Selepas mereka disedut cahaya putih yang seterang cahaya bulan ketika malam menerangi cinta Tipah pada Riduan, chia chia chia itu, mereka tiba di satu tempat yang sangatlah asing bagi mereka. Tipah memandang wajah Riduan dan Doktor Azura. Mereka berdua juga nampak kebingungan. Tipah mengenggam tangan Riduan. Riduan mengenggam penumbuk kerana disebelahnya tiada siapa.
Mereka memulakan langkah yang seragam bagai ahli kadet remaja sekolah berkawad. Kiri kanan kiri, kiri kanan kiri. Begitulah rentak langkahan kaki mereka bertiga. Doktor Azura masih tenang dan sesekali membetulkan lilitan selendangnya. Dia merenung Riduan. Mereka berdua menganggukkan kepala. Tipah hanya memerhati di tengah. Apa jadah pula dorang dok angguk kepala ni?
"Jom kak. Wan nak jalan sampai hujung. Wan nak keluar dari tempat ni." Riduan menarik lengan Doktor Azura. Doktor Azura menarik baju Tipah. Alamaknya, baju Tipah terkoyak. Tipah cepat-cepat menutup badannya dengan tangan. Doktor Azura menutup mulut Riduan yang sudah melopong besar itu.
"Wan, buka baju kau. Bagi dia pakai. Kang demam pula. Dia tak sihat tu."
Riduan lantas membuka bajunya dan menyarungkan ke Tipah. Tipah tersiph malu. Dia merona. Riduan mencubit halus pipi gebu Tipah. Dia sempat membisikkan sesuatu yang membuatkan Tipah menjerit kegirangan. Tapi, itu satu silap bagi mereka. Jeritan gembira Tipah itu berjaya mengejutkan seekor king kong yang entah dari mana datang walhal tiada hutan pun dikeliling mereka.
King kong itu bengang. Dia memanjat bangunan Sentul West yang berliku bentuknya disebelah kiri Tipah, Riduan dan Doktor Azura. King kong itu semakin tinggi memanjat sehingga memaksa mereka bertiga mengecilkan mata dek kerana sinar matamu bagai api menyambar eh silap, dek kerana kesilauan cahaya matahari yang terpacak di atas kepala di langit ketujuh sememangnya seakan khayalan berlaka aku tak percaya, eh di langit je yang tu saja tambah lirik lagu Azharina.
Tiba-tiba datang beberapa buah helikopter sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah king kong yang sudah tiba di puncak. Keadaan sangat bingit dek kerana bunyi peluru yang dilepaskan pasukan penyelamat maritim eh, pasukan penyelamat udara itu. Tipah kira ada dalam tujuh buah helikopter mengelilingi king kong itu. Tipah memandang wajah Riduan dan Doktor Azura. Mereka sedang sibuk merakam kejadian itu. Mungkin mahu diviralkan kelak. Tipah berlari menuju ke bangunan Sentul West itu.
Tipah menekan punat lif tetapi tidak berlaku apa-apa. Tipah melilau mencati tangga. Dia memulas tombol pintu tangga kecemasan dan berlari menaiki anak tangga. Dia melangkah beberapa anak tangga dengan harapan cepat sampai ke tingkat paling atas sebelum king kong itu mati. Tipah tercungap-cungap. Dia sempat mengerling ke arah tepi, dia sudah berada di tingkat 10. Dia tidak tahu berapa tingkatkah bangunan Sentul West ini hingga akhirnya dia sampai dan terlihat nombor 30 di pintu keluar. Tipah memulas tombol tersebut dan terkejutlah Tilah kerana punai king kong itu berada tepat di hadapannya. Hahaha! Pembaca faham kan situasi awkward ini?
Tipah menutup kembali pintu itu. Dia menuju ke tingkap bersebelahan. Dia membuka kunci engsel tingkap itu. Tipah cuba memanjat tingkap itu dengan harapan agar dia dapat menjumpai jalan keluar lain untuk menuju ke arah king kong dan meminta agar pasukan penyelamat itu berhenti menembaknya.
Tapi, pada saat Tipah sudah berjaya mengeluarkan separuh badannya dari tingkap itu, kaki Tipah tersilap pijak dan Tipah jatuh ke bawah. Saat itu jeritan Tipah berjaya menarik perhatian king kong itu. Tipah dapat lihat di bawah ada beberapa orang bomba sedang bersedia membentangkan tilam tebal untuk Tipah landing dengan jayanya. Di sebelah kiri pula, orang ramai mengerumuni tempat kejadian. Pihak polis pula sedang sibuk menyoal siasat Riduan dan Doktor Azura. Beberapa pasukan pertahanan sedang berusaha menyepak beberapa rakyat di situ yang degil kerana ingin mendekati tempat kejadian. Tak lah, tipu je. Mereka tak menyepak tetapi menembak.
King kong itu semakin lama semakin laju berlari menuruni bangunan Sentul West itu. Tipah masih di awan-awangan. Tipah mendepakan tangannya dan memejamkan mata. Andai ini takdir terakhir bagi dia, Tipah terima dengan terbuka. Tipah tidak mahu berharapa terlalu tinggi kerana ketinggian boleh menyebabkan orang berasa gayat dan apabila jatuh atau tergelincir, pasti berkecai dan sakit. Begitulah perumpamaan Tipah terhadap kesakitan menanggung harapan yang tiada kata akhirnya.
Tipah teringat akan mamanya. Apalah khabar mamanya itu? Dia sudah lama tidak menelefon mamanya. Tipah berasa berdosa. Dia tahu andai dia mati kerana terjatuh, dia pasti adalah manusia yang paling tidak selamat di akhirat kerana tidak sempat meminta maaf pada mamanya. Kali terakhir Tipah meminta maaf pada Mak Senah adalah apabila dia dalam keizinan untuk pergi ke Kolumpo.
Tipah sedih dan serba salah.
YOU ARE READING
Tipah Jalang ke Kuala Lumpur
De TodoTipah tekad untuk ke Kuala Lumpur setelah bosan duduk saja di rumahnya. Bermacam hal terjadi ketika Tipah dalam perjalanan ke sana. Tipah telah berkenalan dengan Riduan sebelum dia sampai ke Kuala Lumpur. Silakan membaca. Hanya untuk pembaca matang...