"Eh..maaf,saya tak sengaja,adik tak apa-apa?"ujar seseorang lelaki memandang aku sekilas dan tunduk semula dan membetulkan cermin matanya"Oh,mmm..saya okey je,tak berdarah pun,terlanggar dengan bahu je pun,okey lah saya masuk dalam dulu." kataku sambil tersenyum lantas beredar.
Lelaki tadi pun turut beredar menuju ke kereta yang menunggunya.'Cantiknya perempuan tadi,sama macam isteri idaman aku,sopan, pakai tudung, lembut je dia bercakap tapi tak jelas sangat muka dia,yalah kau pun tunduk je Akmal, itulah padahnya nak sangat jadi nerd untuk cari cinta sejati konon!' katanya dalam hati sambil mengutuk diri sendiri.
"Akak kat sini ada tak novel curi curi cinta?" tanya aku
"Maaflah dik,novel tu tadi ada last piece tapi dah ada orang beli,baru je lelaki tu keluar ,novel tu memang laris tak sampai 5 hari dah habis dijual." jawab perempuan yang bekerja sebagai jurujual di kedai tersebut.
"Tak apalah kak,bukan rezeki saya,dah banyak kedai saya cari tapi habis juga." keluh aku.'Mungkin budak lelaki yang aku langgar tadi beli kot' teka kau dalam hati.
"Kalau adik nak,nanti akak call adik kalau novel tu sampai nanti,lagipun novel karya Siti Rosmizah ni memang laris.Tulis nama adik dan nombor telefon adik atas kertas ni." kata jurujual itu sambil menghulurkan kertas dan pen kepada aku.
"Kalau novel tu sampai nanti,jangan lupa call ya." kata aku setelah menulis nama dan nombor telefonku.
"Keluar sorang-sorang seorang ni mak ayah adik tak marah ke?" tanya jurujual itu dengan dahi yang berkerut-kerut.
"Takkan nak kena marah pulak,saya ni dah 22 tahun,takkan kena marah lagi,datang ke kampus pun drive sorang-sorang." jawab aku 'Kenapa pulak aku kena marah,peliknya!' monolog aku dalam hati.
"Eh..22 tahun! Saya lagi muda lah ni, saya ingatkan akak ni 17 tahun,muka akak macam budak remaja je.." ucap jurujual itu dengan muka terkejut.
"Eh,ye ke macam muka 17 tahun?tipulah, tak sangka pulak adik lebih muda dari akak,dari tadi akak panggil adik akak je.Jangan kecil hati ya,bukan akak kata adik tua tapi matang." kata aku sambil tersengih.Patutlah lelaki yang aku langgar tadi pun panggil aku adik,rupanya aku ni macam ''baby face' lah katakan...eh,perasan betul aku ni.
"Apa pulak nak kecil hati,nama akak apa ya? rasa seronok pulak tengok akak sebab akak comel!" kata jurujual itu sambil tersenyum.
"Kan akak dan tulis nama akak tadi!"
"Eh lupa pulak!" kata jurujual itu sambil melihat kertas yang ditulis oleh aku tadi.' Tengku Sara Aleesya, anak Tengku rupanya' kata jurujual itu perlahan. Walaupun perlahan,aku boleh dengar dengan jelas.
"Akak kena balik dulu ni, nanti parents akak ternanti-nanti pulak,jangan lupa call ya!" sempat aku berpesan sambil tersenyum lantas beredar dari situ.
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Nerd
RandomAsyraf Akmal-seorang lelaki nerd dan juga seorang pelajar di UNITAR. Hanya berlakon menjadi nerd kerana ingin mencari cinta sejati .Mempunya perasaan terhadap Aleesya Tengku Sara Aleesya-sorang yg baik dan juga sorang pelajar di UNITAR. Berkawan dgn...