"Kak, saya dengan Tipah dah siap. Beg dia pun saya dah kemas. Tipah, kalau ada barang yang saya lupa letak, awak call saya. Saya hantarkan kemudian. Dah, jomlah." Riduan berkata sambil menjinjing beg Tipah ke pintu utama. Dibelakangnya, Doktor Azura dan Tipah turut membontoti.
Mereka masuk ke dalam perut lif. Riduan masih menjinjing beg Tipah. Tipah mengenggam tangan Doktor Azura. Air muka Tipah kelihatan sedikit pucat. Doktor Azura tersenyum saat matanya bertentang dengan mata Tipah. Doktor Azura membalas genggaman tangan Tipah dengan erat. Sesekali dia nampak adiknya, Riduan menghadiahkan senyuman kepada Tipah ketika Tipah memandang adik lelakinya itu.
Perjalanan ke tingkat parking masih berbaki tiga tingkat. Riduan sudah mengemaskan kejapan tangannya. Tipah mengangkat kepalanya dari bahu Doktor Azura. Doktor Azura mengemaskan lilitan selendangnya yang sedikit renyuk ditimpa kepala Tipah. Mereka bersedia ingin melangkahkan kaki keluar lif.
Tiba-tiba, lampu lif terpadam. Keadaan sedikit gelap dan cemas. Tipah menjerit perlahan. Hentakan kecil yang berlaku pada lif mengakibatkan mereka bertiga hilang keseimbangan dan terduduk. Riduan pantas memicit butang kecemasan tetapi tiada respon. Doktor Azura memeluk Tipah kerana risau keadaan Tipah yang baru sahaja pulih.
Riduan mngeluarkan iPhonenya dan mencari signal. Ternyata usahanya sia-sia. Telefon pintarnya tidak menunujukkan sebarang perkhidmatan. Riduan mengeluh. Dia masih menekan butang kecemasan berkali-kali.
"Kenapa ni Wan? Akak rasa tak pernah jadi macam ni. Gelap sangat ni Wan. Cuba pasang torchlight henfon kau tu." Suara Doktor Azura cemas. Dia masih memeluk Tipah yang kelihatan sedikit lemah itu
"Entahlah kak. Wan pun tahu tak pernah jadi macam ni. Akak dengan Tipah okay ke? Jangan banyak bergerak ya. Kita kekurangan oksigen nanti. Wan cuba tekan emergency ni tapi tak ada apa pun."
"Akak dengan Tipah okay. Akak peluk Tipah ni. Dah lah baru sihat budak ni. Haih, dugaan sungguh!"
"Sabarlah kak. Kejap lagi ada yang inform kot lif ni tak boleh guna. Kita tunggu dulu. Sambil tu akak tengokkan lah line dekat henfon akak. Kot bolehlah call bomba ke guard ke."
"Ha ya lah. Kejap, akak try tengok. Kau tengok-tengokkan Tipah ni."
"Baik kak." Lantas Riduan memeluk bahu Tipah yang kelihatan sedikit takut. Mata mereka bertiga sedikit sebanyak sudah dapat disesuaikan dengan keadaan lif yang gelap itu. Kelihatan wajah Tipah yang sedikit pucat. Riduan mengelus anak rambut Tipah yang jatuh si dahi ke belakang. Tipah merapatkan badannya ke badan Riduan. Tipah takut. Dia tak tahu nak buat apa.
Setelah beberapa minit mencuba segala yang ada, mereka bertiga terlelap. Kekurangan oksigen memaksa mereka untuk duduk membeku. Sesekali tangan Doktor Azura mengenggam tangan Tipah. Sejuk rasanya tangan Tipah. Mungkin demam agaknya. Riduan pula sibuk mengipas Tipah menggunakan kipas tangan yang ada dalam beg baju Tipah.
Mereka bertiga kelihatan letih sekali. Riduan akhirnya terlelap sungguh-sungguh. Tangannya tidak lagi mengipas Tipah. Doktor Azura juga begitu. Genggamannya semakin terlerai. Tipah hanya memejamkan mata. Dia berasa serba salah kerana melibatkan Doktor Azura dalam hal ini.
Tipah memandang wajah Riduan. Wajah pemuda itu sangat mencuri hatinya. Tipah menyandarkan kepalanya ke bahu Riduan. Dia melingkarkan tangannya ke pinggang Riduan. Sesekali Riduan merengek manja. Mungkin mengigau. Tipah mengambil henfon di tangan Riduan. Dia mencari arah signal untuk membuat panggilan kecemasan. Dia menoleh jam di tangannya. Sudah setengah jam mereka tersangkut di dalam lif.
Masih belum ada tanda-tanda pasukan penyelamat datang. Tiada bunyi di dalam mahupun di luar lif. Tipah tiba-tiba teringat akan mamanya di kampung. Tipah rindu mamanya, rumahnya, biliknya, warung mamanya, tanaman mamanya dan keharuman kopi istimewa mamanya. Tipah ingin menangis tetapi ditahan rasa itu. Dia hanya menitiskan air mata ke pipi. Dia lihat Riduan dan Doktor Azura sedang nyenyak tidur. Mungkin mereka keletihan.
Tipah mengemaskan lingkaran tangannya di pinggang Riduan. Dia terbau harum minyak wangi Riduan. Dia suka bau tu. Bau tu lah yang mula-mula mereka makan malam bersama. Bau tu lah yang mengghairahkan Tipah saat Tipah menuruni tangga menuju ke meja makan. Bau tu lah yang membuatkan Tipah selesa ada dekat dengan Riduan. Tipah sesekali menekan hidungnya ke dada Riduan. Dia ingin menikmati bau Riduan itu.
Tiba-tiba, Doktor Azura terjaga. Tipah memandang ke arah kirinya pula. Kelihatan Doktor Azura sedang merenggangkan badannya dan kemudian berdiri menghadap pintu lif. Tipah masih memerhatikan gerak geri Doktor Azura. Tipah ingin mengejut Riduan tetapi mulutnya bagai terkunci.
Tika itu, datang satu cahaya putih yang sangat terang bagainya terangnya cahaya bulan ketika malam menerangi cinta Tipah pada Riduan, chia chia chia. Tipah mengecilkan biji matanya dek kerana terlalu silau. Doktor Azura mendepakan tangannya dan sedikit sebanyak anggota badan Doktor Azura bertukar menjadi pixels dan diserap cahaya putih yang silau dan terang bak cahaya bulan ketika malam menerangi cinta Tipah pada Riduan, chia chia chia.
Tipah ternganga. Mana mungkin Doktor Azura berubah menjadi mainan video pula? Tipah memandang Riduan tetapi keadaan Riduan juga sama seperti Doktor Azura cuma bezanya Riduan masih nyenyak tidur. Tipah menarik tangan Riduan dan pixels itu berjangkit pula ke lengannya dan memaksa dia pula berubah menjadi pixels.
Tipah kelihatan takut. Dia ingin menjerit tetapi suaranya terlekat di kerongkong.
Tipah pejam mata.
![](https://img.wattpad.com/cover/69573293-288-k996860.jpg)
YOU ARE READING
Tipah Jalang ke Kuala Lumpur
RandomTipah tekad untuk ke Kuala Lumpur setelah bosan duduk saja di rumahnya. Bermacam hal terjadi ketika Tipah dalam perjalanan ke sana. Tipah telah berkenalan dengan Riduan sebelum dia sampai ke Kuala Lumpur. Silakan membaca. Hanya untuk pembaca matang...