Tipah dah siap-siap kemas barangnya yang perlu bawa ke Kolumpo. Okay, penulis tipu je. Tipah membawa semua barangnya hingga kosong bilik beradunya. Ya, Tipah memang seorang yang amat menyayangi hak miliknya. Pada saat Mak Senah melangkah ke bilik anak tunggalnya itu, Mak Senah terpegun kerana kosongnya bilik itu dan sudah terlintas dikepalanya untuk menyewakan bilik Tipah kepada sesiapa yang memerlukan. Mak Senah terfikir begitu kerana kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia membutuhkan rakyat untuk melakukan dua kerja sekaligus seperti yang diperjuangkan menteri kita. Lain hal pula pada Mak Senah kerana dia akan melakukan banyak kerja seperti menjaga warung, mmbancuh kopi, menggambur tanah, menanam terung dan kopinya, serta mengira wang sewa yang bakal diperolehinya kelak. Begitu hebat Mak Senah menyahut wawasan menteri kita.
Tipah memandang sayu ke arah biliknya. Pasti dia akan merindui bilik tempat dia berehat itu. Mata Tipah tertancap pada satu kilauan, bukanlah kilauan emas tetapi sesuatu yang berada di atas meja soleknya. Didekati meja solek itu dengan perasaan bercampur-baur, Tipah memanjangkan lehernya untuk memastikan apakah benda itu. Sebaik sahaja Tipah dapat menstabilkan penglihatannya, rupanya itu adalah duit RM10 yang terkeluar dari sampul mamanya. Tipah lekas-lekas ambil dan menyeluknya ke dalam poket seluar. Begitu hebatnya kuasa Mak Senah kerana berjaya menyimpan duit berkilau.
"Mama, Tipah gi dulu. Teksi dah tunggu tu. Mama jaga diri. Nanti senang-senang, Tipah call mama k?" Kata Tipah sambil memeluk erat mamanya. Air matanya bergelimpangan di bahu Mak Senah sepakej dengan bendalir hijau. Mak Senah mengusap belakang anaknya. Dia pasti akan merindui Tipah.
"Doa mama sentiasa mengiringimu, anakku. Hati-hati ditempat orang. Jangan sombong. Jaga akhlakmu."
"Tipah ingat pesan mama. Bye bye mama. Jangan nakal tau!" Tipah lalu berjalan ke arah teksi dan menghumbankan begnya ke dalam boot belakang. Terkejutlah pemandu itu sehingga terangkat sedikit badannya dek kerana humbanan Tipah yang sangat sasa bunyinya itu.
Tipah masuk ke dalam teksi dan menurunkan sedikit cermin tingkap. Tipah melambaikan tangannya sambil menyeka air mata dengan tuala good morningnya. Pemandu itu turut menitiskan air mata tetapi pandai mengcover agar tidak terlihat oleh Tipah atau Mak Senah. Pemandu itu teringat saat mula-mula dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari rezeki di Australia sebagai pemetik buah-buahan. Tetapi dia hanya mampu bertahan selama setahun dek kerana kesusahan untuk mencari makanan halal disana. Pernah sekali pemandu itu terpaksa memakan buah-buahan yamg dikutipnya kerana terlalu kebulur. Maka, itulah sebabnya dia dihantar pulang ke Malaysia dan kini menjadi pemandu teksi juga bukanlah dikampung halamannya.
Teksi bergerak meninggalkan kesayuan bagai suasana Aidilfitri itu. Mak senah melangkah masuk ke dalam rumah. Mak Senah mengeluarkan pen marker, kad manilla, dan salotape lalu meletakkannya ke atas meja.
Mak Senah menulis sesuatu di atas kad manilla itu sebesar saiz 36 font Arial. Kemudian dibawanya kad manilla itu ke hadapan rumah, dan menampalnya dengan salotape yang ada.
BILIK UNTUK DISEWA.
HUBUNGI 0167400123 (Senah Ronggeng)Tipah pergi dan sayu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tipah Jalang ke Kuala Lumpur
De TodoTipah tekad untuk ke Kuala Lumpur setelah bosan duduk saja di rumahnya. Bermacam hal terjadi ketika Tipah dalam perjalanan ke sana. Tipah telah berkenalan dengan Riduan sebelum dia sampai ke Kuala Lumpur. Silakan membaca. Hanya untuk pembaca matang...