Selepas kekenyangan, Tipah berehat di dalam biliknya. Malam itu Tipah keseorangan. Riduan katanya keluar sebentar. Jadi Tipah menggunakan peluang yang ada untuk berehat. Walaupun belum sampai ke Kolumpo, namun Tipah seronok pula duduk bersama Riduan. Tetapi dia tahu yang dia perlu keluar mencari rumah sewa agar orang lain tidak salah faham tentang hubungan dia dengan Riduan. Tipah takut kalau-kalau pegawai pencegah maksiat tiba-tiba membuat serbuan. Tipah belum lagi menelefon mamanya kerana takut dan tidak bersedia.
Tipah pun membuka aplikasi Wattpad untuk menghilangkan bosan. Dia sedang sibuk membaca beberapa cerita seram yang kadangnya best, kadangnya haprak. Walaupun begitu, Tipah tetap menghabiskan pembacaannya. Pada Tipah, kalau bukan kita yang support industri buku melayu, siapa lagi kita nak harapkan? Tipah tidak mahu jadi seperti kera mendapat bunga. Eh salah perumpamaan. Sepatutnya, harapkan pagar, pagar makan padi.
Tipah bukanlah pandai sangat. Jadi, Tipah tidak pasti betul atau tidak penggunaan perumpamaan dia tadi. Jangan tanya Tipah. Tipah taktahu.
Sedang khusyuk membaca, tiba-tiba berlaku lintar pintas. Ya, begitu sekali penggunaan bahasa penulis. Baiklah, kita ringkaskan menjadi blackout. Tipah terkejut. Dah lah tengah baca cerita seram. Padan muka Tipah.
Tipah membuka torchlight di henfonnya. Dia menyuluh untuk mencari pintu keluar. Tipah memulas tombol pintu. Tipah perlahan-lahan melangkah menuruni tangga untuk mencari kalau-kalau ada lilin untuk dihidupkan. Tapi, tiba-tiba pula Tipah terfikir nak cari punca utama pengaliran elektrik di rumah Riduan ini. Ya, sekali lagi tepukan gemuruh untuk penulis kerana membudayakan bahasa malaysia edisi Dewan Bahasa dan Pustaka edisi entahlah tak tahu pula.
Tipah berjalan ke arah pintu utama dan pak! Tiba-tiba magis berlaku. Rumah kini terang benderang. Tipah pelik dan terkejut. Siapa pula yang main-main fius ni? Tipah melangkah semula ke arah biliknya.
Saat Tipah membuka pintu biliknya, rasanya penulis tak ada bagitahu pula yang Tipah menutup pintu biliknya ketika turun mencari punca utama pengaliran elektrik di rumah Riduan itu. Entahlah, penulis sendiripun keliru.
Saat Tipah membuka pintu biliknya, dia terpandang satu tubuh yang sama, sebiji, serupa macam dirinya. Tipah terkejut. Tipah tak berani nak masuk ke dalam. Lalu, perlahan Tipah mengundur ke belakang. Dia sangat takut ketika itu. Penulis pun dah meremang bulu hidung.
Ketika sedang mengundur, tiba-tiba saja makhluk di atas katilnya itu menegur, "Eh, siapa dekat pintu tu?"
Ya tuhan! Mampukah pembaca memahami betapa menggeletarnya badan Tipah? Dari hujung rambut ke hujung kaki. Begitu hebatnya penangan makhluk itu. Agaknya suaranya lunak, maka Tipah tidak dapat mengawal perasaan nervousnya.
"Err, n..ni..Ti..ti..pa..hh.." Tergagap-gagap seperti gagak Tipah menjawab soalan itu.
"Ah, kau Tipah. Meh lah baring sebelah aku. Layan Wattpad. Meh sini." Ajak makhluk itu sambil menepuk-nepuk bahagian katil yang kosong disebelahnya.
"Okay, tapi jap lah. Tipah nak gi ambil air sejuk jap. Tipah dahaga ni." Tipah memberi alasan. Ya, adalah bodoh sekali jika Tipah fikir yang makhluk itu akan mempercayainya. Namun, usaha kena ada. Tipah tekad untuk cabut lari atau apa saja asalkan tidak berbual dengan makhluk itu. Tak sanggup rasanya nak berbual dengan 'kembar' sendiri.
"Alaa, kau ni saja bagi alasan. Nak gi ambil air sejuk ke atau kau dah tahu haa Tipah!?"
"Tipah nak gi ambil air sejuk. Awak nak ke?"
"Kalau macam tu, bawakan aku watermelon juice. Pastikan merahnya pekat ya. Hehe."
Seram pula Tipah mendengar gelak dihujung dialog makhluk tersebut. Penulis sengaja ingin menakutkan Tipah. Kuatkan iman kau Tipah.
"Err, okay. Awak tunggu jap."
Tipah pun berlari berdesup bagaikan memakai asap hilang diri ninja ke dapur. Takutnya dia hanya tuhan yang tahu. Menyesal rasanya tidak meminta nombor Riduan tadi. Tipah menangis kerana terlalu takut. Dia berharap agar Riduan lekas pulang ke rumah. Dia takut. Ya, dah seribu kali penulis bagitahu yang Tipah tengah takut.
Sedang tangan sibuk memblender tembikai, tiba-tiba Tipah rasakan ada tanggan yang melingkar dipinggangnya. Tipah menutup kedua belah mata kerana tidak berani menoleh ke belakang kerana teringat pesanan orang tua dahulu, tidak pastilah orang tua apa namanya, berkata jangan sesekali menoleh ke belakang atau lebih tepat, Tipah teringat akan cerita Pierre Andre - Jangan Pandang Belakang.
Tipah merasakan ada hembusan di lehernya. Tipah menangis tapi tidak mengeluarkan bunyi. Tipah menyesal kerana tidak menutup aurat dan dia yakin dia akan mati dan akan diseksa oleh malaikat maut.
Tangan itu semakin rapi peluknya dan berbisik, "Tipahhhhh ..."
Tipah berbuih dan pengsan.
![](https://img.wattpad.com/cover/69573293-288-k996860.jpg)
YOU ARE READING
Tipah Jalang ke Kuala Lumpur
RandomTipah tekad untuk ke Kuala Lumpur setelah bosan duduk saja di rumahnya. Bermacam hal terjadi ketika Tipah dalam perjalanan ke sana. Tipah telah berkenalan dengan Riduan sebelum dia sampai ke Kuala Lumpur. Silakan membaca. Hanya untuk pembaca matang...