7

25.9K 124 15
                                    

Tipah mula mengelar ikan bawal itu dan lumur dengan sedikit garam kunyit. Kemudian, Tipah memanaskan minyak secukupnya dan goreng ikan tersebut sehingga sedikit garing dikedua-dua bahagian, Tipah angkat ikan itu menggunakan penyepit dan toskan minyak yang menepek pada ikan tersebut menggunakan kertas penyerap minyak, eh tak, menggunakan penapis keluli. Seterusnya, Tipah mengeluarkan minyak yang dah hitam legam sebab dan guna untuk menggoreng tadi dan memasukkan minyak baru yang lebih kekuningan untuk menumis bahan tumbuk secukupnya sehingga wangi, kemudian Tipah menuang cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. 

Eh kejap, tak siap lagi. Lepastu, Tipah masukkan bawang besar, Tipah tumis lagi dan Tipah mulai bosan sebab asyik menumis saja sambil tu Tipah tambahkan air seliter-liter hingga cili benar-benar tak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka masak. Lepas dah kebenaran tak pernah menipu tu, Tipah masukkan pula nisan, hoi bukan batu nisan tau! Tu batu kau nak mampus. Bukan juga Nissan GTR si Riduan tu. Jangan jadi kurang bijak ya. Nisan itu maksudnya gula melaka. 

Lepas nisan dah masuk tu, Tipah letak pula sos cili, sos tiram, biarkan bahan dalam kuali mahal tu masak nak bagi sambal tu pekat dan tabur secubit perasa asalkan secukup rasa. Akhir sekali, Tipah masukkan cili hijau, Tipah tiup api , fuh terror Tipah ni memasak tiup pakai mulut semata-mata nak padamkan api. Tipah capai pinggan bujur dan tuang sambal sedap nak mati tu dekat atas ikan tadi. Dah siap.

Resepi kedua pula, Tipah capailah sotong yang lembik tu, ini sotong ya. Bukanlah seekor Squidward mahupun Azwan Ali. Mungkin juga ada kena mengena dengan Diva AA tu, tapi Tipah tak peduli. Dia dah terlalu lapar. Pertama sekali, Tipah menyiang sotong itu bukanlah memalamkan ia dan hiris kasar dan pastikan toskan betul-betul dakwat sotong tu dan gaul dengan sedikit garam. Lepas dah comot tangan Tipah dengan dakwat tu, Tipah basuhlah tangan kejap. Lepastu Tipah campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam sebab nak kahwinkan dengan telur yang telah dipukul sehingga lembik, lemah dan tidak bernyawa telur itu. Tipah ni ganas lah.

Proses seterusya, apa lagi, panaskanlah minyak. Tipah gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur tadi, lepas dah gaul tu, Tipah keluarkan balik dan ambil sekeping-sekeping hirisan sotong yang dah kena gaul jantan betina tu dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur yang selamat tidak dipukul oleh Tipah. Sebelum kau ngap macam orang kebulur, gorenglah dulu dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana tadi tu. Akhir sekali, gorenglah sampai keemas-emasan sampai keluar seketul emas 916 dan toskan minyak dia sebelum hidang. 

Pandai sungguh Tipah memasak. Peluh wanitanya, apa kau fikir lelaki je ada peluh jantan? Tipah menyediakan pula ulam-ulaman dan sambal belacan. Tak lahm, tipu je. Belacan tu belacan dalam botol. Dah siap sedia dimakan. Tak payah nak pakai helmet nak tumbuk ke apa ke. Tipah yang berpengalaman bekerja dalam bidang katering, menyiapkan pula meja makan di dapur rumah Riduan itu. Cantik sekali susunan pinggan dan gelasnya. Tipah ni romantik lah.

Begitulah susunan meja Tipah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Begitulah susunan meja Tipah. Romantis kan? Tu lah, pembaca tidak percaya. Tipah lupa pula nak hidang air. Tipah pun buatlah air sirap bandung campur ice-cream soda. Tipah masukkan beberapa ketul ais batu ke dalam cawan. Siap! Tipah sangat berpuas hati. Lalu Tipah menaiki tangga ke biliknya untuk membersihkan badannya yang sudah berbau ikan bawal dan Diva AA itu.

Selepas 30 minit bersiap, ni lah perempuan. Lama betul bersiap. Nak makan dalam rumah je. Tipah lalu mengetuk pintu bilik Riduan tetapi tiada respon. Tipah teringat pesan mamanya, "Tipah, kalau ketuk pintu rumah orang, ketuk tiga kali je. Biar ada selang minit sebelum ketukan seterusnya. Kita kena hormat tuan rumah." Begitulah pesanan penaja dari Mak Senah.

Tipah pun turun ke bawah. Dia bercadang ingin menunggu Riduan di meja makan sahaja. Sebaik sahaja Tipah sampai ke meja makan, rupanya Riduan dah terlebih dahulu menunggunya. Bau minyak wangi lelaki Riduan sangat mengghairahkan Tipah. Tipah tidak bau lagi kesedapan masakannya. Kalah masakan dia tadi dengan bau Riduan. Riduan duduk membelakangi Tipah yang sedang berdiri kaku di hujung tangga. Ketika itu, Tipah mengenakan dress simple berwarna merah dari Marc Jacobs. Tipah membelinya ketika Tipah berjaya mengumpul gaji kerja kateringnya dulu.

Tipah menegur Riduan yang masih membeku di kerusinya. Tipah mencuit bahu Riduan. Tetapi Riduan tidak juga memberi respon. Tipah berasa aneh dan pelik. Tipah menuju ke arah kerusinya untuk menghadap Riduan. Saat Tipah membongkokkan badannya sedikit, Tipah menjerit kasar hingga terkeluar suara jantannya. Riduan berdarah! Ya, Riduan berdarah. Tipah terlalu takut. Tipah menggeletar disitu. Tipah tergamam tidak tahu apa nak dilakukan. Di tangan kanan Riduan ada sejambak bunga tulips berwarna pink berserta kad besar tertulis, 'TIPAH SAYANG'.

Tipah teragak-agak ingin mengambil bunga itu sehinggalah Riduan menegurnya. "Tipah, awak ni kenapa menjerit macam tu? Ya, hidung saya ni berdarah sebab cuaca panas sangat. Maaflah saya tak perasan awak cuit saya tadi. Aduh, awak saya guna tisu ni ya." kata Riduan sambil mengelap hidungnya yang berdarah itu. Rupanya cuma hidung sahaja yang berdarah bukanlah Riduan dibunuh atau ditikam. Tipah ni kelakar lah.

"Ni bunga untuk awak. Cantik awak petang ni. Terima kasih sebab masakkan untuk saya. Dan saya kagum dengan cara awak persembahkan masakan awak. Awak ni chef ya? Haha."

Tipah tersipu-sipu malu. Dibiarkannya soalan Riduan itu dan lantas menyeduk nasi ke dalam pinggan Riduan. Kemudian, lauk pula dicedok dan dihempas ke dalam eh dituang ke dalam pinggan Riduan. Sejambak bunga tulips itu Tipah letakkan disebelah lengan kirinya. Wangi bau bunga itu. Tipah suka.

Tipah dan Riduan makan dengan berselera sekali. Sesekali Riduan memuji kesedapan air tangan Tipah. Riduan mula merasakan sesuatu. Perasaan yang sudah lama tidak dia rasakan dari mana-mana gadis yang pernah dia rapat. Tapi, perasaannya terhadap Tipah bukanlah hanya sekadar nafsu lelaki sahaja tetapi perasaan cinta. Ya, cinta sudah berputik dalam hati Riduan.

"Thanks awak. I love you." kata Riduan tiba-tiba sehingga membuatkan Tipah tergamam sekali lagi. 

Tipah merona dan mahu.

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now