Bosannya. Gumam Tipah dalam hatinya.
"Mama, Tipah rasalah kan, Tipah nak gi Kolumpo. Nak cari kerja dekat sana." jerit Tipah yang sedang bersimpuh di tangga rumahnya. Orang tua pernah bilang, kalau anak dara duduk dekat tangga, nanti tak ada orang masuk meminang. Entah betul entah tidak. Jangan tanya Tipah. Tipah tak tahu nak jawab. Pada dia, mungkin ada benar sebab kalaulah ditakdirkan rombongan pihak lelaki datang merisik, dilihatnya Tipah sedang bersiul atau menyanyi atau termenung atau lebih parah sedang menggali bendasir-bendasir asing didalam hidungnya, apakah perasaan rombongan tersebut ketika itu? Masihkah mereka menerima Tipah?
Mungkinkah Tipah akan terkejut lalu bingkas bangun sambil menutup muka dengan tuala good morningnya dan berlari seperti Usain Bolt menuju bilik tidurnya dek kerana tidak tahu dimana mahu menyembunyikan muka mulusnya itu?
Mungkin juga Tipah akan mengorek atau lebih tepat menggerudi, bukanlah goyang gerudi, menggunakan gerudi elektrik arwah ayahnya yang tersimpan didalam stor untuk menggerudi dinding batu rumahnya lalu menyorokkan kepalanya hingga ke paras leher dalam lubang di dinding tersebut untuk menutup rasa kemalu-maluannya itu hanya kerana rumahnya tiada tanah untuk dikorek memandangkan lamannya ditabur batu kerikil bersaiz guli yang sering digunakan ketika bermain congkak?
Terlalu banyak andaian yang Tipah rangka. Lenguh jari penulis menaip bentangan fakta Tipah yang belum disahkan sahih oleh mana-mana pihak tertinggi untuk pengenalan bab pertama. Sepantaas kilat Tipah bangkit dan berdiri di atas kedua kakinya lantaran bentangan faktanya itu. Takut sekali. Kelihatannya Tipah menggigil sambil menggigit kukunya. Dahinya bercucuran keringat umpama setitik peluh petani ibarat nasi kita. Tipah mengalirkan air matanya. Meleleh lalu masuk ke dalam mulut. Beberapa titis yang lain menitis ke bajunya dan mengenai dadanya lalu membuat refleksi ke atas lantai dek kerana ke-solid-kan dada Tipah itu membuatkan air matanya sendiri melantun kebawah.
"Anak bertuah! Kau kenapa?" Baiklah. Ini Mak Senah ibu biologikal kepada Tipah. Mak Senah orangnya janda setelah kematian suami tercinta, Mustarjo Hasan a.k.a Pak Mustar. Para pembaca, Pak Mustar merupakan suami Mak Senah yang ke-99. Dan merupakan bapa biologikal dan bukanlah bapa kemerdekaan, bapa pembangunan malah bukan sekali bapa pemodenan ataupun bapa kikis kewangan kepada Tipah. Mak Senah terkena sumpahan hatta jika dia bernikah, dia akan kehilangan suaminya pada malam pertama. Tetapi, untungmya suami pertama Mak Senah yang berpeluang merasmikan kapal layar Mak Senah dan kemudiannya meninggal dunia ketika klimaks pertama. Begitulah yang terjadi pada tiap kali Mak Senah berkahwin. Tetapi Pak Mustar tidaklah meninggal ketika klimaks pertama tetapi pada klimaks kedua. Tragis sekali.
Sembilan bulan selepas itu, lahirlah Afifah Atifah Adrianna a.k.a Tipah menemani kesunyian Mak Senah selama sembilan bulan sebelumnya. Kehadiran Tipah sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada Mak Senah untuk membuka perniagaan demi untuk memberi keselesaan kepada Tipah. Mak Senah bertungkus-lumus siang malam pagi petang hujan panas ribut taufan bekerja membanting tulang empat keratnya.
Mak Senah membuka warung yang fuh! laku sekali penangan kopi yang diberi nama Jantan Hitam Cangkuk Kembang hasil pokok tanaman kopi Mak Senah di batas sayur terungnya di laman belakang. Penangan kopi tersebut bisa mengkhayalkan peminumnya. Pernah sekali, Pak Yunus mengorder kopi tersebut. Pak Yunus sudah tua giginya tinggal dua itu sudah dilarang oleh Mak Senah agar tidak mengambil kopi itu. Tetapi Pak Yunus membalas, "Aku sudah bosan tidak dapat beraksi lama."
Mak Senah ketandusan tegahan lalu membancuh kopi itu. Selepas Pak Yunus minum, Pak yunus membayar dan pulang ke rumah. Keesokannya, warung Mak Senah digegar oleh penduduk yang kesemuanya kaum Adam. Mak Senah tidak menang tangan membancuh kopi Jantan Hitam Cangkuk Kembangnya itu sehingga Tipah dikerah untuk membuat batas baru dan menabur biji benih kopi tersebut. Keriuhan warung tersebut terhenti suasananya apabila Pak Yunus melangkah masuk dengan pakaian ala-ala budak hipster tetapi tidaklah memakai skinny jeans tetapi berjubah Pahlawan ketat yang sedang viral di media semasa ketika ini, berkasut Doc Mart dan berspek visor pelangi.
Malah, Tipah yang sedang seksi bermandi peluh sehinggakan terbasah baju lengan pendeknya yang berwarna putih berkolar lebar itu turut kehadapan untuk melihat siapakah jejaka yang melangkah masuk ke warung ibu biologikalnya itu. Ternyata, para pelanggan mengalih pula mata mereka ke arah Tipah yang tiba-tiba datang bersama cangkul di tangan kanannya, topi anyam di tangan kirinya. Mereka tidaklah takut akan cangkul itu mahupun topi anyam itu tetapi keadaan Tipah yang membangkitkan syahwat dan naluri kelakian mereka. Betullah, kita diwajibkan menutup aurat.
Power anak Senah ni! Senak aku menahan. Monolog Pak Ragus yang sudah berkahwin dan berbini dua itu sambil matanya tidak berkedip memandang Tipah dan membetulkan parkingnya sekali dua.
Namun, angan Pak Ragus yang sudah sampai untuk membaringkan Tipah diranjang ditepis lalu hilang dek kerana Mak Senah berdehem dan menjelingnya tajam bagaikan sembilu menusuk kalbumu eh kalbunya. Kemudian, pandangan berarah semula ke Pak Yunus yang identitinya masih belum diketahui penduduk kampung di warung tersebut. Pak Yunus menyengih menunjukkan giginya yang tinggal dua itu dan menyelak spek hitamnya ke atas kepala.
"Senah, kopi satu. Kasi kawkaw punya!" Kata Pak Yunus sambil duduk dan menghisap vapenya. Berterbangan bauan strawberry mint di udara. Semua orang memandang kagum kerana Pak Yunus tidak terlihat seperti kebiasaannya. Pagi itu, Pak Yunus kelihatan kekar seperti badang yang menelan muntah raksasa. Tipah hampa kerana dia menyangka itu adalah jejaka kacak seperti yang dibayangkannya. Tipah kembali ke batas, Mak Senah kembali ke dapur. Para lelaki sibuk meneguk liur dan mengetuk lutut memandang ayunan punggung Tipah yang sedang berlalu pergi.
Tipah hampa dan kecewa.
YOU ARE READING
Tipah Jalang ke Kuala Lumpur
RandomTipah tekad untuk ke Kuala Lumpur setelah bosan duduk saja di rumahnya. Bermacam hal terjadi ketika Tipah dalam perjalanan ke sana. Tipah telah berkenalan dengan Riduan sebelum dia sampai ke Kuala Lumpur. Silakan membaca. Hanya untuk pembaca matang...