5

29.8K 137 24
                                    

Mujurlah Tipah dan Riduan sedar ketika pihak bomba sedang mengopek pintu Nissan GTR Riduan itu. Tipah dipapah oleh seorang pembantu kesihatan ke dalam ambulans. Riduan hanya diberi oksigen dan dicuci luka di kepalanya. Luka Riduan tidak separah Tipah. Walaupun Tipah mampu berjalan tetapi leher Tipah patah dan dia perlu dibawa ke hospital untuk rawatan. Saat itu, ramai rakyat Malaysia disekeliling tempat kejadian. Ada yang membuat andaian, " bawa laju agaknya ni.", "ni lain tak bukan kes nak pi zina lah ni. Tu yang terbabas. Mana tak nya, niat tu salah. Tuhan balas dkt dunia. Akhirat esok tak tahu lah.", " Ya tuhan, alhamdulillah Kau masih memberi nyawa kepada saudara seislamku."

Ketika itu, muncul trak penunda dan pemandunya berjalan menuju ke Riduan. Mereka bersalam tetapi Riduan tidak berapa berdaya untuk menyambut salam pemandu trak penunda itu lalu hanya menganggukkan kepalanya.

"Wan, lagu mana hang langgaq divider nu Wan? Hang drive selok marka kaa Wan?" Tuuuu diaaaa, pedas sekali tuduhan pemandu trak penunda itu. Riduan tersenyum.

"Dak aih, aku mana letak akai taktau. Aku dok seronok sembang dgn marka nu. Tapi dia pi pandang muka aku, aku taktau mata dia kilau supa emas 916. Aku lost control. Tu yang pi cium divider. Hang angkat Nissan aku masuk klinik nah."

Pemandu trak penunda itu berlalu pergi dan membuat kerjanya. Beberapa orang disitu beralih untuk memberi laluan.

"Jauh sikit lahai, hangpa takdak duit nak ganti kereta mahal lagu ni. Dkt market mana ada." Angkuh sekali pemandu trak penunda itu. Agaknya, dia memang berbahasa begitu. Bagaimana jika dengan aweknya?

Tiba-tiba telefon bimbit pemandu trak penunda itu berbunyi. Dia melihat skrin telefon dan tersenyum.

"Awat baby tepon waktu ni? Abang dok sibuk kerah tulang ni. Satgi call balik nah."

"....."

"Anyonyonyo, baby dak aihh, abang gurau jaaa. Baby punya pasai, bulan bintang abang janjikan nah."

"...."

"Lagu tu lah baby. Lepaih settle suma, abang call balik. Baby jaga diri. Takmo nakai. Abang pelangkuq satgi. Hehe." Gelak si pemandu trak penunda sambil menutup mulutnya.

Selepas dia mematikan panggilan, beberapa orang yang memerhati di situ merejamnya dengan batu kerikil sebesar penumbuk. Maka, pengsanlah si pemandu trak penunda itu. Kini, pembantu kesihatan terpaksa memapah pemandu trak penunda ke dalam ambulans dan meletakkannya di kerusi bersebelahan Riduan. Ketika itu, Riduan hanya menggelengkan kepala.

Ada kawan, tak boleh pakai. Badan sado, hati macam tikus. Kecil. Gumam Riduan sambil sebelah tangan memegang pam oksigen, sebelah tangan lagi ditunjukkan jari tengahnya kepada pemandu trak penunda yang sedang pengsan sambil ternganga itu.

Riduan mengalihkan pandangannya pada Tipah. Tipah pengsan di atas 'katil beroda'. Tipah tidak sedarkan diri. Tangan yang digunakan untuk menunjuk jari tengah itu kini beralih ke arah Tipah. Riduan mengelus lembut rambut Tipah yang sedikit berjuntai di dahinya. Tiba-tiba Riduan dirasuk setan, dia lantas merentap baju Tipah dan terlihatlah baju belah dalam yang dipakai Tipah. Akibat dirasuk, Riduan kini menindih badan Tipah. Tipah masih juga begitu membeku. Saat Riduan ingin menjuihkan bibirnya ke bibir pinkish Tipah, bahunya digoyang kuat dan kasar. Riduan terkejut lalu tersedar.

"Awak ni kenapa? Dah hijau tu. Cepat jalan. Kereta belakang dah hon lah." Suara Tipah.

Ya tuhan, Riduan terlelap di lampu isyarat rupanya. Begitu teruk dan kotor sekali mimpi siang Riduan. Bagaimana pula mimpi dimalam harinya? Jangan bayangkan.

"Maaf awak. Saya terlelap. Aduh, nasib baik awak ada." Balas Riduan sambil tangannya sebelah memgang stereng, sebelah lagi menunjal kepalanya sendiri. Tidak mungkinlah menunjal kepala Tipah pula.

"Em, awak penat ni. Balik ni saya masakkan untuk awak. Ada barang basah tak?"

"Ada. Tapi tak banyak. Hehe, bujang."

"Tak apa. Nanti saya tengokkan. Dah, drive cepat. Boleh awak rehat pula."

Riduan menganggukkan kepalanya. Riduan berasa malu dengan Tipah. Kalaulah Tipah tahu mengenai mimpinya itu, mesti Tipah tidak lagi mempercayainya walaupun baru sejam lepas mereka bertemu. Senangkah nak mendapat kepercayaan semula setelah ditipu mati-matian?

Riduan juga memanjatkan syukur kerana tidak memegang anggota badan Tipah. Nasib baik Tuhan masih meng-cover-nya. Terima kasih ya Tuhan. Riduan memejamkan matanya menarik nafas lega. Kemudian, dia menukar kelajuan Nissan GTR nya itu dan membelok ke arah kanan. Terketepianlah si Tipah dan dadanya mengenai lengan Riduan. Terima kasih lagi ya Tuhan. Kali ini Riduan bersyukur diberi peluang keemasan sebegitu rupa. Dan berderumlah ekzosnya menerbangkan dedaunan berguguran dahannya kerapuhan bunga-bunga cinta layu di pusara.

Tipah senyum dan malu.

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now