"Asyraf,apasal kau lambat ni,tadi cakap lima minit,ni dah 15 minit. Kita dah lambat nak pergi rumah Danial, lepas ni bebel lah si Danial tu,kenapa kita lambat sampai ke majlis pertunangan dia!" marah kawan Asyraf yang bernama Iqbaal.
"Asyraf Akmal bin Dato' Azlan Aziz!" laung Iqbaal geram kerana Asyraf tidak menjawab pertanyaannya. Kereta pun boleh bergegar dengan laungan si Iqbaal tu.
" Eh,mak kau jatuh! Ehh.....kau ni terkejut aku tau!" marah Asyraf sambil mengurut dada akibat terkejut.
"Kau ni kenapa? Aku cakap dengan kau,kau tak jawab pun,kau fikir apa ni?" ujar Iqbaal kehairan sebab Asyraf tak pernah melatah sebelum ni.
" Tak ada apa lah,aku terfikir budak perempuan yang aku langgar tadi. Mmm...jomlah gerak,nanti lambat pula" kata Asyraf selamba
"Sebab kau lah kita lambat, tak sedar diri langsung, dia yang buat kita lambat, kita pula yang kena,Ish...kau lambat ni pasal kau terlanggar dgn perempuan tu lah ye?" tanya Iqbaal sambil memandu kereta Honda Accord barunya.
"Ya lah,tapi kan aku rasa macam aku dah tertarik kat budak perempuan tulah,walaupun aku tak nampak dengan jelas muka dia." beritahu Asyraf sambil memandang tingkap kereta yang ada disebelahnya.
" Kau ni biar betul,tertarik dengan budak? " soal Iqbaal dengan wajah yang terkejut.
"Ya lah,tapi aku rasa dia tu bukan budak, muka dia aje yang macam budak." kata Asyraf dengan yakin.
"Macam-macam lah kau ni,hah ni satu lagi ,dah berapa tahun kau berlakon jadi nerd ni.Dah- dah la berlakon.Ubah lah penampilan kau tu,mana ada orang nak kat kau kalau macam ni,beberapa bulan lagi kita dah nak habis belajar.Tahun depan kau dah kena kerja dengan daddy kau,takkan kau nak bekerja dengan penampilan kau yang macam ni" kata Iqbaal beriak risau .
"Entah lah ,aku pun tak tau macam mana lagi nak cari perempuan yang suka aku bukan disebabkan kekacakan aku atau harta aku tetapi disebabkan aku adalah aku." keluh Asyraf lalu menunduk.
"Nasib baik ada kita orang yang nak berkawan dengan kau tau,kau tak penat ke hidup dalam kepura-puraan ." pujuk Iqbaal lagi.
"Aku cuba lah nanti kalau aku belum ada kawan perempuan dalam masa dua bulan, aku akan ubah penampilan aku." kata Asyraf tekad.
"Okey lah kalau macam tu keputusan kau,aku tak halang, aku doakan kau,semoga kau dapat cari cinta sejati kau tu." doa Iqbaal .Asyraf hanya mengeluh dan menikmati pandangan yg ada di luar.'semoga lah aku dapat jumpa perempuan yang terima baik, buruk aku' doa Asyraf dalam hati .
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Nerd
RandomAsyraf Akmal-seorang lelaki nerd dan juga seorang pelajar di UNITAR. Hanya berlakon menjadi nerd kerana ingin mencari cinta sejati .Mempunya perasaan terhadap Aleesya Tengku Sara Aleesya-sorang yg baik dan juga sorang pelajar di UNITAR. Berkawan dgn...