16

6.7K 41 68
                                        

"Senah, anak kau si Tipah tu mana? Dah lama aku tak nampak dia. Dengar cerita daripada Halimaton Kepoh Radio On Air dia dah ke Kolumpo. Kerja ya?" Soal Pak Lebai pada Mak Senah yang sedang sibuk membancuh kopi Jantan Hitam Cangkuk Kembang yang dipesan Pak Lebai tersebut.

"Ya Pak Lebai. Dia ke Kolumpo cari kerja. Ada seminggu dah tak ada menelefon aku ni. Facetime apatah lagi. Sibuk agaknya. Aku nak telefon dia aku tak ada kredit pula. Duit ke kedai aku buat beli coki-coki. Terus lupa nak beli top-up." balas Mak Senah sambil berjalan membawa kopi itu ke meja Pak Lebai.

"Aku bukan apa Senah. Banyak dah anak muda kampung kita ke Kolumpo cari kerja. Dah semua tinggal orang tua, janda, duda, balu macam kau ni je dekat kampung kita ni. Siapa lagi aku nak minta tolong bila ada aktiviti kemasyarakatan? Aku ni bercadang nak wujudkan Rakan Rukun Tetangga dan nak usulkan cadangan ni dalam mesyuarat JKKLM kampung kita ni minggu depan. Habis tu dah kalau tak ada sorang pun anak muda yang tinggal, guane nak on plan ni?" Pak Lebai mengeluh sambil mencicip kopi tersebut. Nampak Pak Lebai mempamerkan muka naik syeikh dia. Niatnya ke warung Mak Senah cuma nak meng-usha Tipah tapi Tipah ke Kolumpo pula. Dia bercadang nak patah balik ke rumah saja bila dah separuh jalan menuju ke warung Mak Senah, ketika itu lah dia terserempak dengan Halimaton Kepoh Radio On Air yang menceritakan tentang ketiadaan Tipah di kampung itu tapi disebabkan malam ni malam jumaat, dia nak juga segelas kopi power Mak Senah tu untuk dia beraksi malam nanti.

Mak Senah hanya memerhatikan riak muka Pak Lebai. Nak mampus agaknya Pak Lebai ni. Dah kenapa muka macam orang tak dapat kopek seminggu? Mungkin Mak Saleha Dukun period agaknya seminggu ni sampai tak ada masa nak melayan Pak Lebai. Teka Mak Senah apabila dia memerhatikan sahaja gelagat Pak Lebai tu.

Mak Senah berjalan semula ke dapur untuk mencuci pinggan mangkuk di sinki. Kelihatan Ayu mengenakan baju kurung kedah milik Tipah sedang menuju ke arah warungnya.

"Ayu nak ke mana ni? Tak nak makan dulu ke?" Mak Senah menegur Ayu yang kelihatan comel persis Nicki Minaj, eh maaf persis Diana Amir itu yang mengenakan baju kurung kedah milik Tipah berwarna violet dan tudung Adijuma berwarna oren beserta seluar track berwarna coklat kulit kebanyakan orang Asia.

"Lapar juga Mak Senah. Itunya menghala ke sini. Hehe. Lepas makan, Ayu tolong Mak Senah jaga kedai. On tak on?" soal Ayu sambil tersenyum dan menjempulkan ibu jari kanannya manakala ibu jari dan jari telunjuk kirinya mempamerkan simbol mini love.

Mak Senah tersenyum melihat gelagat Ayu itu. Tidak semena-mena air mata Mak Senah mengalir laju lalu jatuh ke dalam takungan air sinkinya. Dia cepat-cepat mengesat air matanya itu agar tidak terlihat oleh Ayu. Dia rindukan Tipah.

Ayu sudah menuju ke arah pinggan dan mencedok nasi sebesar genggamannya dan memilih lauk ikan bakar, ulam-ulaman dan sedikit kuah sup ayam tanpa mengambil ayam lalu menuju ke arah meja kosong yang berhadapan dengan Pak Lebai. Ayu kehairanan memerhatikan wajah Pak Lebai yang sedang memejamkan matanya dan menjilat bibirnya sendiri sambil jari telunjuknya sedang mengacau air kopi didepannya hingga air kopi itu tumpah separuh ke atas meja. Ayu kelihatan cemas dan takut. Ayu berlari ke arah Mak Senah sambil menjerit "orang naik sheikh Mak Senah, orang naik Sheikh tu ada tengah kacau kopi pakai jari dia. Seram hawau! Halau dia cepat Mak Senah!" jerit Ayu sambil menyembunyikan badannya di belakang Mak Senah. Ayu mula menangis. Dia sebenarnya trauma dengan orang naik sheikh kerana dia pernah melihat kejadian itu di depan matanya sendiri.

Mak Senah cuba menenangkan Ayu. Ditunjalnya dahi Ayu supaya diam dan setelah Ayu berhenti menangis, Mak Senah mencapai periuk ajaibnya yang digunakan untuk mengrill ayam dan daging untuk menu western dan menuju ke arah belakang Pak Lebai.

Mak Senah sudah siap siaga dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku atas tindakannya sebentar lagi. Dalm kiraan tiga oleh Ayu dalam bahasa Arab, Mak Senah menghayun periuk ajaib itu ke kepala Pak Lebai tapi ah missed! Tak kena serangan Mak Senah. Pak Lebai masih berkeadaan begitu tanpa perasan akan kehadiran Mak Senah dibelakangnya.

Sekali lagi Ayu mengira nombor satu sampai tiga tapi kali ini dalam bahasa Jawa, Mak Senah mengangkat setinggi mungkin periuk ajaib iu sambil mengacah akan sasarannya dan ah sekali lagi pukulan Mak Senah missed!

Ayu jadi bengang tengok Mak Senah yang bengap tak tahu nak pukul sasaran. Ayu menolak Mak Senah ke tepi dan menyinsing lengan bajunya serta merampas periuk ajaib itu dari tangan Mak Senah dan tanpa kiraan, Ayu menghayunkan periuk ajaib itu ke kepala Pak Lebai. Dannnnnn pukulan tersebut kena! Pak Lebai pengsan. Ayu pula bercekak pinggang sambil mempamerkan muka bangganya.

Kelihatan beberapa jurugambar sedang mengambil gambar Ayu dan silauan flash kamera itu membuatkan Mak Senah sakit mata. Dia kemudian berlari masuk ke rumahnya dan mencapai cermin mata hitam pemberian Cikgu Lan kepadanya dulu. Mak Senah mempelawa Ayu duduk dan kelihatan berpusu-pusu wartawan datang mendekat menemuramah Ayu dan Mak Senah. Orang kampung turut tidak ketinggalan menunjukkan aksi jakun mereka dihadapan kamera.

Suasana di warung Mak Senah jadi meriah kerana beberapa van dari beberapa televisyen siaran datang untuk tidak melepaskan peluang menemuramah seorang gadis yang nampak lemah-lembut tapi telah berjaya membuat satu pukulan yang tepat tanpa kiraan ke kepala Pak Lebai. Para wartawan sibuk menyalin dan mengajukan soalan kepada Ayu.

Ayu berasa bangga dan ibu jari serta jari telunjuk kirinya setia menunjukkan simbol mini love kepada jurugambar.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 17, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Tipah Jalang ke Kuala LumpurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang