Bab 23

2.5K 74 5
                                    

Hyunseung begitu gembira.Dia akan melamar Hyuna menjadi isterinya.Kotak baldu yang berbentuk hati dibuka.Cincin yang bertatahkan mutiara itu dipandang sekali lagi.

"Hyuna pasti akan suka.Aku tak mahu tunggu lagi.Kau telah ubah aku.Aku tak perlukan apa-apa lagi.Hanya kau sahaja yang aku perlukan."

Cincin itu dipandang sekali lagi.

"Cincin ini pasti cantik apabila berada di jari manis Hyuna."

Hyunseung memandang jam di pergelangan tangannya.

'Sudah pukul 8:56.Hyuna sepatutnya sudah hampir tiba.'

Hyunseung melakukan persiapan yang terakhir.Hyunseung memandang jam di pergelangan tangannya.

'Sudah pukul 9:15.Mana Hyuna ni?'

Hyunseung menunggu sehinggalah pukul 9:45 malam.
Hyunseung menelefon Hyuna berkali-kali namun semuanya tidak dijawab.

'Mungkin Hyuna terperangkap dalam kesesakan jalan raya,'bisik Hyunseung.Hyunseung cuba menyedapkan hatinya.

Hyunseung menunggu sehinggalah pukul 10:00 malam.

"I'm sorry,sir but we have to close our shop right now," kata seorang pelayan.

"I'm sorry.I get it."

Hyunseung bangun lalu beredar dari situ.Hyunseung bersiar-siar di sebuah tasik yang berdekatan.Dia bercadang untuk menunggu Hyuna di situ.

Tiba-tiba telefonnya berdering.

'Hyuna.'

"Helo,Hyuna.Kau dimana?Aku tunggu kau."

"Kau Hyunseung ke?"

"Ya,aku.Kau siapa?Kau bukan Hyuna."

"Aku ialah Eric,teman lelaki Hyuna."

"Teman lelaki Hyuna?Setahu aku teman lelaki Hyuna ialah rakan aku."Hyunseung tidak mahu memberitahu bahawa dia ialah teman lelaki Hyuna.

"Oh,bukanlah.Hyuna hanya mempermainkan lelaki itu sahaja.Bodoh betul lelaki itu kerana mempercayai Hyuna.Hyuna dengan aku tidak pernah berpisah pun.Kami tetap pasangan yang paling romantik.Hyuna hanya mahu mengambil kesempatan ke atas lelaki itu saja."

Hyunseung berasa marah dan sakit dalam masa yang sama.

"Kau jangan beritahu rakan kau tentang ini.Aku tak mahu Hyuna gagal dalam mengambil kesempatan. Lagipun Hyuna memang bijak dalam mempermainkan perasan lelaki.Aku pernah tertipu dengannya dulu.Berkali-kali aku merayu supaya Hyuna memberi aku peluang untuk bersamanya."

"Baiklah,aku akan pastikan rakan aku tidak mengetahui tentangnya.Kenapa kau telefon aku sebenarnya?"

"Oh,baru aku ingat.Hyuna beritahu aku yang dia akan berjumpa dengan seseorang.Dia kata orang itu ialah rakan kau.Jadi aku telefon kau kerana aku tidak tahu siapa orang itu.Lagipun kamu berduakan rapat.Jadi kau pasti tahu."

Seduce The Sexy Bad GirlWhere stories live. Discover now