10

21K 115 13
                                    

Tipah tersedar. Rasa sakit di bahagian belakang kepalanya. Tipah cuba bangun dengan payah sekali. Dia memerhatikan sekelilingnya. Ni bilik aku!

Tipah memanggil mamanya tapi tiada jawapan. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Tipah menutup matanya dengan tangan. Tipah takut. Dia takut kalau-kalau tu bayangan 'kembar'nya. Badan Tipah menggigil.

"Awak okay tak? Ni saya lah, Riduan. Awak dah seminggu pengsan. Haih. Seminggu juga saya tak kerja sebab risaukan awak. Tapi nasib baiklah ada Doktor Azura tengok-tengokkan awak. Awak rehatlah. Saya turun bawah ambil makanan kejap."

Tu suara Riduan. Tipah menurunkan tangannya. Dia mengenggam tangan Riduan dan menggelengkan kepala saat Riduan bangun dari sebelahnya. Riduan tersenyum. Riduan menepuk lembut tangan Tipah dan mengusap pundak Tipah. Rasa kasihnya pada Tipah sangat kuat. Riduan lalu keluar dari bilik dan membiarkan pintu bilik Tipah terbuka luas.

Tipah masih tidak bersuara. Tipah takut dan sedih. Seminggu dia pengsan? Tu koma namanya. Siapa pula Doktor Azura? Awek si Riduan ke?

"Ni, saya bawakan nasi bubur untuk awak. Doktor Azura yang masakkan. Kejap lagi dia sampai. Dia seronok dengar awak dah sedar. Sebenarnya apa jadi ni Tipah? Saya balik je rumah, awak pengsan dah dekat dapur. Dengan blendernya, buah tembikainya. Awak nak buat jus ke?" Tanya Riduan sambil menekup mulutnya kerana terasa lucu.

Tipah memandang muka Riduan. Dia menunjuk nasi bubur dia tangan Riduan. Riduan terbahak-bahak ketawa.

"Lah, fikirkan tak lapar seminggu koma. Seronok eh saya jaga awak? Mandikan awak, tukar pakaian awak, tapi awak sikit pun tak buka mata. Dah lah, meh makan. Saya suapkan. Nganga cepat, kereta api nak masuk. Pon pon pon." Riduan membuat gaya sudu itu berterbang-terbangan di hadapan muka Tipah. Tipah mengangakan mulutnya dan menerima suapan Riduan. Sesekali mereka bergurau dan tertawa. Riduan sangat penyayang. Tipah mula rasa berbunga-bunga orked dan matahari didalam taman hatinya sedang mekar mengembang. Tipah menepuk dadanya kerana tercekik. Riduan menepuk belakang Tipah sambil mengurut dahi Tipah.

Tipah tersenyum. Tipah berasa sangat bahagia. Tiba-tiba dia rindukan mamanya. Jikalau dia sakit, mama akan selalu datang ke biliknya menyuapkan makan dan ubat. Sama seperti yang dilakukan Riduan terhadapnya. Dia kasihkan mamanya dan .... mungkin Riduan.

Tiba-tiba terdengar bunyi berdehem dari pintu. Doktor Azura menjeling Riduan dan bingkas Riduan bangun memberi ruang untuk Doktor Azura duduk di sisi Tipah.

"Awak dah okay ke Tipah?" Doktor Azura menanya lembut. Doktor yang kelihatan berusia 30-an itu sangat manis bertudung instant shawl yang ada tag Neelofar. Oh, beli yang original. Baguslah. Sama-sama support orang melayu berniaga. Lesung pipit dia sebelah kiri doktor itu turut menarik perhatian Tipah. Tidak pula Tipah tahu jikalau ada lesung pipit juga disebelah kanan pipinya kerana terlindung ke sebelah sana. Tipah memerhati doktor itu. Wajahnya mirip Riduan.

"Saya kakak Riduan. Panggil Kak Azu je. Tipah dah sihat?"

Patutlah muka mirip. Kakak rupanya. Riduan tersenyum. Tipah merona malu. Dia malu apabila Riduan senyum ke arahnya. Dia berasa tak selesa tapi mahu. Tipah tak tahu apa kena dengan dirinya. Mungkin dia sudah gila bayang atau angau bercinta.

"Lepas ni Tipah duduk dengan akak ya? Tak boleh lah duduk dengan Wan. Nanti orang kata apa. Kamu berdua tak ada ikatan. Boleh Tipah? Tapi jangan risau. Boleh je kalau nak jumpa Wan. Akak tak larang."

Tipah mengangguk. Riduan pun mengangguk seperti belatuk. Apa kena Riduan tu? Beriya angguk macam black metal pula aku tengok. Gumam si Tipah dan Doktor Azura.

Riduan menyengih saat tersedar dirinya diperhatikan. Riduan cepat-cepat membetulkan kedudukan kepalanya agar statik dan tidak lagi mengangguk seperti buah kelapa melanyut nak gugur.

"Wan, akak tunggu dekat bawah. Teman dia. Kemas baju-baju dia. Nanti kita gerak rumah akak sama-sama." Arah Doktor Azura dan berdiri keluar ke arah tangga.

"Jom, saya mandikan awak."

Tipah malu lagi. Betul ke ni Riduan nak mandikan dia? Dia malu lah. Dia terkenangkan buah dadanya yang cukup ranum itu. Rasanya okay. Tipah teringat bahagian pelviknya. Ya tuhan, Tipah lupa nak cukur. Matilah nak! Riduan dah nampak.

Tipah pengsan, lagi.

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now