14

10.7K 66 38
                                    

Tipah keluar dari kolam dan berjalan ke arah Riduan. Tipah menyapa Riduan dan Riduan cepat² membetulkan kedudukannya. Di jari kanan Riduan tercalit satu cecair pekat dan likat berwarna putih. Di seluarnya juga ada sedikit cecair tersebut. Riduan menyeka kotoran yang ada diseluarnya dan bingkas turun dari kerusi pengadil yang tinggi mencecah tanah itu. Eh, silap. Mencecah langit.

Di sebelah tangannya yang lagi satu, kelihatan roti sosej yang sudah leper dipicit barangkali oleh Riduan dan terus dikunyah oleh Riduan dgn rakus sehingga comot mulutnya dek terkena cecair putih itu yang disangka berbeza dengan tanggapan Tipah walhal itu adalah mayonis yang disapu pada sosej itu.

Adalah pelik memandangkan Riduan hanya memakan mayonis shj dan tidak sos. Sama citarasanya dengan penulis yang jikalau membeli roti john, tidak gemar akan sos malah menyuruh penjual itu membuat roti yg baru tanpa sos.

Tipah memandang kerakusan Riduan menelan roti sosej sepanjang 7 inci itu dengan sekali telan sahaja. Adakah Riduan ini raksasa? Ataupun alien? Ataupun membela saka atau Riduan sebenarnya merupakan ahli silap mata sehingga menyilapkan mata Tipah yang masih belum berkelip kerana penangan besarnya anak tekak Riduan yang mampu menghadam semua roti sosej itu ke dalam mulutnya.

"Riduan? Awak, kenapa kita boleh ada dekat sini? Mana Kak Azu?"

Riduan masih berusaha mengunyah roti sosej itu dan akhirnya mengeluarkannya kembali dan mencampaknya ke dalam kolam tetapi tersasar balingannya dan terkena kepala penerjun aksi bebas yang sedang membuat persembahan terjunannya dan terhempaslah penerjun tersebut lalu terkena pada simen tepi kolam renang.

Berubahlah kondisi kolam renang itu daripada biru kepada merah. Para pengadil yang bagai Man in Black itu mengangkat sepanduk bernombor 0 untuk ditayangkan pada penonton dan jurulatih perenang tersebut. Jurulatih penerjun tersebut sangat marah sehingga mencampakkan kerusinya ke arah kolam renang dan sekaligus terkena lagi kepala penerjun aksi bebas yang sedang berusaha kuat untuk berdiri setelah kepalanya hanya luka sedikit tetapi mampu memerahkan kolam renang itu. Dan dia terjelepuk semula.

Jurulatih itu mencarut bagai berzikir dan berjalan pantas ingin ke bahagian wardrobe di sisi tempat duduknya tadi. Tetapi disebabkan tidak berhati², dia tergelincir mencium simen dek kerana tidak perasan akan papan tanda orang yang sedang bersliding berlatarbelakangkan warna kuning. Ya, dan makcik cleaner yang sedang mencuci darah penerjun aksi bebas itu hanya memandang jurulatih itu sambil menggelengkan kepala. Dia lalu mengangkat baldi dan mopnya lalu mencuci pula darah yang disumbangkan oleh jurulatih itu.

Pasukan penyelamat tiba dan mengangkat jurulatih itu ke dalam ambulans. Penerjun aksi bebas itu pula berjalan terhincut-hincut kerana kakinya tersadung mop makcik cleaner tadi. Sekali lagi makcik cleaner itu menggelengkan kepala dek kerana kecuaian penerjun aksi bebas itu. Para penonton berlari lintang-pukang kerana peristiwa yang berdarah itu berlaku di depan mata mereka. Pasangan² yang baru saja melempiaskan perasaan dengan pasangan sendiri turut terkejut lalu membuat terjunan dari atas kerusi ke bawah tempat parking dan terus menghidupkan enjin kenderaan mereka untuk pulang ke rumah mereka mungkin syurga bagi mereka.

Tipah hanya memerhati sekeliling. Tipah rasa tidak logik makcik cleaner tu nak cuci darah yang banyak ni dengan satu mop dan satu baldi saja. Pada Tipah, sekurangnya mestilah kena pakai air paip senang nak pancutkan ke darah itu. Lalu Tipah melangkahkan kakinya ke arah bilik stor dan membantu makcik cleaner itu. Riduan tersenyum saat matanya bertentang dengan Tipah. Riduan rasa yang pilihannya tidak salah. Tipah layak menjadi isteri kerana sudi membantu makcik cleaner itu.

Riduan berjalan ke arah Tipah dan menghadiahkan satu ciuman mesra pada dahi Tipah. Makcik cleaner itu menangis kerana terharu melihat adegan tersebut yang semestinya serupa bagai hari pertama dia berkahwin dengan arwah suaminya di Las Vegas dahulu pada tahun 1770. Makcik cleaner itu terlepas pegangan mopnya dan berlari ke arah stor kerana sangat terharu. Dia mencapai sekeping gambar dan mencium gambar tersebut. Tipah berlari mendapatkan makcik cleaner itu.

Rupa²nya, makcik cleaner itu sedang melihat gambar arwah suaminya yang kelihatan sedang memegang joran dan mengangkat seekor ikan duyung di tangan sebelah kanannya.

"Suami makcik ke ni? Dia memancing ya?" Tanya Tipah mesra sambil mengenggam tangan Riduan.

"Ya, tapi dia dah meninggal." Jawab makcik cleaner itu sambil menyeka hingusnya dengan uniform biru laut yang dipakainya. Riduan menghulurkan tisu sekotak kepada makcik cleaner itu.

"Maaf bertanya. Pakcik ni accident ke makcik?"

"Tak lah. Dia mati dibunuh." Esakan makcik cleaner itu semakin bergema.

"Dibunuh oleh siapa makcik?"

"Makcik yang buat. Sebab dia kahwin lari. Tu, ikan duyung tu. Namanya Nik Shamsiah Rogaya Nik Herman. Dia kahwin lari dengan ikan duyung tu. Kata arwah, makcik dah tak sesolid dulu. Buah mangga kendur, apam dah lembik tak sesedap dulu masa mula² nikah. Dikatanya lagi makcik tak pandai turn on kan dia. Makcik ni mana pandai nak oii. Makcik buntu masa tu."

Tipah berasa kasihan kepada makcik cleaner itu. Lantas Tipah berbincang dengan Riduan. Tipah kali ni nekad ingin membantu makcik cleaner itu. Lalu, dikeluarkan henfonnya di celah bra dan mendail 999 untuk mendakwa makcik itu yang mengaku telah membunuh arwah suaminya.

Riduan mengangguk. Kemas anggukannya.

Tipah mengangkat kening dan puas.

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now