Bab 8

5.3K 112 3
                                    

"Apa dia?" tanya Junhyung dan Gikwang serentak.

"Kita adakan parti di rumah aku," jawab Hyunseung.

"Apa dia!Kau dah gila ke.Kita tak ada masa untuk berpartilah.Kita kena cari penyanyi dan penari perempuan," beritahu Gikwang.

"Kita berparti sambil mencari bakat."

"Apa maksud kau,Hyunseung?" tanya Junhyung.

"Begini,kita adakan parti di rumah aku.Kau berdua tahukan yang rumah aku terlalu besar.Jadi kita adakan pencarian bakat di sana.Kita ajak semua orang datang ke rumah aku tidak kira jurusan mana-mana sekalipun.Kita beritahu mereka yang kita adakan parti.Tapi kita jangan beritahu mereka yang kita adakan pencarian bakat kerana kita tidak mahu mereka bersedia.Kamu berdua tahukan yang kita kena cari penyanyi dan penari yang boleh melakukannya secara spontan," jelas Hyunseung panjang lebar.

"Oh,begitu kah.Bagus idea kau.Aku suka.Apa-apa pun,aku harap masalah ni cepat selesai," kata Gikwang.

"Jom kita ke kedai.Kita perlu menyediakan risalah untuk memjemput mereka," kata Hyunseung.

Hyunseung mengambil beg galasnya lalu berjalan menuju ke kereta mewahnya.Gikwang dan Junhyung mengikutnya dari belakang tanpa banyak soal.

"Apabila Hyunseung melakukan sesuatu perkara,dia akan mula serius," kata Gikwang.

"Bila lah agaknya Hyunseung nak mula serius dengan yeoja.Setahu aku,semua girlfriend dia hanya mainan dia je.Tak ada satupun daripada mereka yang Hyunseung ambil serius," kata Junhyung.

"Kau rasa macam mana agaknya rupa Hyunseung kalau dia jatuh cinta?" tanya Gikwang.

"Entahlah.Aku nak sangat tengok rupa Hyunseung jatuh cinta.Aku harap akan ada perempuan yang boleh tundukkan Hyunseung," kata Junhyung.

"Harap-haraplah."

******************************

Sebaik sahaja selesai berlatih,Hyuna berehat untuk menghilangkan keletihan.Hyuna berbaring di atas lantai.Gayoon turut berbaring di sebelah Hyuna.

"Hyuna,awak sangat berbakat dalam menari dan menyanyi.Awak dah lah cantik dan seksi.Kalaulah semua namja nampak awak menari dan menyanyi ni,alamatnya awak akan menjadi rebutan namjalah nampaknya.Kalah Sunmi dengan awak.Sunmi pun tak mampu menandingi awak," kata Gayoon.

"Mana ada.Saya taklah hebat sehingga mampu menandingi Sunmi.Awak pun apa kurangnya.Awak juga cantik,seksi dan berbakat.Cuma awak sahaja yang tidak mahu menyerlahkan diri awak," jawab Hyuna.

"Saya bukannya tidak mahu menyerlahkan diri saya.Cuma saya tidak tahu cara untuk menyerlahkan diri saya."

"Saya akan ajar awak sampai awak menjadi kegilaan namja-namja.Okay,"Hyuna tersenyum manis kepada Gayoon.

" Thank you,Hyuna.You are the best friend in the world.I'm really proud to be your friend."

Knock,knock,knock...
Pintu bilik latihan diketuk.Gary berjalan masuk sambil membawa sepucuk sampul surat.

"Apa yang appa buat kat sini?Appa nak suruh Hyuna belikan appa tauhu lagi ke?Kalau tak cukup,Hyuna boleh tolong belikan."Hyuna bangun lalu duduk bersila di hadapan appanya.Begitu juga dengan Gayoon.

"No need to.Appa nak cakap sesuatu dengan Hyuna dan Gayoon.Buka sampul surat ini," Gary menghulurkan sampul surat itu kepada Hyuna.

Hyuna mengambilnya lalu membuka sampul surat itu.Besar matanya apabila membaca surat itu.Gayoon mendekati Hyuna apabila melihat riak wajah Hyuna yang terkejut itu.

"Appa,apa semua ni?Ujibakat mencari bakat baru di Cube Entertainment? Mana appa dapat surat ini?Setahu Hyuna surat seperti ini hanya kakitangan di agensi itu sahaja yang ada.Tak akanlah...."

Seduce The Sexy Bad GirlWhere stories live. Discover now