"Terimakasih pakcik Azman. Saya harap dapat jumpa pakcik lagi nanti. Pakcik banyak bagi pengajaran pada saya. Saya gerak dulu pakcik, apa-apa roger." Kata Tipah sebaik sahaja dia sampai ke perhentian bas.
Ternyata Tipah sudah berkenalan dengan pakcik itu. Banyak perkara yang Tipah dengar dari pakcik Azman. Bermacam-macam pengalaman yang dikongsi pakcik Azman pada Tipah. Saat bagaimana dia susah dan senang sedikit dari hidupnya yang dulu pun pakcik Azman ceritakan. Tipah rasa sayu mendengarnya. Betapa hebatnya pengalaman hidup pakcik Azman. Alangkah bahagianya jika papa masih hidup. Pasti papa sebaya dengan pakcik Azman. Tipah menyeka air matanya.
Tipah melangkah menuju ke kaunter tiket. Tipah terpaksa beratur kerana barisan pembeli agak panjang. Mungkin mereka juga mahu ke Kolumpo. Bisik hati Tipah.
"Ya cik, nak tiket ke mana?" Tegur seorang pemuda penjaga tiket yang sedang sibuk mengira wang tanpa melihat Tipah didepannya dibalik cermin kaca tebal itu.
"Saya nak tiket ke Kolumpo satu. Berapa ya?" Balas Tipah sambil melemparkan senyuman. Tipah faham kesibukan warga kota. Mereka ini umpama burung hantu, serigala atau apa saja yang pembaca ingin lambangkan mereka kerana mereka tidak tidur siang dan malam. Begitu bersungguh mereka menjalankan kehidupan mereka agar berjaya pada masa hadapan kelak.
"Oh, satu tiket RM30 tapi dah habis lah cik ..." Wajah pemuda penjaga tiket itu memandang wajah Tipah. Ya, dia terpesona dengan kecantikan Tipah. Kedudukan Tipah yang agak membongkok dek kerana kependekan kaunter itu menyerlahkan lurah kebesaran Tipah yang betul-betul menghadap wajahnya. Pemuda penjaga tiket itu menelan air liur dengan payah sekali. Matanya terkedip-kedip melihat bidadari dihadapannya itu. Dia tidak menyangka rezekinya hari ni untuk melihat lurah kebesaran gender bertentangannya.
Pemuda penjaga tiket itu masih tekun melihat keindahan dihadapannya. Sehinggalah lamunannya terhenti apabila terdengar rengekan manja si Tipah.
"Alaa, kenapa habis? Macam mana ni? Nak tidur mana pula malam ni nak tunggu esok? Ish, datang sini awal pun habis tiket juga. Awak takde bas lain ke?" Tipah merengek membebel ketidakpuashatian.
"Err, tidurlah rumah saya cik. Saya bujang. Muat kalau cik nak tumpang." Jawab pemuda penjaga tiket itu sambil menyegih.
Tipah memandang wajah pemuda penjaga tiket itu. Dia terbaca tag nama; Riduan. Oh, melayu rupanya. Bukan apa, wajahnya tidak layak dipanggil melayu kerana putih dan bermata sepet tapi tidaklah terlalu sepet hingga hilang mata. Tipah masih merenung wajah Riduan. Riduan pula menyegih sambil matanya sesekali menjeling lurah kebesaran Tipah.
"Kalau tidur rumah awak, saya kena tunggu awak habis kerja lah kan?" Tipah menanya lagi.
"Ya cik, ya. Tapi shift saya habis dalam 30minit lagi. Cik boleh tunggu?"
"Boleh. Takpe lah, saya duduk je dekat bangku depan tu. Nanti awak panggillah saya."
"Baiklah cik ..."
"Tipah. Panggil saya Tipah." Ujar Tipah lalu pergi meninggalkan pemuda penjaga tiket itu. Tipah melabuhkan punggungnya dan duduk merenung beberapa penumpang yang sedang menaiki bas, konduktor bas yang sibuk memeriksa tiket, pembeli tiket yang masih beratur, dan sesekali dia berpaling memandang Riduan. Em, kacak juga. Kata hati Tipah.
Perut Tipah terasa lapar. Perutnya kini menyanyi lagu ghazal, kejap lagu hindustan, kejap lagu rock. Tipah tak mampu menahan lagi. Dia betul-betul perlukan makanan. Tipah menghayunkan langkahnya ke arah Riduan. Tipah mengetuk cermin tingkap kaunter. Riduan menoleh.
"Kenapa cik Tipah? Saya habis dalam lima minit lagi."
"Oh, saya lapar. Kalau macam tu saya tunggu awak jelah." Tipah melangkah ke arah bangku semula. Dia lapar. Dia terpandang bungkusan makanan yabg dibiarkan. Dia membuka lalu mencubit sedikit. Tipah tersenyum. Makanan itu masih elok. Tipah makan dengan lahap. Beberapa orang yang lalu disitu tidak mengendahkan Tipah. Siapa yang kisah kalau orang makan dari tong sampah? Bukankah itu orang tidak waras?
Tipah kenyang tapi dia masih berasa lapar. Tipah pun tidak faham tentang perubahan hormon pemakanannya. Yang penting, dia akan menunggu Riduan untuk pergi makan bersama. Tipah mencampakkan semula bekas makanan itu ke dalam tong sampah. Tidak masuk. Tipah hiraukan. Beberapa orang pasangan tua hanya menggelengkan kepala melihat perangi anak muda yang tidak tahu tatasusila.
Tipah menunggu dan menunggu. Akhirnya, namanya dilaung Riduan. Kelihatan sebuah kereta Nissan GTR sedang parking dihadapan Tipah. Tipah melihat pemandunya. Ya tuhan, itu Riduan. Benarlah, pelik hidup kita ni. Kerja tak seberapa tapi pakai kereta mewah.
Riduan mempelawa Tipah masuk ke dalam kereta. Barang-baeang Tipah bernasib baik kerana muat masuk semua dalam kereta Riduan. Jangan tanya penulis bagaimana boleh muat.
Tipah mengambil seat disebelah pemandu. Riduan senyum. Tipah senyum. Riduan senyum lagi. Tipah senyum juga. Akhirnya berderum bunyi ekzos kereta itu meninggalkan perhentian bas yang busuk, kotor, berasap dan jijik itu.
"Tipah ni dari mana?" Tanya Riduan sambil menjeling lagi ke arah lurah kebesaran Tipah. Ya, kita perlu korek biji mata Riduan. Tipah perasan akan hal itu, jadi Tipah sengaja membetulkan lilitan tali pinggang keledar di dadanya. Tipah nampak Riduan menelan pekat liurnya. Tipah tergelak kecil.
"Tipah dari kampung. Tipah nak cari kerja dekat Kolumpo. Nak cari duit sendiri."
"Tipah nak tak kerja dengan Riduan?"
"Kerja apa?" Mata Tipah berkilau memandang Riduan. Ternyata harapannya berbuahkan hasil. Dia tidak perlu mencari kerja sana sini. Peluang di depan mata.
"Argh! Tipah, jangan pandang macamtu, silau silau silau!" Riduan tidak dapat mengawal keretanya lalu melanggar pembahagi jalan. Berlakulah insiden yang tak disangka di situ. Orang ramai mula mengerumuni Nissan GTR milik Riduan itu. Kebanyakannya hanya mengambil gambar, selfie bersama Nissan GTR, dan hanya memandang bercakap antara satu sama lain. Tiada yang ingin membantu. Tipah dan Riduan pengsan di dalam kereta.
"MasyaAllah, apa jadi ni? Cepat telefon ambulans." Arah seorang pakcik yang entah dari mana datangnya sambil mencuba kuat untuk menyedarkan Tipah dan Riduan. Pakcik tersebut mengetuk-ngetuk cermin tingkap Tipah. Tiba-tiba, pandangannya menarik sesuatu yang sangat cantik. Ya, pakcik tu terlihat lurah kebesaran Tipah. Lama pakcik itu memandangnya. Tersenget-senget kopiah di kepala. Pakcik itu terpesona dengan kecantikan Tipah.
Astaghfirullah al-azim, godaan dunia! Balik ni nak cepat-cepat ajak Yam masuk tidur. Getus hati pakcik itu. Barulah dia teringat Tuhannya.
"Dah call ambulans ke?"
"Dah pakcik. Dalam 10 minit dorang sampai." Jawab seorang pemuda yang tidak jauh berdiri di sisi pakcik itu. Ternyata, pemuda itu pun melihat apa yang pakcik itu lihat. Patutlah tak berganjak dari tadi. Cis, orang tua gatal! Bisik pemuda itu sambil mengepalkan penumbuknya.
Tipah pengsan dan kaku.
YOU ARE READING
Tipah Jalang ke Kuala Lumpur
РазноеTipah tekad untuk ke Kuala Lumpur setelah bosan duduk saja di rumahnya. Bermacam hal terjadi ketika Tipah dalam perjalanan ke sana. Tipah telah berkenalan dengan Riduan sebelum dia sampai ke Kuala Lumpur. Silakan membaca. Hanya untuk pembaca matang...