Bab 3

2.5K 114 0
                                    

"Assalamualaikum ibu." aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam, anak ibu dah balik,jumpa tak novel yang Angah cari tu?" tanya Tengku Ariana selepas bersalaman dengan anaknya.

"Tak jumpa la ibu,puas Angah cari,semua kedai buku yang ada kat area Serdang Angah pergi tapi tak ada, by the way ,mana walid ibu ?" soal aku .

"Mungkin bukan rezeki Angah,hah walid tu bukan reti nak berehat asyik sibuk dengan kerjanya aje,Along kamu yang sorang tu pun sama asyik kerja aje,bilakah ibu nak dapat menantu ni?" keluh ibuku.

Anaknya yang sulung memang kuat kerja,lepas balik dari United kingdom 3 tahun lepas anak lelakinya,Tengku mohamad Amar Haikal terus bekerja, katanya tak ada lagi masa nak berfoya-foya, kalau bukan Amar siapa lagi nak tolong walid? Angah?angah masih lagi belajar,lagi pun dia bukan ambil bussines ,dia ambil law ,inilah masanya nak tolong walid, kalau tidak bila lagi? Itulah kata-kata anaknya yang sering berfikiran terbuka. Nasib baik anaknya tidak mengalami culture shock,yang akan membuat dia lalai. Dia masih menunaikan solat 5 waktu, kadang- kadang dia tersentuh apabila mendengar doa anaknya yang sentiasa mendoakan keluarga dan sahabat-sahabatnya.

" Like father, Like son." lamunan ibu terhenti apabila suara lembut aku menyapa telinga.

"Apa Angah cakap?"

"Ibu mengelamun ke tadi.Angah cakap Like father, Like son atau kata erti lainnya bapa borek anak rintik." kataku sambil membuat mimik muka seperti pensyarah handal.Tengku Ariana hanya menggelengkan kepalanya.

"Hah,yang kamu ni pun satu, bila nak bawakan ibu calon menantu?tanya ibu dengan mengangkat kening sebelah kanan.

Ya Allah, ibu ni asal aku balik mesti dia tak lupa tanya soalan tu,macam mana ni,apa alasan aku nak bagi,masa ibu tanya hari tu,aku lepaskan diri cakap yang aku sakit perut,kali ni nak cakap apa pulak? Takkan nak cakap sakit perut pulak.

"Hah,cari lagi alasan ,cari lagi....ibu tunggu, lari lah kenapa tak lari? Bukannya Angah nak lepaskan diri." tanya ibu dengan muka yang agak serius. Aku yang melihat ibu sudah kecut perut,tak pernah ibu serius sebegini sebelum ni.

" ibu...bukan angah nak......." belum sempat aku membalas ibu pantas mencelah.

" Tak ada lah,ibu gurau je..."celah ibu sambil tersengih.Muka ibu tidak lagi kelihatan serius seperti tadi yang ada hanya senyuman manis yang menghiasi wajah ibu.

" Sebenarnya ibu ada nak bagitahu Angah sesuatu yang akan mengubah masa depan anak ibu." kata ibu agak serius.

" Apa ibu?" peliklah ibu ni,lain macam je bunyinya.

"Ada orang meminang Angah" ujar ibu dengan tenang.Aku yang mendengar terus kaku,jantung aku bagai nak pecah.

"Ibu tak paksa, Angah buat lah solat istikharah, kalau boleh Angah buat keputusan yang dapat mengembirakan semua orang.Kalau Angah nak kenal dengan lelaki tu bagitahu ibu,okey. Ibu nak siapkan makan malam dulu." ibuku beredar setelah melihat aku bagai patung cendana biarlah ak tenangkan fikiran dulu.

Ada orang meminang aku? Aku tak sangka perkara ini akan terjadi, memang cita-cita aku nak bercinta selepas berkahwin tapi....uhhh,baik aku minta petunjuk daripada Allah,patutkah aku menerima lamaran orang yang tidak dikenalinya.




Suamiku Mr.NerdWhere stories live. Discover now