Bab 12

4.2K 123 5
                                    

"Saya ialah abang kandung awak yang hilang 15 tahun dahulu," kata lelaki itu.

"Apa!You must be joking,right.I don't have time to hear your joke," kata Hyuna.

"I'm not joking,Hyuna.I am your brother.Kita berpisah semasa omma sedang mengandungkan Hyuna,"kata lelaki itu.

"Macam mana awak tahu nama saya Hyuna?Lagipun kalau awak abang saya,kenapa omma dan appa tak pernah bagitahu Hyuna yang Hyuna ni sebenarnya ada abang?"tanya Hyuna.

"Kita bincang semua tu di rumah.Sekarang ni,Jom kita balik. Omma dan appa sedang tunggu kita di rumah," kata lelaki itu lalu menarik tangan Hyuna.Hyuna terpaksa mengikut lelaki yang mengaku dia itu adik kepada lelaki itu.

"Mari kita mulakan dance battle.Sudah lama acara ini tidak diadakan.Jadi untuk permulaan dipersilakan Sunmi untuk menunjukkan tarian kamu," kata Yoseob.

"Err...oppa,kita tunggu sehingga parti habislah.Hyuna tak boleh tinggalkan parti ni.Kawan-kawan Hyuna masih berada di sini," kata Hyuna.

Lelaki itu menoleh ke Hyuna.

"Okay,but promise me that you would never do the crazy thing," pesan lelaki itu.

"I've promise."

Hyuna pun berjalan ke arah Kawan-kawannya yang mengerumuni Sunmi.Sunmi menari dan menyanyi.Sunmi menarik Hyunseung supaya menari dengannya.Hyunseung terus menari dengan Sunmi.

"Mereka bagaikan pasangan yang romantik dan seksi.Mereka memang sesuai," kata beberapa orang di situ.

Entah kenapa Hyuna rasa hatinya bagai disiat mendengar kata-kata itu.Hyuna terus berjalan ke arah lelaki yang mengaku sebagai abangnya.

"Oppa,jom kita balik.Hyuna rasa malaslah nak tunggu majlis habis," ajak Hyuna sambil menarik tangan lelaki itu.

Mereka pun berjalan ke arah pintu keluar tetapi langkah mereka terhenti apabila mendengar nama Hyuna dipanggil.

"Tak seronok kalau Sunmi saja yang menari.Kita perlu ada persaingan.Jadi ada sesiapa tak yang mahu mencuba nasib.Kalau macam itu,kita menjemput Hyuna dari jurusan tarian dan nyanyian untuk mempamerkan bakat yang ada," kata Hyunseung

Semua orang memandang ke arah Hyuna.Hyuna terkejut mendengar kata-kata Hyunseung.

'Lelaki tak guna.Kau nak kenakan aku di depan orang ramai.Kau nak malukan aku.Ahh aku benci kau.Apa yang aku patut buat ni?Kalau aku menari,bocorlah identiti aku,'fikir Hyuna.

Macamlah Hyuna tak tahu yang Hyunseung selalu menyoalnya mengapa dia tidak berlatih bersama semasa latihan diadakan.

"Mungkin cik Hyuna kita ni sebenarnya tak pandai menyanyi dan menari pun.Agaknya awak masuk jurusan tarian dan nyanyian semata-mata mahu popular,kan Hyuna," sindir Hyunseung di depan orang ramai.

Entah kenapa Hyuna berasa sedih apabila Hyunseung berkata begitu.

"Agaknya perempuan ni hanya berlagak sebab mahu mendapat perhatian lelaki-lelaki kacak sahaja.Such a loser," sindir Sunmi sambil memeluk Hyunseung.

Semua orang yang berada di situ mengetawakan Hyuna.Gayoon,Sohyun,Jiyoon dan Jihyun mendekati Hyuna.Hyuna membelakangi semua yang berada di situ.Tangannya digenggam marah.

"Hyuna,jom kita balik.Pedulikan mereka," kata lelaki itu.

"Betul kata lelaki itu.Jom kita balik.Saya tak mahu awak sakit hati,"kata Jiyoon.

Jiyoon sangat sedih melihat keadaan Hyuna.Dia amat memahami Hyuna walaupun mereka baru sahaja kenal selama 3 bulan.

"Loser,loser,loser,loser,loser," jerit semua orang yang berada di situ.

Seduce The Sexy Bad GirlWhere stories live. Discover now