15

10.3K 69 11
                                    

Mak Senah galak berbual dengan Ayu. Sesekali mereka ketawa entah apa yang lucu hingga mencuit hati mereka kegelian. Ayu berasal dari Kelantan, berumur 27 tahun. Orangnya putih kulitnya, merah bila malu pipinya, gelaknya sopan, bila senyum terbit lesung pipit di kiri dan kanan. Tapi dia sebatang kara. Di Kelantan, dia hanya tinggal sendirian dan merantau ke Kolumpo kerana ingin bekerja. Alhamdulillah, sekarang Ayu memegang jawatan sebangai Administrative Assistant di sebuah syatikat yang tak kurang gahnya di kaca tv.

Bila disoal tentang jodoh, Ayu hanya tersenyum. Katanya, belum sampai. Jadi, kalau ada mana² pembaca yang teringin mengorat Ayu bolehlah call nombor Senah Ronggeng yang disiarkan pada bab 3. Okay, penulis tahu pembaca sekalian ni malas betul nak selak bab 3 kan? Nah, hambik kau nak! 0167400123 tu nombor si Senah Ronggeng tu.

Ataupun, kalau malu, bolehlah pembaca contact Ayu di e-mailnya: ayutakmampu@gmail.com

Keropok hidangan Mak Senah dah licin. Walaupun mereka berbual berdua, tapi kelicinan keropok itu sungguh memeranjatkan kerana Ayu mengadu lapar lagi setelah dia menghabiskan keropok dengan nisbah 2:1. Banyak betul Ayu ni makan.

Mak Senah mempelawa Ayu ke bilik Tipah. Dia menyuruh Ayu mengemas barang²nya dahulu kemudian mandi dan bersiap untuk ke warung. Ayu bersetuju untuk bekerja dengan Mak Senah memandangkan dia sedang bercuti selama seminggu dek kerana bosnya, Tuan Tengku Arel Zafrel Andika Tengku Zainal sedang bercuti kecemasan kerana ibunya sedang melahirkan adiknya yang ke sepuluh.

Walaupun bosnya seorang yang kaya-raya, tetapi keluarganya tiada perancangan. Ya lah, cuba lihat. Ada ke cliche drama melayu anak orang kaya ada ramai adik-beradik? Nampak sangatlah keluarga Tengku Arel Zafrel Andika Tengku Zainal tidak meniru cara kehidupan orang berada yang bongkak dan kaya dan handsome dan dia-je-sorang-yang-mampu-ada-harta-menimbun-padahal-tu-harta-bapak-nya. Penulis bukannya apa, penulis rasa menyamp...cliche je semua ni. Propa!

Maaf, penulis emosi kejap. Mungkin penulis cemburu kot sebab Ayu mampu berdampingan dengan orang kaya. Lepasni, penulis nak belajar pandai² hingga ke menara gadi...hingga ke syarikat Tengku Arel Zafrel Andika Tengku Zainal tu.

Ayu pun masuk ke dalam bilik itu dan menghempaskan badannya ke atas katil. Terasa empuk dan wangi katil itu. Ayu terlelap dek kerana penat. Dia tidak sempat ingin mengemas barang.

Mak Senah sudahpun ke dapur mencuci pinggan mangkuk di sinki. Sambil itu, Mak Senah terkumat-kamit mulutnya. Penulis rasa Mak Senah ni sedang membaca jampi serapah jadi penulis cuba menghampiri Mak senah. Oh, sedang menyanyi rupanya.
"Mak Senah, nyanyi lagu apa tu? Japgi hujan pula dengar si langit tu suara merdu tak seberapa Mak Senah tu." Penulis menegur Mak Senah. Terpelanting senduk gorengan Mak Senah. Mujur penulis sempat elak. Senduk itu jatuh ke lantai.

"Siapa tu!?" Ah, penulis lupa pula Mak Senah tak boleh nampak penulis. Aduh!

Ada jembalang ke dalam rumah aku ni? Rasanya hari tu dah pagar. Ish, tak boleh jadi ni! Kena call Pak Lebai lepas ni. Aduh, suara siapa yang tegur aku tadi?

Mak Senah meninggalkan senduk dan kualinya di sinki. Mak Senah menuju ke bilik air. Dia lantas mengambil wudhu'.

Oh, Mak Senah fikir setan mengacaunya kerana dia belum menunaikan solat fardhu wajib iaitu solat asar ke zohor entah. Aduh, penulis lupalah. Mana taknya, berapa lama penulis hold cerita Tipah Jalang Ke Kuala Lumpur ni. Lagi mahu ingat saat² genting mahupun penting yang berlaku dalam bab-bab yang lepas?

Pembaca tu ya lah, tahu nak baca je. Tahu nak update cepat je.

Sedang Mak Senah hampir siap menunaikan solatnya, Ayu terjaga. Dia lantas bangun dari tempat pembaringannya.

Ya Allah, lupo doh aku nih. Sie mokcik tu gi warung sore. Aku dok semaye lagi nih. Ah, berat dohni. Cepat ah mandi tokse cun molek sokmo, wat lalu jelah.

Ayu melangkahkan kakinya ke ruang mandi. Dia cepat² mandi takut tak sempat nak tolong Mak Senah di warung. Ayu mandi sambil menyanyikan lagu Saloma-Perwiraku.

Ayu terasa sesuatu dengan lagu tu. Sedang dia humming sambil menuju ke biliknya, Ayu terpandang satu gambar yang digantung di dinding kayu itu. Ayu terhentikan langkahnya. Dia ralit memandang wajah Mak Senah dan suami dan kelihatannya Mak Senah sedang mendukung seorang bayi. Tak dapat Ayu teka apakah jantina bayi itu.

"Tu anak makcik. Nama dia Tipah. Dia sebaya mcm Ayu juga."

Kus semangat! Ayu menekan² dadanya. Terkejut sangat dia dengan suara Mak Senah tu. Mak Senah tersenyum sambil menjeling ke arah dada Ayu. Bukanlah penulis nak kata Mak Senah ni lesbian, tp Mak Senah cuma rindu zaman kegemilangannya. Zaman dimana, Mak Senah hanya menyarung sleeveless dan berseluar yanki berbunga². Rambutnya yang ikal diikat sanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya.

Potongan badan Mak Senah 36-28-38 itu sering menjadi siulan para jejaka pada zaman itu. Dimana sahaja Mak Senah menapakkan kakinya, di situ lah bunyi siulan pelbagai genre bergema. Mak Senah sudah lali dengan godaan itu.

Mak Senah rindu zaman up dia.

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now