah pun. Kenapalah tadi tak perasan. Malunya.

"Terima Kasih aa..Taufiq."
Nina teringat Taufiq tidak mengizinkan dia memanggilnya Abang. Entah kenapa. Takkan jijik sangat dapat adik tiri macam Nina?

"Jangan balik lewat. Cukup cukuplah buat Mama risau. Tahu tak hati seorang Mama tu macam mana?"

Nina tidak menjawab. Terasa sangat dengan kata kata Taufiq.

"I know she is your mother. I know i am nothing to you. Tapi saya perempuan. Saya tahu hati Mama."

Pintu di buka lalu terus dia melangkah keluar. Nina tidak menoleh lagi. Airmata sudah bergenang. Pagi pagi dah buat Nina menangis.

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now