"Nina, I am sorry about last week," gumam Taufiq sewaktu Nina berpapasan dengan dia di dapur.
Nina menoleh ke arah Taufiq dengan mata yang dipicingkan.
"Maaf?"dia menyoal seolah olah tidak faham apa yang dikatakan Taufiq.
" Ye, minta maaf pasal abang maeah Nina tiba tiba," Taufiq bersuara ranpa memandang Adrianna.
"Hurm. Kalau pasal tu, Nina dah lupakan dah. Tapi," sengaja Adrianna tidak menghabiskan ayatnya.
Taufiq mendongak terpaksa memandang adik tirinya yang sedang berdiri bersandar pada kabinet dapur.
"Nina rasa kita perlu duduk dan berbincang. Nina perlu faham what trigger your anger. Abang ni hot and cold sesuka hati. Selama Nina tinggal dengan abang dan Mama, Nina cuba nak kenal hati budi my step brother tapi Nina rasa macam you have a wall built around you."
Dia menghela nafas lega; lega kerana apa yang dia pendam selama ini telah diluahkan.
Taufiq meletakkan mug minuman di atas meja. Dia memandang adik tirinya tanpa riak.
Adrianna sudah berani bersuara. Seminggu dia diamkan gadis itu, sangkanya gadis itu akan terus mendiamkan diri tapi sebaliknya yamg berlaku.
"Banyak cakap Nina ni," dia menegur sambil tersenyum nipis.
"Nina memang macam ni. This is the real Seri Adrianna. Anak Papa yang suka bercakap,"Adrianna membalas bersahaja.
"So, anything you want me to know?" Sekali lagi dia menyoal Taufiq.
"Do you know I dont like to be provoked?" Soal Taufiq.
Adrianna menggelengkan kepala," No. Yang Nina tahu dan yakin, Abang Taufiq ni macam manusia bipolar. I just dont understand you. Dan kalau kita nak tinggal serumah dengan aman, we need to understand each other. We are family you know," Adrianna tersenyum. Tangannya mencapai mug di atas meja lalu dibawa ke singki.
" Eh, biar abang cuci," Taufiq yang baru tersedar akan perbuatan Adrianna segera menghalangnya.
"Hisy, Nina nak guna mug ni lah. Nina nak makan ubat."
Lincah Adrianna mengelap mug lalu mengisinya dengan air yang telah di tapis.Taufiq hanya memerhatikan gelagat adik tirinya.
" Bila Nina boleh stop makan ubat ubat tu semua?"
Adrianna menoleh ke arah Taufiq sambil menjungkitkan bahu."Ni bukannya ubat apa pun. Untuk tambah darah saja. Nina bukannya suka kapsul ni, bau hanyir." Dia memberitahu.
Taufiq hanya mengangguk.
"Nina, esok free?""Dah cuti sekolah, mesti lah free. Kenapa?
"Nina nak tahu kenapa I look kind of bipolar? Esok abang bawa Nina pergi satu tempat."
Terbeliak mata Adrianna mendengar kata kata Taufiq.
"Nak bunuh Nina ke?" Spontan dia bertanya. Laju juga dia menekup mulutnya; takut kalau kalau Taufiq terasa.
Lelaki itu tergelak kecil.
"Tengok lah lagi movie "orang putih" banyak banyak. Kemain Nina berimejinasi eh."" Kita berdua je?" Adrianna bertanya lagi.
"Tentulah tidak. Kita ajak Mama," Taufiq memberitahu.
"Yes! Lepas tu belanja Nina makan okay," dia tersenyum senang. Dapat keluar dengan Mama dan Abang Taufiq pun dah kira okay lah. Dah seminggu dia berkurung di rumah ni.
YOU ARE READING
Apa Salahku
RomanceSeri Adrianna, anak tunggal Encik Faizal tidak faham kenapa abang tirinya Taufiq seakan membencinya. Nina kemudian jatuh sakit dan Taufiq seolah olah berubah sikap. Tetapi adakalanya Taufiq masih membencinya. Nina tidak faham apa yang telah berlak...