Adri Adrianna

114 2 0
                                    


                "Bila Nina boleh balik Mama?" Dia bertanya Puan Aneesa ketika wanita sepatuh baya itu sedang menyisir rambutnya.

                "Kan doktor kata diorang nak buat test lagi ke atas Nina hari ni," balas Mamanya memujuk.

               "Kalau Nina sihat, dua tiga hari lagi nanti Nina balik lah."

               Nina memusingkan badan menatap wajah wanita itu.

              "Terima kasih jaga Nina Ma. Dah lama Nina tak rasa kasih seorang ibu. Selama ni kalau Nina sakit, Papa lah yang tak tidur malam. Terima kasih kerana sayang Nina macam anak Mama sendiri," dia melanturkan kata-katanya dengan berhati hati. Sebak hatinya apabila dia melihat Puan Aneesa menemaninya di bilik itu.

          Puan Aneesa merangkul Nina kemas kemas.
          "Mama akan sentiasa jaga Nina selagi Mama hidup. Terima kasih kerana terima Mama dan Abang Taufiq dalam hidup Nina juga." Puan Aneesa membelai tubuh Nina. Dikucup pipi anak daranya itu penuh sayang.

          "Nina kesian tengok abang Fiq teman Nina satu hari suntuk kat sini Ma. Nina boleh jaga diri. Nina rasa semalam abang mesti rasa bosan duduk dalam bilik Nina ni."

        "Abang Fiq tak pernah ada adik. Dia tak rapat dengan saudara mara. Biarlah dia jaga Nina," Puan Aneesa memberitahu.

        "Ma, kenapa Abang Fiq macam tak suka Nina?" Adrianna memberanikan diri untuk bertanya.

        " Isy, siapa cakap dia tak suka Nina. Kalau dia tak sayang adik dia seorang ni, takkan dia ambil cuti untuk jaga Nina," Puan Aneesa tersenyum mendengar soalan Nina. Kalau boleh dia tidak mahi bercerita. Biarlah Taufiq sendiri yang memberitahu Nina. Adrianna hanya mengangguk. Baginya, mungkin Puan Aneesa tidak tahu apa-apa.

       Selesai menjalani beberapa ujian, Nina kembali ke bilik. Taufiq sudah sedia menunggu Nina bersama seorang lelaki. Melihat Nina disorong oleh Mamanya, dia cepat cepat bangkit untuk bersalaman dengan Puan Aneesa.

      "Nina da okay?"dia bertanya.

      "Masih mabuk lagi tapi tak lah rasa letih macam semalam." Balas Nina bersahaja."Ni siapa AbgFiq?" Nina bertanya apabila lelaki itu tidak lepas lepas memandang wajahnya.

     "Itu Adri kalau Nina nak tahu. Kawan Abg sejak kecil. Dah kerja pun rezeki dapat satu syarikat," beritahu Puan Aneesa. "Adri, ni adik Taufiq; Seri Adrianna."

     " Ad dah pernah jumpa dia Makcik. Masa Ad pergi rumah makcik kelmarin. Dia tak perasan Ad mungkin," Adri membalas dengan senyuman.

      Puan Aneesa hanya tersenyum," Ad jangan nak usik anak dara makcik tau. Ni lah satu satunya intan berlian Papa Mama dia tau."

       "Alah makcik, baru Ad nak masuk meminang. Nama kitorang da cantik ni. Adri Adrianna...haha" Adri tergelak besar.
Taufiq hanya menggeleng kepala melihat keletah sahabat dia.

      "Tak habis habis kau ni. Semua perempuan kau nak kacau."

      "Eh mana ada. Yang ni aku tak berani nak usik."

      Muka Nina merah menahan malu. Ada saja modal Adri dan Mamanya.

       Telefon bimbit Nina berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Taufiq yang sedang berdiri di sisi katilnya mengambil telefon itu.

        "Terima Kasih."

Nina membuka peti pesanan. Dia tersenyum lebar.

         "Baca sms pun tersenyum? Dari orang istimewa ke?" Usik Adri membuat muka Nina merona merah.

         "Kawan baik saya," jawab Nina sambil tergelak.

          "Ma, Aimee nak datang nanti lepas kuliah," beritahu Nina." Macam mana dia tahu Nina kat sini?"

         Taufiq berdehem sebelum bersuara," Abang yang bagitahu dia." Nina memandang abang tirinya. Abang? Bukan saya? Bukan Abang Taufiq?

        Taufiq kelihatan gugup," Bukan yang macam Nina fikirkan itu. She called while you were sleeping yesterday and i asnwered your phone. I told her about you. I needed to inform the school anyway,Nina."

        Kenapa abang tirinya seolah olah masuk dalam denial mode? Nina hanya memgangguk menandakan dia faham apa yang Taufiq cuba sampaikan.

        "They know I am warded then. Baru tadi Nina ingat nak call pejabat sekolah. Thanks abang." Dia menekankan perkataan abang, mahu melihat reaksi Taufiq tapi abang tirinya itu seolah olah berada di zone lain. Nina pelik.

         "Saya pun nak minta diri." Adri memecahkan kesunyian.

         Semua yang berada di situ memandang pula ke arahnya.

         "Aku kan ambil time off, bukan the whole morning off." Adri menerangkan khususnya kepada Taufiq.

        "Mintak diri dulu ya makcik," Adri memandang Puan Aneesa.

        "You take care Nina. Nanti Nina da sihat kita boleh mulakan journey AdriAdrianna okay." Nina tahu lelaki itu hanya bergurau.

       "Kalau Nina hidup lagi lah." Dia membalas sekadar mahu bergurau juga. Puan Aneesa yang sedang duduk di sisi Nina mencubit kecil lengan anaknya itu.

       "Ouch Ma! Sakit. Nina gurau je," dia membuat muka sedih.

         Tiba tiba Taufiq melangkah keluar dari kamar Nina membuat Nina tercengang. Dia marah sangat ke dengan gurauan Nina? Dia tidak suka Nina melayan gurauan Adri.

         "See you later Nina," terkocoh kocoh Adri melangkah mengejar kawannya itu.

  
           "Kau terkesan dengan apa yang Nina cakap?"soal Adri ketika mereka berada di tempat meletak kereta. Taufiq tidak menjawab.
  
          "She doesnt know, Taufiq." Sekali lagi Taufiq tidak menjawab.

          "Pergilah tengok dia. Mama kau pun da nak balik,kan?" Adri menepuk bahu Taufiq.

           Taufiq merenung wajah Adri.

         "She reminds me of Yana; of painful death." Akhirnya dia bersuara

         Adri menarik nafas dalam dalam.

         "Bro, kalau kau tak kuat, kau ingat Mama kau boleh kuat? Nina akan kuat? Lagipun its anaemia. Its not lethal. Dia bukan Yana. Yana died of lukeamia. And her time was up. Mak ayah dia redha, Yana cuma pinjaman. Kau kena belajar redha jugak Fiq."

        "Aku bukan marahkan Allah. Aku tak salahkan taqdir Ad. Aku cuma takut nak hadapi kematian macam tu. One moment she was talking to me. The next moment she  was no more."

        "Sabarlah Fiq. Kau perlu untuk lepaskan itu semua. Your family needs you."

       

       

     

     

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now