Kembali ke kuliah

127 2 0
                                    

       "Nina!!!!!" Aimee menjerit kecil melihat sahabatnya melangkah keliar dari kereta Taufiq. Tubuh sahabatnya itu di raih dalam pelukan erat.

      "I thought you saw her yesterday?" Soal Wendy yang masih berjalan santai menuju ke arah kedua-dua rakan sekuliahnya itu.

       "Ahh that was yesterday, this is today," balas Aimee sambil tergelak. Dia memang sebegitu. Ceria sepanjang hari. Wendy mendekati Nina dan meraih bahu Nina sekejap. Pelukan dilepaskan dan dia memandang wajah Nina seketika.

      "Tell us if you dont feel well okay," dia memberi arahan. Nina hanya mengangguk lalu tersenyum.

     "Nina," terdengar suara Taufiq memanggil dari arah kereta. Nina menoleh ke arah kereta Taufiq. Keningnya berkerut melihat Taufiq masih berada di situ.

     "Call me if anything ya. Aimee, look after her for me," pesanan Taufiq membuat Aimee ternganga. Wendy cepat cepat mencuit kawannya itu. Malu kalau Taufiq nampak dia menganga macam tu.

      "Siapa yang sakit ni? You atau abang tiri you itu?" Soal Aimee. Dia tahunTaufiq bukannya rapat dengan Nina. Apabila Taufiq tiba tiba berubah perangai, mana taknya dia terkesima.

      "He is just showing concern. Woman, you are so difficult lah," marah Wendy.

      "He is usually like this. He has been so cold towards Nina. U dont know?"balas Aimee todak puas hati.

     Adrianna tertawa melihat mereka bertikam lidah kerana seorang Taufiq Hakim.

     " Come lets get going. My abang is not worth the squabble," dia tertawa.

     "Abang? Taufiq tu abang? Eh korang lepas keluar hospital ni macam pelik lah," Aimee semakin tidak puas hati.

     "Her step brother is not considered abang mehhh?"Wendy bersuara pula.

     Nina terus menarik kedua dua gadis itu mendaki anak tangga menuju ke dewan kuliah. Kerana abang tirinya, mereka bertikam lidah. Nina menarik senyuman segaris. Dia sendiri perasan akan erubahan abang tirinya itu tapi dia tidak mahu mengharap sangat. Taufiq payah untuk di jangka. Sekelip mata dia boleh berubah. Bipolar ke abang tiri Nina itu? Hmmmm malam nanti boleh tanya Mama.

       Puan Aneesa memicit bahu Nina. Selepas solat Isyak Nina mengadu sakit bahu. Seminggu tidak ke kuliah, banyak benda yang Nina kena "cover" balik.

    "Macam mana sekolah tadi?"Puan Aneesa bertanya. Dia tiada di rumah sewaktu Taufiq menghantar Nina balik. Taufiq pula entah kemana dia pergi saat dia tahu Mama dan Papanya tiada di rumah. Memanglah tak akan ada yang datang ketuk pintu tuduh khalwat, tapi Taufiq lebih suka begitu.

    "School was fun. Macam biasalah Nina mesti lepak dengan Aimee tapi tadi ada Wendy. Boyfriend dia tak datang so dia lepak lah dengan kitorang." Dia memberitahu

     "Ohh Wendy dah ada boyfriend," balas Puan Aneesa.

     "Haah Ma. Diorang tu kawan dari kecil. Tinggal satu blok. Kawan baik lepas tu.....three lah." Nina berseloroh. Dia ketawa terkekek kekek kerana dicubit oleh Puan Aneesa.

     "Macam macam eh Nina. Okay lah cepat cepat tidur. Ubat dah makan kan?" Soal Puan Aneesa.

    "Belum lagi. Nanti Nina ambil ubat kat dapur."

    Tiba tiba pintu bilik Adrianna ditolak luas. Encik Fadhli menjengukkan kepala.

     "Kalau tunggu dia ambil ubat, dia tak akan ambil punya. Ni abang dah bawakkan." Encik Fadhli menghulur ubat dan air kepada anaknya.

     "Makan sekarang. Tak payah tunggu nanti. Papa tak percaya Nina ni. Nanti lupa terus tidur," Encik Fadhli memberi arahan. Bukan dia tidak kenal Nina, dari kecil.takut makan ubat.

     "Papa tak baik tau. Kan Papa tahu Nina takut ubat," rengek Adrianna. Puan Aneesa tergelak.

    "Lain kali biar Taufiq yang jaga schedule ubat Nina, abang. Biar dia takut sikit," usik Puan Aneesa.

    Nina cepat cepat menelan ubat. Takut kalau Taufiq dah sampai rumah. Dekat hospital memang Taufiq saja yang boleh paksa dia.

    "Mati Nina makan ubat tu. Besar sangat," Nina memberitahu Puan Aneesa.

   "Nina nak sihat, kan. Makanlah ubat tu Nina," pujuk Encik Fadhli pula.

   Nina masih merenung ubat di tangannya. Ya Allah kenapa lah besar sangat? Macam mana nak telan? Kalau tersekat kat tekak macam mana?

     "Nina nak makan ubat tu atau Nina nak abang suap dengan paksa. I can get the staff to help me." Suara Taufiq kedengaran tegang.

      Cepat cepat Nina menelan semua ubat di tangannya kerana terperanjat dek suara Taufiq. Dia sangka Taufiq masih berbalas mesej di telefon bimbitnya.

     "Air...air...Nina terbegik," terkial kial dia bersuara. Tangannya digapai meminta air.
Cepat cepat Puan Aneesa menyuapkan air kemulut Nina sambil mengurut belakangnya. Encik Fadhli menggeleng kepala sambil menahan tawa yang hampir terletus. Macam macam Nina ni.

     " Makan ubat Nina, bukan kerana kita nak suruh Nina mati," Taufiq terus melangkah keluar setelah berkata bergitu kepada Nina.

      Terngiang ngiang lagi di mata Nina kejadian di bilin hospital pada malam itu. Abang tirinya tiba tiba berubah mood apabila Nina berdegil tidak mahu makan ubat. Nina takut dengan ubat, bukan Nina sengaja nak buat perangai.

    "Ma, Pa....kenapa malam tu Abang Taufiq macam marah sangat Nina tak nak makan ubat?" Dia bertanya kedua ibu bapanya.
Puan Aneesa dan Encik Fadhli saling berpandangan. Encik Fadhli mengelus lembut bahu anaknya.
      "Dia penat mungkin. Lepas tu adik dia tak nak makan ubat. Tak dengar kata, sebab tu dia termarah. Bukan dia sengaja nak marah Nina."

    "Jangan fikir bukan-bukan. Abang dah tak marah Nina lagi pun kan?" Pujuk Puan Aneesa.

     Adrianna hanya mengangguk. Buat masa ini, dia terpaksa menerima alasan kedua ibu bapanya walaupun dia masih berasa tidak puas hati.

   

          

Apa SalahkuWhere stories live. Discover now