Hari ini adalah hari yg paling aku berdebar, Yelah hari ni hari perkahwinan aku tapi dgn Mamat mana pun aku tak tahu.
Berdebar pulak dup dap dup dap
" Leesya kau okey?" tanya Mira.
" ehh ..aku okey " kata aku sambil tersenyum."Yelah tu,kak intan dah siap ke?" tanya Mira kepada kak intan. Kak intan ni jurusolek .
" Sikit lagi" kata kak intan.Lalu menyambung balik kerja dia.
"Okey dah siap" kata kak intan sambil tersenyum.
" cantik nya kau " puji Mira
" tak yah puji sangat lah" kata aku.
" memang betul pun kau cantik hari ni betul tak kak intan " ucap Mira.
"Ha'ah cantik Leesya" kata kak intan.tiba-tiba pintu bilik dikuak
"Dah siap ke?" tanya ibu.
"Dah " jawab aku pendek
"Dah cepat turun pengantin lelaki dah sampai tu" kata ibu lalu turun ke tingkat bawah.
"Okey jom," kata Mira dia pulak terlebih excited. Ish³.
Aku turun tangga dgn senyuman diukir.Ramai jugak yg datang.Melihat pengantin lelaki sudah duduk di depan walid aku,cuma tunggu aku je .Aikk Danial dgn Iqbaal pun ada jugak bkn ke aku tak jemput pun dia orang macam mana dia orang ada,ke dia pihak lelaki? Haiss musykil la. Aku terus duduk.Disebelah kiri aku ada ibu manakala di sebelah kanan aunty Azizah a.k.a mak mentua aku.Aku berpaling je arah bakal suami aku.Siapa la agaknya suami aku tu- kata aku dlm hati.Melihat susuk tubuhnya macam pernah nampak.Tapi yg lagi pelik Iqbaal dan Danial ada sekali.
"Okey lah,boleh kita mula ? Pengantin perempuan pun dah ada" tanya tok kadi di sebelah walid aku. Orang lain Hanya mengangguk.
" Asyraf Akmal bin Dato Jamal"
"Ya,saya"
"Aku nikahkan dikau dgn anakku Tengku Sara Aleesya bt Tengku Syahran dgn mas kahwin sebanyak RM 1000 ringgit tunai."
Dup dap dup dap - jantung aku berdegup. Yelah siapa tk berdebar.
" Saya terima nikahnya Tengku Sara Aleesya BT Tengku Syahran dgn mas kahwin sebanyak RM 1000 ringgit tunai." Fuhh tak percaya aku dgn sekali lafaz je aku dah jadi isteri orang.
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
Aku memeluk ibu aku lalu menciumnya dan aku memeluk mak mentua aku pula sama seperti ibu.Lepas tu Suami aku berpaling ke arah aku dan menuju ke arah aku.Terkejut aku,Akmal?? Biar betul.Akmal sudah tidak memakai cermin matanya itu.Akmal menyarung kan cincin ke jari aku dan aku menyalami tangan nya lalu dia mencium dahiku sempat juga lah orang mengambil gambar .Air mata aku mula menitis,tak sangka org yg aku cinta dan sayang selama ni adalah suami aku.
"Dah tak payah nangis hari ni hari bahagia kita" ucap Akmal sambil tersenyum dah mengesat air mata aku.
" awak..." kata - kata aku dipotong oleh Akmal
"Dah tak payah cakap banyak,nanti abang cerita kat sayang" kata Akmal.
"Okey" balas aku lalu tersenyum.
YOU ARE READING
Suamiku Mr.Nerd
RandomAsyraf Akmal-seorang lelaki nerd dan juga seorang pelajar di UNITAR. Hanya berlakon menjadi nerd kerana ingin mencari cinta sejati .Mempunya perasaan terhadap Aleesya Tengku Sara Aleesya-sorang yg baik dan juga sorang pelajar di UNITAR. Berkawan dgn...