6

26.8K 142 10
                                    

"So, ni lah teratak tersenggam indah saya. Jemput masuk. Jangan berdiri saja diluar." Suara ajakan Riduan itu mematikan lamunan Tipah.

Ya Tuhan, bagaimana insan seperti Riduan bisa memiliki tempat tinggal seindah ini? Nak bandingkan dengan pekerjaan dia sebagai pemuda penjaga tiket, em berapa sangatlah gaji. Mungkin dia sudah menabung sejak kecil seperti yang isteri perdana menteri kewangan lakukan. Pada pandangan Tipah, rumah yang sangat besar, lebih besar 10 kali ganda dari rumahnya itu sangatlah tidak logik untuk diduduki sendirian. Tipah masih melangu memerhati setiap inci keindahan rumah atau lebih layak dipanggil penthouse itu. Ya, rumah Riduan di rooftop. Besar dia jangan cakap, kalah istana Jack Slayer and His Magic Beans.

Riduan tersenyum memandang gelagat Tipah. Sesekali Riduan, apa? Eh, takkanlah asyik nak menjeling lurah kebesaran Tipah? Otak kuning lah pembaca ni. Tak, Riduan sesekali mengah kerana terpaksa turun lif empat kali untuk memunggah barang-barang Tipah. Nak cari kerja ke nak pindah Kolumpo terus awek ni? Riduan menghela nafas kasar. Nampaknya dia perlu ber-exercise semula.

"Awak, lawa gila rumah awak. Saya tak pernah tahu ada orang nak duduk dekat tingkat tangki air ni. Saya respek awak. Kaw-kaw lah awak ni." Tiba-tiba saja Tipah memeluk Riduan dari belakang. Alahai, indahnya dunia Riduan.

"Dah, jom masuk. Nak zohor dah ni. Awak kata nak masak untuk saya kan? Jom gi dapur."

"Jom!"

Berlari-lari anak buaya Tipah apabila Riduan mempelawanya ke dapur. Dia tidak sabar hendak melihat dapur rumah besar gila Riduan itu. Riduan mendahului Tipah. Ternyata, bahagian dapurnya perlu turun ke bawah. Sebegitu kreatifnya otak pelukis plan rumah Riduan ini. Tipah kagum sekali. Dia bercadang ingin menelefon mamanya dan meminta mengubahsuai rumah mereka sebiji macam rumah besar gila Riduan.

Tipah terkedek-kedek menuruni anak tangga. Sampai sahaja di dapur, Tipah menutup mulutnya dan menjerit dengan lantang sekali selepas tangannya tidak lagi menutup mulutnya dengan perkataan, 'WOW LAWA GILA BABENG!"

Riduan berasa lucu dengan tingkahlaku Tipah. Ditinggalkan Tipah di dapurnya. Tipah sibuk berpusing-pusing disekeliling meja hidang kemudian ke sinki kemudian ke microwave kemudian ke tempat sudu, garpu, senduk, dan pisau, kemudian ke bahagian kuali, periuk, dan pinggan mangkuk hayun. Eh, tak, pinggan mangkuk. Kemudian ke bahagian cawan dan gelas, kemudian ke bahagian papan pemotong. Ya tuhan, begitu bersemangat sekali si Tipah. Tipah melajukan langkahnya ke peti ais yang sebesar almari baju yang biasa dilihatnya di dalam drama melayu. Saat tangan Tipah ingin membuka pintu peti ais,

"Saya mandi jap. Kalau awak dah habis masak, awak naik je atas, bilik awak pintu pertama sebelah kiri. Depan tu bilik saya." Riduan bersuara sayup sambil memanjat anak tangga ke bahagian atas. Adakah orang memanjat untuk ke bawah?

Tipah mengangguk. Lalu, tangan Tipah pantas mencapai segala yang ada. Ikan bawal, sotong saiz besar, sayur kacang botol, timun jepun, dan belacan. Hari ni Tipah nak masak sambal tumis ikan bawal, sotong saiz besar celup tepung spicy, sayur kacang botol dan timun jepun dibuat sebagai ulam serta belacan sebagai pencolek. Bukanlah menculik kacang botol dan timun jepun itu tetapi sebagai pencicah untuk dimakan bersama nasi. Mungkin pembaca pelik, mana Tipah tahu Riduan makan belacan ataupun tak? Habis, mengapa perlu beli belacan kalau tak makan belacan? Riduan kan bujang. Atau, takkan lah belacan itu untuk disedekahkan kepada jiran-jiran di tingkat bawah? Mustahil dan tidak logik kan?

Tipah sudah menyinsing lengan bajunya. Eh, Tipah pakai sleeveless. Okay, Tipah memakai apron di badannya. Tipah mula membasuh ikan bawal dan sotong di sinki. Lincah sekali tangan Tipah membuat kerja. Agaknya sudah terbiasa. Bukankah, practise makes perfect?

Tipah serius dan berpeluh.

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now